Ikut

Wednesday, March 21, 2012

SIPUT REMIS


Assalammualaikum & salam sejahtera untuk semua rakan2.


Huhuhu brkurun lama, ku tinggalkan..blog ku yang kesepian hahaha..siap nyanyi lagi dah ler lama tak brsiaran. Lama tak uptodate blog kali ni bukan lah sebab kesihatan tapi sebab sikap malas dah tebal menepek dalam diri...tak tahu lah kenapa semenjak dua menjak ni segan dan liat benar nak mengadap screen. Namun tidak sesekali ku tinggalkan untuk selamanya hehehe..


Tengahari tadi sedang bersantai depan TV ada jiran call tanya nak tak siput remis dengan pantas jawab nak ler sebab dah lama tak layan meratah isi siput remis ni. Lebih kurang 15 minit selepas tu nampak lah kelibat jiran tu datang menghulurkan seplastik kecil lebih kurang dalam dua pot tin susu siput remis. Macam biasa siput remis tu di letak dalam air laut yang masin kalau tidak terjelir lah lidah atau isi siput remis dari kulitnya.


Siput remis tu takder ler besar sanagat cinoni jer saiznya. Setelah dibersihkan maka apa lagi jalankan prose merebus sebab lebih suka meratah begitu saja tapi sekiranya dapat yang gedabak besar seket mahu lah masak tumis terasa sangat kemanisan isinya.


Ahli keluarga yang lain tidak begitu suka siput remis berbandingkan lala maka per lagi habuan CK meratah hingga habis seperiok..hambek ko!..sambil meratah teringat zaman kanak2 dulu bila musim remis naik pantai maka berpuak puak kita orang pergi mengorek dan mengumpul siap berlawan sapa dapat banyak hingga tak sedar hari dah maghrib. Masih ingat arwah emak CK selalu gempak kita org sebelum maghrib kena pulang sebab takut di sorok oleh hantu laut hahaha...

Setelah dibuang air masin dan dibasuh bersih

Masukkan air, garam, serai yg diketuk, hirisan bawang merah, bawang putih & halia then rebus

dah siap direbus sejukkan sebentar sebelum diratah :)

layan siput remis ni memang asyik sgt lebih2 lagi klau rebut ramai2 :)

4 comments:

  1. Alahai sedapnya siput remis...lama tak makan ni, dulu kecik2 kita selalu gi cari kat tp laut, rumah tepi laut, tak lupa bawa seangkatan tentera (jiran2) gi berperang mencari remis ni. Tp kita selalu goreng masak cili ..serai tak lupa sbb nak bagi wangi...

    ReplyDelete
  2. mmg cdp & mns Ct Baizura. skrg dh x mcm dulu leh lepak korek remis hehehe..CK pun klau dpt bnyk yg isi bsr2 slalu gak msk goreng brcili :)

    ReplyDelete
  3. Saya semalam cari remis 1 guni beras 5kg.. Huhu mmg x habis cari seronok sgt..

    ReplyDelete
  4. ini di panggil etak-etak , kalau kat kampung pulau jawa, pekan pahang

    ReplyDelete