Saturday, March 12, 2011
KETAM GORENG BEREMPAH
1kg ketam bunga
serbuk kunyit
serbuk jinta manis
garam
minyak untuk mengoreng
~ gaul semua kecuali minyak dan goreng sekejap ~
Bahan A:- (Kisar Halus)
15-20 tangkai cili kering
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 cm halia
1 btg serai
2 biji cili hijau (belah buang biji)
2 biji tomato sedang
Bahan B:
2 sudu makan sos tiram
4 sudu makan sos tomato
garam n gula secukup rasa
Bahan Sampingan:-
3 ulas bawang merah (hiris)
4 sudu besar rempah kari ketam
2 tangkai daun kari
1 tangkai daun bawang & saderi (hiris)
Cara Memasaknya:-
Dengan mengunakan lebihan minyak yang menggoreng ketam tumis hirisan bawang merah dan daun kari hingga naik bau
Masukkan bahan kisar (A) dan sedikit air..kacan dengan api perlahan sehingga terbit minyak
Masukkan serbuk rempah kari ketam dan kacau lagi hingga agak kering baru lah masukkan bahan B..kacau sebati
Masukkan ketam dan kacau sekejap..masukkan hirisan daun bawang & saderi gaul serata dan boleh di angkat.
TELUR LADA HITAM
10 biji telur rebus
Bahan Di Tumbuk Kasar:-
1 sudu besar biji ketumbar
1 sudu besar jintan manis
2 sudu besar biji lada hitam
Bahan Di Hiris:-
5 tangkai cili kering
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
2 sm halia
4 sudu besar air
2 tangkai daun kari
Garam secukupnya
5 sudu besar Minyak masak
Cara Memasaknya:-
Goreng telur rebus hingga kekuningan. Ketepikan.
Panaskan minyak masak dalam kuali
Tumiskan hirisan bawang besar, bawang putih dan ketumbar, jintan manis dan halia hingga kekuningan dan wangi
Masukkan air dan kacau perlahan lahan
Kemudian masukkan lada hitam, garam, cili kering dan daun kari.
Masak selama 2-3 minit
Akhir sekali masukkan telur rebus..kacau rata dan sebati
Siap untuk di hidangkan
Thursday, March 10, 2011
PUFF SARDIN
Dulu selalu beli saja kat bakery atau cake house puff sardin dan juga puff2 yang lain tapi sekarang semenjak mengenali page Kongsi Resepi (KR) di laman sosial Facebook chekiah dah mula cuba try test atau singkatannya mengetes mana2 resepi yang berkenan di hati..kalau nak ikut mencuba semua resepi kat situ mau ketaq lutut chekiah hehe. Memang banyak sungguh perkongsian resepi di page tu. Dari KR juga chekiah mengenali rerakan yang sama minat memasak cam chekiah.
Memula nak buat puff sardin ni gigil juga yer ler takut2 tak menjadi sedangkan harapan chekiah setinggi gunung nak merasai hasil buatan sendiri. Sepanjang proses pembuatan mulut kumat kamit berdoa agar hasilnya menjadi seb baik lagi chekiah tak sembur puhh kiri puhh kanan hehehe..
Sunday, March 6, 2011
SEDAP KE???
Selalu bila melalui jalan Dickens (berhampiran Polis Headquaters..belakang Mydin) mesti mata chekiah tertoleh toleh melihat sebuah kereta sorong yang menjual snek seperti samosa, cekodok besar, masalavadey dan beberapa jenis lagi snek2 yang lebih di kenali di kalangan masyarakat India. Dalam hati selalu berkata "sedapnya nampak jualan tu semua bila nak boleh beli ni.." sebab selalu melalui jalan tu untuk ke sesuatu destinasi dan tidak sempat nak berhenti takut terlambat.
Samosa Ayam, Kentang Dan Sardin..setiap 1 berharga RM1.00
Akhirnya tengahari tadi sempat singgah sebentar.. apa lagi beli ler 2 jenis snek yang di minati iaitu samosa dan masalavadey. Samosa beli yang intinya sardin, ayam dan kentang manakala masalavadey macam biasalah di buat dari kacang dal.
Pandangan dalaman samosa berintikan ayam
Dulu chekiah hanya biasa makan karipap saja tak terbiasa makan snek yg di namakan samosa tapi sekarang dah makin selalu makan. Chekiah selalu beli saja belum ada kesempatan membuatnya walaupun rasanya takder banyak beza dengan membuat karipap keduanya perlu di isi inti. Kalau dulu samosa ni hanya di letakkan kentang dan kekadang di campurkan dengan sayur dan kacang peas tetapi sekarang macam karipap juga samosa di letakkan dengan macam2 inti mengikut kesesuaian selera masing2.
Setelah makan ketiga-tiga samosa ni komentnya "boleh lah tahan". Rasanya lebih sedap kalau di buat sendiri. Inti yang di letakkan lebih kurang sama dan tidak terdapat pun isi ayam atau sardin cuma ada ler sedikit rasa rempah ayam.
Inilah salah satu lagi snek kegemaran chekiah iaitu Masala Vade atau Masala Vada. Bentuknya bulat hasil dari kepalan tepung dal yang di campur dengan kacang dal dan bahan2 rempah yang boleh menaikkan selera kita sewaktu dia masih dalam gorengan. Masala Vade yang chekiah beli ni agak keras dan hanya sedap bila di makan waktu masih panas tetapi chekiah pernah menikmati Masala Vade yang walaupun dah sejuk tapi masih terasa lembut isinya.
Masala Vade atau Masala Vada yang setiap satu berharga 50sen
Rasa kepedasan isinya memang sedap tambahan di letak hirisan cili hijau yang apabila di geget pedasnya boleh ler tahan hehehe..Masala Vade ni akan lebih enak kalau di lebihkan kacang dal dari tepung kerana seperti yang kita tahu terlebihnya tepung akan menjadikan isinya keras.
Saturday, March 5, 2011
GULAI@KARI IKAN BAWAL
Tengahari kemarin (semalam) berkesempatan sediakan 3 hidangan lauk pauk untuk makan tengahari dan baru sekarang dapat postkan kat wall blog. Dah lama tak masak gulai atau kari asyik masak masakan simple dan campak2 saja sehinggalah anak-anak bersuara "ibu..dah lama tak masak gulai yer!" jadi per lagi masak lah chekiah memenuhi selera anak-anak. Chekiah pasan anak-anak chekiah kalau gulai yang di beli mesti dia orang tak berapa suka sebab biasalah kebanyakan gerai2 berhampiran dengan rumah chekiah (di tengah2 bandaraya Georgetown) adalah kepunyaan India Muslim (mamak) dan seperti yang kita tahu gulai mamak berkuahkan air asam bukannya santan jadi keenakannya kureng sket tapi ada juga gulai mamak yang begini sedap rasanya dan tak cepat rasa muak/jemu/jelak/cemuih (tudiaaa banyak nyer nama yang berlainan maksudnya sama).
ikan bawal hitam yang sederhana besarnya
Sejak celik2 mata (wahhh ayat dolu2..) chekiah kenali ayat gulai hinggalah semakin umur meningkat baru terbiasa dengan panggilan kari.. Orang2 utara lebih biasa memanggil gulai dari kari dan rasanya panggilan kari lebih kepada ayat mamak (india muslim) tapi keduanya sama juga walaupun cara masakannya berlainan sedikit mengikut versi masing2.
Bahan tumis rempah & serbuk cili
Kebolehan memasak gulai ini chekiah perolehi dari hasil melihat arwah emah chekiah masak dulu. Waktu tu chekiah hanya di benarkan menolong menyiapkan bahan2 untuk di masak sebab arwah emak lebih suka chekiah habiskan masa dengan belajar & membuat kerja sekolah. Hasil dari pemerhatian, penilitian & pertanyaan akhirnya chekiah berjaya menambat hati isi keluarga dengan masakan gulai versi chekiah. Chekiah tetap beranggapan bahawa setiap hasil air tangan seseorang tu akan membawa rasa yang berlainan walaupun masak masakan yang sama.
Air asam jawa & santan
Bahan sampingan untuk menyedapkan gulai. Terung(xder bendi), cili hijau dan tomato
Bahan-bahannya :-
(A)
2 ekor ikan bawal hitam yang sebesar tapak tangan..siang, bersih dan toskan
(kalau besar elok di potong 2)
Bahan Tumis (B):-
5 sudu makan minyak
5 ulas bawang merah (di hiris nipis)
2 ulas bawang putih (di hiris nipis)
1 sudu teh halba campur
2 tangkai daun kari
Bahan-bahan lain (C) :-
1 peket (25gm) rempah kari ikan (sebarang jenama)
1 sudu besar serbuk cili
1 camca besar garam
~ campurkan dengan sedikit air untuk jadikan pes)
Bahan-bahan lain :-
100 gm santan
3 camca besar air asam jawa
5 biji bendi atau 1 biji terung putih (belah 4)
1 biji bawang besar (belah baji)
1 biji tomato (belah baji)
3 biji cili hijau (di belah jangan sampai putus..keluarkan bijinya)
2 tangkai daun bawang (potong anggaran 1 inci)
Cara memasaknya:-
Panaskan minyak dalam kuali@periok
Tumiskan bahan tumis hingga kekuningan dan naik bau
Perlahankan api dan masukkan bahan2 C..kacau rata selalu agar tidak hangus
Setelah terbit minyak masukkan air asam jawa dan kacau
Masukkan terung@bendi, ikan, cili hijau & 1/2 cawan air..biarkan seketika
Masukkan santan dan kacau perlahan lahan agar ikan tidak hancur
Biar mendidih dan masukkan garam secukup rasa, bawang besar, daun bawang & tomato
Siap di hidangkan..
** Selamat Mencuba **
Friday, March 4, 2011
BELI APA TU...???
Kekadang bila ada kelapangan pada tengahari sabtu chekiah akan pergi mengambil anak dara kecil chekiah dari kelas tambahan. Seandainya chekiah sampai lewat rasanya keadaan boleh terkawal tetapi sekiranya chekiah sampai awal maka ini lah keadaannya..keadaan di mana chekiah akan masuk tinjau barang2 jualan di 7 eleven berdekatan..setakat tinjau2 sambil menyegarkan badan sekejap dengan kesejukan penghawa dingin di situ sambil beli 1 2 barang ok ler tapi tinjauan chekiah selalunya melebihi sepuluh hinggit itu yang tak boleh tahan hahaha..:)
Subscribe to:
Posts (Atom)















