Ikut

Friday, March 2, 2012

FISH AND CHIPS


Assalammualaikum


Sem0ga semua rakan2 boroleh dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya disamping segala tugasan. Kepada yang tak sihat macam CK juga rajin2 lah makan ubat agar cepat sembuh. Tengahari ni lunch kat luar teman anak yang teringin nak makan masakan barat. Jarang makan kat luar waktu tengahari kalau malam selalu lah juga. Anak Ck pilih prawn cutlet untuk makanan tengaharinya dan CK order nasi goreng cina saja, nak layan pedas2 takut batuk lah pulak. Dalam waktu tengah makan tetiba teringat n3 fish and chips yang CK buat 2 minggu sudah belum tayang lagi kat blog. Waktu tu line tenet memang sengal kejap2 ada kejap2 hilang sebab tu lah tertangguh nak uploadkan.


Fish and chips versi CK ni biasa2 jer tak der ler happening macam fish and chips orang lain. Kebetulan waktu tu ada stock isi ikan dori jadi CK projekkan menjadi fish and chips. Sebelum ni pernah juga buat dengan cara golek2kan isi ikan dalam telur, tepung & serbuk roti (bread crumb) tapi kali ini CK celupkan dalam batter sebelum goreng dan not bad rasanya memang enak.



FISH AND CHIPS
sumber: Buku Resepi Belajar Memasak 2
Oleh : Norzailina Nordin


BAHAN2NYA:-
4 keping isi ikan tanpa tulang..dibersihkan
100 gm tepung gandum
30 gm tepung jagung
1 sudu besar tepung beras
1 biji kuning telur
1 biji putih telur
160-180 ml air
garam dan serbuk lada sulah secukupnya


UNTUK CHIPS
400 gm ubi kentang
air ais
minyak masak secukupnya
(boleh juga gunakan kentang segera)


CARA MEMBUATNYA:-
Perap ikan dengan garam dan serbuk lada sulah selama 30 minit
Satukan tepung beras dan tepung gandum
Campurkan tepung gandaum dan garam
Masukkan kuning telur dan kacau hingga sebati
Tambah air secukupnya dan dikacau sebati
Pukul adunan selama 2-3 minit. Ketepikan
Dalam mangkuk bersih yang lain, pukul putih telur dengan whisk
hingga separuh kental. Kemudian masukkan kedalam adunan tepung
tadi dan dikacau rata. Ketepikan
Kupas kulit kentang dan potong memanjang sederhana tebal..
rendam di dalam ais selama 15 minit sebelum dituskan
Panaskan minyak yang banyak dan goreng kentang hingga kekuningan dan tuskan
Celup isi ikan dalam adunan tepung tadi dan goreng dalam minyak
Terbalikkan bila bahagian bawah keperangan. Bila ikan masak sempurna, angkat dan tuskan sebelum dihidangkan. Susun kepingan ikan di dalam pinggan hidangan bersama sayur2an, kentang goreng, kacang peas atau kacang merah dan sebarang sos atau mayonis pilihan.


*Selamat Mencuba*

kepingan ikan dori yg diperap dgn garam & serbuk lada sulah

batter yang akan digunakan untuk mencelup ikan
sayuran hiasan dah standby..hehehe..
kentang yang telah digoreng untuk dilayan bersama fish and chips
proses mencelup ikan untuk di goreng
goreng dalam minyak yang banyak agak isi ikan terendam
goreng sehingga kedua dua belah bahagian keperangan

hasilnya tak lah seberapa tapi kesedapannya memang mabeles..selamat menjamu mata!

Tuesday, February 21, 2012

ROTI GORENG


Assalammualaikum & salam pagi Rabu


Hari ini cuaca kembali panas setelah 2 hari yang lepas pada sebelah malamnya hujan turun begitu lebat sekali. Agak lama area umah CK tak hujan tetiba malam tu "dia sesah sungguh2" (ayat orang Penang bila hujan terlalu lebat) Walau apa pun keadaan cuacanya kita terima dengan penuh kesyukuran biasalah kan kalau ari2 hujan pun tak best juga dan kalau tiap2 hari panas pun dah rasa rimas pulak kan..apa2pun pasrah jer lerrr..


Pagi ni ingat nak ajak encik somi gi breakfast kat luar tapi sekali selepas subuh terus terlelap terlajak hingga hampir ke tengahari hehehe..sedar2 encik somi dah berangkat ketempat kerja. Bila dah bangun lewat biasalah perut dah mula minta diisi jadi jalan yang senang CK buat roti goreng kosong (kosong sebab takder letak apa2 inti didalamnya) Kebetulan roti masih berbaki separuh bungkus lagi maka CK buat kesemuanya memandangkan esok adalah tarikh luputnya.


Sebelum ni pernah letak N3 roti goreng pedas dimana diatas roti tu di letakkan tuna pedas dan sardin pedas so kali ni plain jer. Selalunya orang try test buat yang plain dulu baru buat yang berinti tapi CK terbalik lah pulak, alahaiii stended ler kan CK dengan sifat yang macam2 ada hehehe..


Senang jer cara nak buat roti goreng asas ni, bahan yang digunakan pun sedikit sahaja. Pada resepi roti pedas sebelumnya CK gunakan telur untuk mencelup roti tapi kali ni guna adunan tepung (batter) pulak. Jom tengok resepinya:-


ROTI GORENG
Bahan2nya:-


10 keping roti sandwich (potong 2 atau 4)
1 cawan tepung gandum
1 cawan air
1 biji telur
sedikit garam
sedikit gula
sedikit pewarna kuning (jika suka)
minyak secukupnya


Cara Membuatnya:-


1.Campurkan kesemua bahan kecuali roti. Pukul guna whisk.


2.Celup roti dalam bancuhan tepung. Gorengkan dalam minyak yang panas.


3.Balikkan sehingga kuning keperangan. Angkat & toskan

Monday, February 20, 2012

KOAY TEOW GORENG


Assalammualaikum & selamat malam


Dah hampir lewat malam baru berkesempatan jengah blog sekejap. Keadaan mata memang tak mengizinkan tapi gagahi juga sebab tak nak perap N3 lelama nanti berkulat & malas nak uploadkan.


Diner malam ni pekena koay teow goreng saja sebab malas dah nak berlama kat dapur. Sejak petang tadi badan terasa seram sejuk macam nak demam, selepas maghrib dah mula bersin memanjang sah ler dah kena selsema. Gagahi juga prepare koay teow goreng secepat mungkin sebab lepas tu nak telan ubat dan nak tido berat sangat rasa kepala


KOAY TEOW GORENG
Bahan2nya:-
1 kilo kuey teow
500 gm udang basah sederhana besar..bersih & tanggalkan kulitnya
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
2 sudu besar cili kering kisar (tambah ikut suka pedas)
2 sudu besar kicap manis
2 sudu besar sos tiram
2 biji telur
1 genggam taugeh (ikut suka)
1 ikat kucai (potong memanjang)
1 keping kek ikan (hiris nipis)
2 sudu besar minyak masak untuk menumis
garam dan perasa secukpnya
1/2 cawan air


Caranya:-
cuci dan toskan kuey teow
blend/tumbuk bawang besar dan bawang putih (kalau nak hiris nipis pun boleh)
panaskan minyak dan tumis bawang yang ditumbuk goreng hingga kekuningan
masukkan cili kering kisar + sedikit air..kacau rata dan masak hingga pecah minyak
masukkan udang basah dan biar sekejap
campurkan sos tiram dan kicap manis dan kacau rata dan tambahkan dengan sedikit air tadi (boleh tambah lagi jika suka)
masukkan garam dan perasa dan kacau rata
pecahkan telor dan kacau perlahan lahan
bila nampak telur dah sedikit keras masukkan tauge, kucai, kek ikan dan kacau sebati
akhir sekali masukkan kuey teow dan gaul hingga rata
sedia dihidangkan dengan taburan hirisan cili, daun bawang+daun sup serta bawang goreng

Sunday, February 19, 2012

ROTI JALA, KUAH DURIAN


Assalammualaikum dan selamat tengahari


Baru selesai projek menjala roti. Rezeki pagi ni ada jiran hulur 1 biji durian (ada 11 ulas yg elok 1 ulas yang buruk). Ingat nak makan ngan pulut kukus dah dibuatnya pulut plak takder dalam simpanan. Akhirnya CK korbankan isi durian menjadi serawa atau kuah durian boleh dilayan dengan roti. Tengahari ni mood rajin terlebih pulak maka godek2 lah buat roti jala untuk 2 orang makan, buat bebanyak takut tak habis pulak maklum lah tinggal 3 beranak jer. Sebelum ni dah pernah buat roti jala anyaman tikar bewarna kuning dan untuk kali ini CK hijaukan pulak warnanya.


Roti Jala
Bahan2nya:-
2 cwn tepung gandum
4 sdb santan
Secubit garam
2 1/2 cwn air
2 sdb minyak masak
1 sdk pewarna kuning
Minyak utk mengris kuali
2 helai daun pandan..carik2 & simpul..guna untuk gris kuali leper


Cara2nya..
1. Satukan semua bhn2 dlm pengisar n kisar shingga semua sbati.
2. Rehatkn adunan selama 20 mnt. Tuang adunan dlm botol muncung tiga.
3. Pnskn kuali leper, griskn sdkt minyak n tuangkan adunan dlm botol, buat seperti tikar.
4. Bila roti jala kelihatan seperti pucat n kering, angkat n lipatkan ato gulungkan.
5. Ulang proses yg sama shingga selesai. Siap, hdgkn bsama kuah kari atau kuah manis.


Kuah Durian
Bahan2nya:-
10 biji isi durian (tak asingkan biji pun it's ok!)
2 senduk gula pasir
gula merah (optional tak letak pon xpa)
1 biji kelapa parut (ambil santan pekatnya)
5 sudu besar sagu (rendam dulu)
2 helai daun pandan (simpulkan)
secubit garam


Cara-cara membuatnya:-
1.Masukan santan garam dan gula dalam periukk masak dengan api perlahan sehingga gula larut
2.Sesuaikan rasa kalo nk lemak siket tambah garam kalo suka manis2 tambah gula lagi
3.Masukkan isi durian + daun pandan + sagu masak sampai sagu kembang.
4.Boleh di makan bersama roti, roti jala, serabai, pencake dan apa saja yang difikir sesuai

adunan tepung ready untuk di masukkan kedalam botol muncung 3


dah masukkan kedalam botol ready untuk "menganyam"


dah siap di "anyam" next step boleh digulung atau pun dilipat

versi yang dilipat

versi yang digulung

ni lah rupanya kuah durian ck..pekattt gituuu...!!!

jemput makan semua..Bismillahhirrohmanirrohim..

NASI BRIYANI UDANG


Assalammualaikum dan selamat awal pagi Isnin 20 February 2012


Baru sampai dari menghantar anak teruna CK pulang keasrama.
Sebelum masuk beradu jengah ke blog yang dah lama terbiar tanpa perhatian hehehe..Kebelakangan ni tak pasti pulak apa yang di sibukkan. Tugasan harian semakin bertambah ker atau CK berada dalam keadaan tidak berapa sihat. Sejak masuk tahun baru ni keadaan kesihatan tidak begitu memuaskan tapi tak per lah CK mensyukuri dengan segala ketentuanNya, Alhamdulillah..


Dah lama tak bersiaran rasa kekok plak nak menaip mengarang panjang2 hehe..Nak story malam tadi CK sediakan nasi briyani (betul ker ejaan ni atau ada juga orang type@tulis beriani) apa2 aja lah janji sama maksud kan. Dah 2 3 hari fikiran asyik dok teringat ingat nak try test masak nasi briyani udang sebab selalu asyik masak nasi briyani ayam jadi kali ni tukar pulak nak tengok jadi camna. Nasi briyani udang ni tak lah sepemes nasi briyani ayam tapi hasilnya tak mengecewakan...sedap...!!!


Awal pagi telah kejutkan anak teruna temankan CK kepasar. Hasrat hati nak beli udang galah tapi malangnya takder lah pulak, biasalah memang resam begitu kan bila kita perlukan sesuatu mesti tak ada tapi bila waktu kita tak perlukan bersepah sepah pulak. Pasrah sajalah tak dapat beli udang galah dapat beli udang yang sederhana besar pun kira ok lah juga dari takder langsung.


Masak nasi briyani udang untuk percubaan pertama CK guna resepi dari Chef Hanieliza dan ada juga satu dua perkara yang CK ubah atas kesesuian sendiri kiranya dah menderhaka lahh kann..ya ampunnn minta maaf bebanyak Chef. Mohon izin kongsi resepi yang sedap sangat ni dengan rakan2 yang lain yer Chef Hanieliza.


NASI BERIANI UDANG
sumber : Chef Hanieliza
di cuba try test oleh : CheKiah


Bahan-bahannya:-
500 gm udang besar [bersihkan ]
1 kg beras bathmati [basuh dan toskan]
1/2 cawan lobak merah [potong dadu]
2 biji buah tomato...potong dadu (CK letak sebiji sebab tu yg ada)
1/2 cawan tomato soup (CK tambah sebab tomato biji ada sebiji jer)
5 cawan air
1 cawan susu cair
3 s/b minyak
3 s/b minyak sapi
2 s/b rempah beriani [bancuh dengan sedikit air menjadi paste]
1 kiub pati ayam (CK tambah)
garam


Bahan tumis [hiriskan]
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 cm halia
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
2 helai simpulan daun pandan (CK tambah)


Bahan2 lain (CK tambah)
1/2 cawan gajus yang dipanggang terlebih dahulu
sedikit hirisan daun ketumbar
1/2 cawan kismis
bawang goreng


Cara Memasaknya:-
1. Panaskan minyak dan minyak sapi. Tumiskan bahan tumis sehingga wangi.
2. Masukkan paste rempah briyani..masak dengan api perlahan sehingga terbit minyak
3. Masukkan beras dan goreng rata.
4. Masukkan udang, buah tomato, lobak merah, pati ayam dan garam (sesuaikan rasa). Kacau rata.
5. Masukkan air dan susu cair. Masakkan saperti nasi biasa.
6. Bila nasi dah kering, taburkan gajus, hirisan daun ketumbar dan kismis
7. Kacau rata (gembur) nasi sehingga semua bahan taburan tadi bersatu dengan nasi
8. Tabur bawang goreng semasa menghidang dan boleh lah di makan bersama salad, dalca atau acar timun+nenas

udang yang menjadi rezeki ck tuk menyediakan resepi ni

serbuk rempah briyani jenama Baba's..apa2 jenama pun ok jer!

setelah semua bahan2 dicampurkan, tanaklah nasi macam biasa

sebelum digembur..kalau tak nak letak taburan semua ni pun tak apa

ini lah hasilnya 1st try Nasi Briyani Udang

Saturday, January 28, 2012

KUIH PAU


Assalammualaikum
Hasrat nak makan kuih pau buatan sendiri ni dah lama bersarang dihati cuma rasa was2 takut tak menjadi. Dah lama juga dok kumpul berbagai cara membuat pau dari majalah dan juga dari dapur blog rakan2 tak cukup dengan itu bila jumpa sedara mara yang dah mahir membuatnya CK kemukakan juga apa2 saja kemusykilan yang bakal terjadi bila CK mencuba untuk membuatnya.


Dari pengamatan CK orang dulu2 atau pun zaman emak2 kita mereka menggunakan hanya tepung gandum biasa dan juga yeast basah atau kekadang dia orang sebut ibu roti. Sekarang mengikut peredaran zaman yang serba canggih pembuatan kuih pau telah tersedia ada tepungnya yang tersendiri dan bila telah siap struktur isi kuih pau tu menjadi gebu dan ringan tidak seperti zaman emak2 kita yang keadaan kuih pau berat dan sedikit bantat tapi waktu tu datang ler apa saja kuih pasti kita bedal tanpa mempersoalkannya janji kenyang.


Hasil dari tinjauan ke beberapa dapur kekawan blogger terhasil lah kuih pau seperti yang di bawah ni tapi CK dah terlupa kat blog mana CK ambik resepinya. Mohon keizinan kepada puan empunya resepi dan CK minta izin paparkannya untuk panduan rakan2 yang lain pulak, terima kasih yer puan kerna sudi berkongsi resepi kuih pau yang begitu lembut.


Seperti yang kita sedia maklum sekarang ni penyediaan pau bukan saja dalam kaedah mengukus tapi juga menggoreng dan berbagai inti yang telah digunakan, ada yang pedas dan ada yang manis. Kat rumah CK inti pedas memang diminati tapi kalau yang manis inti kelapa atau inti kelapa yang dicampur dengan kacang hijau menjadi pilihan.
beginilah saiznya setelah kluar dr pengukus besau2, skali ngap trus kenyang..

PAU INTI KACANG HIJAU & KELAPA PARUT
BAHAN2 PAU :-
1 kg tepung pau (ck guna tepung pau jenama BLUEKEY)
2 sudu kecil yis kering
1/2 cawan minyak
2 1/2 cawan air suam 
6 sudu besar gula pasir 
sedikit garam halus 
daun pisang atau kertas kalis minyak secukupnya

CARA MENYEDIAKANNYA:-
Larutkan gula dan garam kedalam air suam..kacau hingga gula dan garam larut.Masukkan tepung pau dan yeast kering kedalam mangkuk besar, gaul rata dan buat lubang ditengah tengah tepung. Tuangkan air suam bercampur gula dan garam kedalamnya,

gaul rata dan masukkan minyak. Uli adunan hingga sebati dan tidak melekat ditangan dan dimangkuk. Tutup permukaan mangkuk dengan tuala lembab dan biarkan selama 25-30 minit atau sehingga adunan naik 2x ganda. Setelah doh naik uli semula perlahan lahan sehingga licin dan elastik. Bahagi doh kepada bebola kecil mengikut saiz yang disukai. Ambil sebiji bebola doh dan leperkan di atas tapak tangan, isi dengan sebarang inti kesukaan dan tutup agar menjadi bebola Kembali. Alas bebola pau dengan daun pisang yang telah sedia di layukan terlebih dahulu atau boleh gunakan kertas kalis minyak. Buat semua hingga habis dan biarkan selama 15 minit sebelum dikukus.


Tutup bahagian dalam tudung pengukus dengan tuala atau aluminium foil agar wap tidak jatuh ke permukaan pau untuk mendapatkan permukaan yang licin dan tidak berlopak atau berkerutu.

Kukus selama 10 minit dengan api besar. Setelah masak boleh lah diangkat dan sedia di hidangkan

apabila pau dah suam2 kuku sebab kalau terlalu sejuk rasanya tidak begitu sedap.


INTI KACANG HIJAU CAMPUR KELAPA PARUT
BAHAN2NYA:-
kacang hijau
kelapa parut putih
gula melaka@gula kabung
gula pasir
simpulan daun pandan
secubit garam
air secukupnya

CARA MENYEDIAKANNYA:-
Rebus kacang hijau dengan air secukupnya sehingga lembut dan airnya sedikit kering,
masukkan gula melaka, gula pasir, garam dan simpulan daun pandan. Setelah gula larut dan agak kering keluarkan simpulan daun pandan.Masukkan kelapa parut dan kacau rata. Biarkan sejuk sebelum diletakkan ditengah tengah pau


**sukatan bahan2 terpulang pada masing2 sebab kekadang ada orang suka letak inti lebih 
dan setengah orang lebih suka letak sedikit sahaja sebab tak boleh nak makan inti yang manis berlebihan jadi agak2lah yer!

**chekiah timbang bebola doh sebanyak 50gm setiap biji so dptlah 32 biji pau hehe


*Selamat Mencuba*


tepung pau jenama BlueKey dan rasanya ada juga jenama yg lain

yeast kering ni dapat free bila belik tepung pau BlueKey


adunan yang telah sedia digaul rata, di tutup dgn tuala basah dan diperap selama 1-1 1/2 jam

hasil perapan adunan naik menjadi 2x lebih tinggi


inti kacang hijau yang dicampur kelapa parut

kuih pau yg telah siap dan perlu dibiarkan selama 15 minit lagi sebelum dikukus

setelah dikukus beginilah hasilnya..masih panas2..

dah siap dihidangkan, tunggu per lagi jom ngap!

Friday, January 27, 2012

MAKAN MALAM 26 JAN 2012

Semalam 26 Januari 2012 memang sejak siang hari lagi dah plan nak makan malam kat luar. Memula rancang nak gi makan kat Tomyam Udang area Jelutong tapi at last tukar plan gi makan kat Gerai Tom Yam yang bernama Su Ail Kenari yang terletak di Jalan Larut bersebelahan dengan Restaurant KFC dan berhadapan dengan Hotel Royal (sebelum ini hotel ini lebih dikenali sebagai Hotel Sheraton)


Kami tiba sekitar jam 8:45 dan terus membuat pesanan. Waktu tu kelihatan tidak lah begitu ramai pengunjung mungkin disebabkan pertengahan bulan. Selalunya waktu2 hujung bulan terutamanya pada bulan puasa memang sentiasa penuh sehingga terpaksa membuat tempahan...kalau tidak alamat terpaksa berbuka hanya dengan minuman terlebih dahulu.


Setelah dipersetujui makanan yang kami pesan ialah ikan siakap masak sweet & sour, tomyam campur, kangkung goreng belacan, daging merah, udang goreng tepung & telur dadar. Minuman kegemaran yang kami minta ialah air bandung, neslo panas, teh-o limau dan teh ais.


Persediaan makanan tidak mengambil masa yang lama seolah olah macam dah tahu kita orang semua memang dah lapar so sebaik saja makanan dihidangkan, selepas baca doa makan terus kami menjamah tanpa bersuara. Dalam sekelip mata jer semua dah selesai dan kami sempat lagi membuat pesanan tambahan untuk udang celup tepung yang memang superb, sedap dan rangup. Kali ini kami order kategori yang lebih besar iaitu large plate (13 ekor udang) sedangkan yang awalnya kategori sederhana 9 ekor udang manakala yang kecil 5 ekor udang.


Setelah semuanya selesai kami pun beredar dengan keadaan perut yang penuh berisi dan ada juga rasa ralat sebab jumlah harga makanan (tidak termasuk air RM6/-) sebanyak rm82/- Kami terpaksa akur harga makanan agak mahal dari biasa disebabkan stock bahan2 mentah terutamanya ikan sukar diperolehi pada hari cuti sempena perayaan Tahun Baru Cina.