Ikut

Friday, November 25, 2011

NASI LEMUNI


Assalammualaikum dan salam hari Jumaat 25 November 2011.

Tenghari ni lunch dengan nasi lemuni. Dah lama mengidam (cam ngandung lah plak hehehe) nak makan nasi lemuni buatan sendiri. Selalu layan yang beli tak rasa pepe sebab tu berhajat sangat nak masak sendiri, nak masak macam yang pernah makan waktu dalam berpantang masa bersalin dulu. Encik somi dah banyak kali berjanji nak bawa balik daun lemuni sebab katanya berhampiran tempat kerjanya ada pokok lemuni tapi asyik lupa memanjang sehinggalah kemarin apa mimpinya bawa balik 1 bag plastik penuh. Hari ni kira tercapai lah sudah hajat dihati. Masak style sendiri jer tak refer kat mana2 pun. Rasanya memang lain dari yang selalu beli cuma lain kali kena letak lebih lagi air perahan daun lemuni kasi lagi kaw warnanya [takut nak letak lebih2 takut pahit tapi bila dah makan tak pahit pun]. Apa2pun memang puas hati terasa bahan2 yang dimasukkan, terima kasih encik somi kerna masih ingat akan janji2mu hehehe..

For the 1st time masak nasi lemuni ni CK layan dengan sambal ikan talang kering dan telur rebus sahaja sebab pernah makan dengan gulai ikan kering memang mantop rasanya tapi disebabkan bahan2 nak buat gulai ikan kering takder maka ikan talang kering tu CK jadikan sambal jer.

ni lah daun lemuni..lupa nak snap photo masa nak masak so google jer lah..

Nasi yang terhasil agak seghoi (ayat org penang..tak tahu lah plak ayat tempat lain). Seghoi tu bermaksud kondisi nasi tak lekat2 sebab beras yang CK guna ialah beras panjang siam yang tidak berkanji. Beras siam ni adalah pemberian adik ipar yang telah berkunjung kesana dan sempat beli beras siam panjang yang memang bersih dan tak perlu basuh banyak kali, terima kasih Norsiah, len kali p Siam beli dan bagi lah yerrr!!! hehehe..Hajat dihati lain kali kalau dapat daun lemuni lagi nak masak nasi lemak plak, resepi semua sama cuma tambah santan@susu cair saja..insyaAllah!



NASI LEMUNI
[versi CheKiah]

BAHAN2NYA:-
3 kole beras..bersih dan toskan
3-4 cekak daun lemuni..bersihkan dan blender ambil airnya
2 labu bawang besar...hiris kasar
2 ulas bawang putih...hiris nipis
1 inci halia..hiris nipis memanjang
1 sudu besar serbuk lada hitam
1 sudu kecil halba
sedikit garam

*bahan2 yang dihiris klau nak diblend@tumbuk pun ok juga

CARA MEMASAKNYA:-
Masukkan semua bahan2 kedalam rice cooker..kacau sebati
Masak lah seperti memasak nasi biasa
Bila dah kering gembur dan biarkan sehingga masak
Siap untuk dihidangkan

*sedap dilayan dengan sebarang lauk terutamanya masakan sambal dan masakan menggunakan ikan kering (pandangan chekiah lerrr..!!!)

2 comments:

  1. Salam che kiah. Mala suka sgt nasi lemuni. Kat kl tak pernah jumpa. Belah utara saja kot ada ni?

    ReplyDelete
  2. salam mala. rmai yg ske nasi lemuni ni mala mngkin susah nk jumpa sbb xdpt nk jumpa pohon lemuni belah2 bndr besar mklum ler pesatnyer pmbangunan, stkt hari ni belah2 utara msh senang jumpa esok2 xtau lah plak :)

    ReplyDelete