Ikut

Saturday, March 5, 2011

GULAI@KARI IKAN BAWAL


Tengahari kemarin (semalam) berkesempatan sediakan 3 hidangan lauk pauk untuk makan tengahari dan baru sekarang dapat postkan kat wall blog. Dah lama tak masak gulai atau kari asyik masak masakan simple dan campak2 saja sehinggalah anak-anak bersuara "ibu..dah lama tak masak gulai yer!" jadi per lagi masak lah chekiah memenuhi selera anak-anak. Chekiah pasan anak-anak chekiah kalau gulai yang di beli mesti dia orang tak berapa suka sebab biasalah kebanyakan gerai2 berhampiran dengan rumah chekiah (di tengah2 bandaraya Georgetown) adalah kepunyaan India Muslim (mamak) dan seperti yang kita tahu gulai mamak berkuahkan air asam bukannya santan jadi keenakannya kureng sket tapi ada juga gulai mamak yang begini sedap rasanya dan tak cepat rasa muak/jemu/jelak/cemuih (tudiaaa banyak nyer nama yang berlainan maksudnya sama).

ikan bawal hitam yang sederhana besarnya

Sejak celik2 mata (wahhh ayat dolu2..) chekiah kenali ayat gulai hinggalah semakin umur meningkat baru terbiasa dengan panggilan kari.. Orang2 utara lebih biasa memanggil gulai dari kari dan rasanya panggilan kari lebih kepada ayat mamak (india muslim) tapi keduanya sama juga walaupun cara masakannya berlainan sedikit mengikut versi masing2.

Bahan tumis rempah & serbuk cili

Kebolehan memasak gulai ini chekiah perolehi dari hasil melihat arwah emah chekiah masak dulu. Waktu tu chekiah hanya di benarkan menolong menyiapkan bahan2 untuk di masak sebab arwah emak lebih suka chekiah habiskan masa dengan belajar & membuat kerja sekolah. Hasil dari pemerhatian, penilitian & pertanyaan akhirnya chekiah berjaya menambat hati isi keluarga dengan masakan gulai versi chekiah. Chekiah tetap beranggapan bahawa setiap hasil air tangan seseorang tu akan membawa rasa yang berlainan walaupun masak masakan yang sama.

Air asam jawa & santan

Anak-anak chekiah selalu bila selesai makan berlaukkan gulai ikan, daging & ayam (selalunya bertambah..) mereka akan memuji sambil menaikkan ibu jari mereka menandakan gulainya best dan anak lelaki chekiah akan berkata "ibu..superb ler best in the worl" dan dengan tersengih macam kerang busuk chekiah pasti akan menjawab "mestilah kan ibu masak dengan perasaan kasih dan sayang". Chekiah masih ingat pesan arwah emak chekiah seandainya kita ikhlas memasak dengan perasaan penuh kasih sayang insyaAllah apa saja masakan kita akan menjadi malah bertambah sedap dari masa ke semasa wallahhualam..

Bahan sampingan untuk menyedapkan gulai. Terung(xder bendi), cili hijau dan tomato

Bahan-bahannya :-
(A)
2 ekor ikan bawal hitam yang sebesar tapak tangan..siang, bersih dan toskan
(kalau besar elok di potong 2)

Bahan Tumis (B):-
5 sudu makan minyak
5 ulas bawang merah (di hiris nipis)
2 ulas bawang putih (di hiris nipis)
1 sudu teh halba campur
2 tangkai daun kari

Bahan-bahan lain (C) :-
1 peket (25gm) rempah kari ikan (sebarang jenama)
1 sudu besar serbuk cili
1 camca besar garam
~ campurkan dengan sedikit air untuk jadikan pes)

Bahan-bahan lain :-
100 gm santan
3 camca besar air asam jawa
5 biji bendi atau 1 biji terung putih (belah 4)
1 biji bawang besar (belah baji)
1 biji tomato (belah baji)
3 biji cili hijau (di belah jangan sampai putus..keluarkan bijinya)
2 tangkai daun bawang (potong anggaran 1 inci)

Cara memasaknya:-
Panaskan minyak dalam kuali@periok
Tumiskan bahan tumis hingga kekuningan dan naik bau
Perlahankan api dan masukkan bahan2 C..kacau rata selalu agar tidak hangus
Setelah terbit minyak masukkan air asam jawa dan kacau
Masukkan terung@bendi, ikan, cili hijau & 1/2 cawan air..biarkan seketika
Masukkan santan dan kacau perlahan lahan agar ikan tidak hancur
Biar mendidih dan masukkan garam secukup rasa, bawang besar, daun bawang & tomato
Siap di hidangkan..

** Selamat Mencuba **

Friday, March 4, 2011

BELI APA TU...???


Kekadang bila ada kelapangan pada tengahari sabtu chekiah akan pergi mengambil anak dara kecil chekiah dari kelas tambahan. Seandainya chekiah sampai lewat rasanya keadaan boleh terkawal tetapi sekiranya chekiah sampai awal maka ini lah keadaannya..keadaan di mana chekiah akan masuk tinjau barang2 jualan di 7 eleven berdekatan..setakat tinjau2 sambil menyegarkan badan sekejap dengan kesejukan penghawa dingin di situ sambil beli 1 2 barang ok ler tapi tinjauan chekiah selalunya melebihi sepuluh hinggit itu yang tak boleh tahan hahaha..:)

Monday, February 28, 2011

ALMOND CHOCOLATE MUFFIN


Keinginan untuk buat & makan plain muffin hanya berperisa vanilla telah di buat dan kini tiba lah plak giliran muffin perisa chocolate. Kebetulan mangkuk kertas yang coraknya kaler coklat pun ada dalam simpanan jadi semangat nak buat lagi ler berkobar kobar sedondon gitu. Waktu tu juga terfikir nak masukkan lebihan coklat chip masa buat hiasan kek pisang & kek chocolate kukus dan dalam waktu yang sama nak habiskan badam yang masih tinggal ciput. Akhirnya terhasil lah muffin coklat badam ni..rasanya ofkos ler sedap berlemak. Alhamdulillah menjadi juga walaupun pada memulanya asyik debar2 jadi ke idak :)


Resepi di bawah ni chekiah dah x prasan sapa tuan/puan empunya sebab banyak sangat koleksi resepi muffin chocolate badam yang chekiah kumpul..apa2pun chekiah nak mohon izin pada yang empunya resepi & terima kasih di ucapkan :)

Bahan-Bahan
60 gm mentega cair
100 gm madu
125 gm susu cair
1 biji telur
130 gm tepung gandum )
1 sudu makan serbuk koko ) diayak
1 sudu teh soda bicarbonat )
1 sudu teh vanilla
20 gm kismis
50 gm chocolate chips
50 gm almond dibakar sebentar dan dicincang@di ramas
(tinggalkan sedikit untuk di tabur di atas muffin)

Cara Cara
1) Panaskan ketuhar 180 C. Alaskan acuan muffin dengan mangkok kertas. Atau sapukan acuan muffin dengan mentega.
2) Campurkan mentega cair,madu,susu cair ,vanilla dan telur.Kacau sehingga rata dan sebati.
3) Masukkan campuran tepung yang telah diayak dan dikacau rata.
4) Masukkan chocolate chip, kismis & almond..kacau sehingga sebati.
5) Sendukkan adunan 3/4 kedalam acuan muffin atau mangkuk kertas.Bakar selama 25 minit atau sehingga masak.
6) Jika menggunakan mangkok kertas yang kecil, bakar adunan selama12-15 minit atau sehingga masak.

** Selamat Mencuba **

RASBERRY JUICE


Sejak kebelakangan ni cuaca panas teramat sangat. Seawal pagi jam 10 keadaan dah berbahang dan dengan secara tidak langsung kita akan cepat merasa letih tapi demi tugasan harian yang perlu kita laksanakan panas pun kena lah bertahan. Dalam keadaan cuaca panas yang selalu kita lakukan ialah lebih kerap mencari air minuman terutamanya yang boleh melega dan menyamankan tekak. Tengahari ni CheKiah sediakan air minuman perasa rasberry untuk keluarga. CheKiah letak 1 jug dalam peti sejuk senang untuk seisi rumah menikmatinya. Walaupun dalam keadaan cuaca yang bagaimana pun kita memang di galakkan banyak minum air kosong. Seorang dewasa perlu minum air kosong sebanyak 7-8 gelas sehari untuk mengganti pengaliran keluar air dari badan kita..ingat tu minum air kosong bebanyak baru badan kita akan rasa segar dan mantop hehe..

Saturday, February 26, 2011

VANILLA MUFFIN


Bahan2nya :-
250 gm mentega
1/2 cawan gula halus
4 biji telur
1 1/2 cawan tepung naik sendiri
3 sudu makan susu pekat + 1/2 cawan susu segar@susu cair..kacau sebati
1 camca besar esen vanilla

Cara Membuatnya:-
Putar mentega dan gula hingga putih
Masukkan telur sebiji demi sebiji..terus putar hingga sebati dan kembang
Tukar laras pemutar ke perlahan..masukkan tepung berselang seli dengan campuran susu
Masukkan esen vanilla dan kacau rata
Sudukan 3/4 dari bancuhan dalam papercup atau cup muffin yang keras
Hias ikut kreativiti masing2
Bakar selama 25-30 minit atau sehingga masak pada suhu oven 180C

*Selamat Mencuba*

LAKSAM


Bahan Laksam:-
3 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
secubit garam
4 cawan air
minyak untuk melenser

Cara Membuatnya:-
Campur kedua jenis tepung dan garam di dalam mangkuk
Masukkan sedikit demi sedikit air sambil di kacau hingga sebati
Lenser 2 atau 3 loyang berukuran 22 cm dengan minyak (chekiah guna tudung periok jer :)
Tuang sedikit bancuhan tepung untuk membentuk satu lapisan yang nipis
Kukus selama 2-3 minit atau hingga masak (panduan: nampak permukaan dah melembung dah masak ler tu)
Angkat dan gulongkan ketika masih suam2 sebab kalau sejuk ia akan retak atau pecah. Ulangi hingga bancuhan habis.

*****

Bahan Kuah:-
500gm ikan kembung (rebus..ambil isinya dan tumbuk)
1.5 - 2 liter santan (lbh kurang dari 2 biji kelapa)
2 keping asam gelugor
2 camca teh serbuk lada hitam
garam secukupnya
6 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1 cm halia*
(* di kisar halus)

Cara Membuatnya:-
Jerang isi ikan, santan, bahan kisar dan asam gelugor..di kacau sehingga mendidih
Setelah mendidih masukkan serbuk lada hitam dan garam..renehkan sampai pekat..tutup api

Bahan Sampingan:-
6-7 biji cili merah di kisar dengan 2cm belacan yg di bakar dan garam

1/2 biji timun*
5 batang kacang panjang*
1 kuntum bunga kantan*
(* di hiris kecil)

20gm daun selom (di mayang)
100gm tauge (di buang ekornya)
1-2 biji limau nipis (di belah 4)

Cara Hidangan:-
Hiris menyerong atau bulat gulungan laksam tebal ikut suka dan letakkan ke dalam mangkuk
Hidangkan dengan bahan sampingan dan curahkan kuah ke atasnya

Resepi ni untuk 5-6 orang dan cara memasaknya mengikut versi chekiah berkemungkinan berbeza
dengan penyediaan orang2 pantai timur.

*Selamat Mencuba*

BUN GULUNG TUNA


Selain dari masakan yang di perturunkan oleh arwah emak, emak mertua, ipar duai dan saudara mara blog ini juga mempunyai segmen "cuba try test" dimana CheKiah mencuba resepi2 dari rerakan blog dan facebook. Terima kasih kepada semua tuan2, puan2, encik2 dan cik2 yang empunya resepi..minta halalkan resepi yang  telah CheKiah ambil dan buat dan maaf kadangkala CheKiah ubah mengikut kesesuaian semasa.
Resepi bun tuna ini CheKiah ambik dari blog DTS yang tuan empunyanya ialah Encik Mat Gebu dan resepinya CheKiah sertakan di sini..terima kasih Encik Mat semoga tetap gebus dan jangan pengsan lelama nanti hilang kegebuannya..jangan marah CheKiah melawak..

Bahan2 Doh :-
250 gram tepung roti (high protein flour)
50 gram gula halus @ gula kastor
1/2 camca teh garam halus
10 g susu tepung (mat guna susu "everyday")
1/4 camca teh bread improver
1/4 camca teh bread softerner (xletak sbb xder)
30 g telur (pecahkan 1 biji, kacau sedikit dan timbang)
6 gram instant yeast
20 gram mentega
125 ml air suam (kalau guna Breadmaker guna air biasa)

Cara Membuat Doh :-
Larutkan yis dalam air suam, biar berbuih.
Satukan semua bahan lain kecuali mentega.
Masukkan bancuhan yis dan gaul rata hingga menjadi doh.
Tambah mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang kenyal dan anjal (kurang lebih 20 minit).
Bulat2kan doh, letak dalam bekas dan balut dengan plastik bersih, biarkan 45 minit hingga naik.

Kaedah Lain :- Satukan semua bahan2 untuk doh dalam breadmaker, pilih setting untuk "DOH" dan tekan "ON"
Tunggu hingga siap (selalunya BM mengambil masa 30 minit menguli dan 1 jam memerap, ikut jenis BM masing2).

********

Bahan Inti Tuna :-)
1 camca besar mentega, dicairkan
1 tin tuna, ditoskan biar kering, lecek hancur (chekiah beli tuna mayonnaise light yg dah siap lecek + mayonese)
2 1/2 camca besar Mayonnaise
1 biji bawang besar, dadu kecil
1 pokok daun bawang, hiris halus, asingkan sedikit untuk hiasan
1 biji limau kasturi, perah jusnya (optional)
1 biji cili merah..belah buang biji & racik halus2 (resepi asal tak letak)
1/2 camca teh lada hitam yang baru dikisar, asingkan sedikit untuk hiasan

Cara Membuat tuna sandwich:-
Satukan semua bahan untuk inti tuna kecuali mentega, kacau rata. Ketepikan.
Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara, tabur sedikit tepung pada meja kerja
Canai menjadi 4 persegi. Sapu permukaan doh tadi dengan mentega cair rata2.
Tuang inti tuna dan ratakan. Tinggalkan sedikit ruang di hujung doh.
Gulung seperti swissroll dan ketatkan.
Kemas kan bahagian kiri dan kanan gulungan doh dan kerat kepada 10 bahagian sama besar.
Susun dalam paper cup jenis bersiaz 4 inci. Tekan sedikit biar rata. Buat hingga siap.
Perap 45 minit hingga kembang. Sapu telur (baki dari 30 g tadi)
Tabur baki hirisan daun bawang dan lada hitam serta racikan cili merah.
Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama 25 minit atau hingga perang keemasan.
Sejukkan atas jaringan sepenuhnya