Ikut

Sunday, December 19, 2010

IKAN KICAP MANIS


Selalunya bila berkumpul beramai ramai dirumah arwah emak mertua mesti ada saja berbagai bagai makanan yang disediakan. Kebetulan adik ipar yang tinggal di Pulau Langkawi apabila pulang selalu membawa ikan, udang dan sotong yang besar2 (hasil tangkapan dan mencandat suaminya). Bila dah ramai2 makan aper pun sedap dan selalunya kami pakat2 menyediakan hidangan yang simple2 tapi sedap. Resepi ini hasil dari pemantauan kedua dua adik ipar apabila mereka menjamu selera disebuah restauran. Rasanya memang sedap lebih2 lagi kalau masak menggunakan ikan yang segar.


IKAN GORENG KICAP MANIS

Bahan-Bahan:
2 ekor ikan yang sederhana besar (sebarang ikan kesukaan)
2 sudu besar serbuk kunyit
2 sudu kecil garam halus
minyak secukupnya untuk menggoreng

Bahan2 Sos:-
5 sudu besar kicap manis
1 sudu besar sos ikan
1 sudu makan sos tomato
2 camca sudu kecil gula
garam & serbuk perasa (sekiranya perlu sebab sos ikan telah tersedia masin)
~ campur semua dan kacau rata...ketepikan~

Bahan2 Kisar:-
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1 sudu besar cili kering kisar

Bahan2 Hiasan:-
daun bawang..dihiris halus
cili merah ..dihiris halus (kalau suka)
cili padi ..dihiris halus
bawang putih dicincang & di goreng
hirisan limau nipis (kalau suka)

Cara Membuatnya:-
1. Goreng ikan sehingga tiga suku masak..angkat dan ketepikan
2. Guna 3 sudu minyak dari menggoreng ikan dan tumis bahan kisar hingga wangi
3. Setelah itu masukkan bahan sos dan sedikit air kacau rata dan masak biar hingga mendidih
4. Masukkan ikan dan balik2kan agar mesra dengan kuah dan masak sehingga kuah sedikit pekat
5. Letakkan ikan di dalam pinggan hidangan dan tabur dengan hirisan daun bawang, cili merah & bawang putih goreng
6. Sedia dihidangkan

* Selamat Mencuba *

No comments:

Post a Comment