Ikut

Sunday, February 19, 2012

NASI BRIYANI UDANG


Assalammualaikum dan selamat awal pagi Isnin 20 February 2012


Baru sampai dari menghantar anak teruna CK pulang keasrama.
Sebelum masuk beradu jengah ke blog yang dah lama terbiar tanpa perhatian hehehe..Kebelakangan ni tak pasti pulak apa yang di sibukkan. Tugasan harian semakin bertambah ker atau CK berada dalam keadaan tidak berapa sihat. Sejak masuk tahun baru ni keadaan kesihatan tidak begitu memuaskan tapi tak per lah CK mensyukuri dengan segala ketentuanNya, Alhamdulillah..


Dah lama tak bersiaran rasa kekok plak nak menaip mengarang panjang2 hehe..Nak story malam tadi CK sediakan nasi briyani (betul ker ejaan ni atau ada juga orang type@tulis beriani) apa2 aja lah janji sama maksud kan. Dah 2 3 hari fikiran asyik dok teringat ingat nak try test masak nasi briyani udang sebab selalu asyik masak nasi briyani ayam jadi kali ni tukar pulak nak tengok jadi camna. Nasi briyani udang ni tak lah sepemes nasi briyani ayam tapi hasilnya tak mengecewakan...sedap...!!!


Awal pagi telah kejutkan anak teruna temankan CK kepasar. Hasrat hati nak beli udang galah tapi malangnya takder lah pulak, biasalah memang resam begitu kan bila kita perlukan sesuatu mesti tak ada tapi bila waktu kita tak perlukan bersepah sepah pulak. Pasrah sajalah tak dapat beli udang galah dapat beli udang yang sederhana besar pun kira ok lah juga dari takder langsung.


Masak nasi briyani udang untuk percubaan pertama CK guna resepi dari Chef Hanieliza dan ada juga satu dua perkara yang CK ubah atas kesesuian sendiri kiranya dah menderhaka lahh kann..ya ampunnn minta maaf bebanyak Chef. Mohon izin kongsi resepi yang sedap sangat ni dengan rakan2 yang lain yer Chef Hanieliza.


NASI BERIANI UDANG
sumber : Chef Hanieliza
di cuba try test oleh : CheKiah


Bahan-bahannya:-
500 gm udang besar [bersihkan ]
1 kg beras bathmati [basuh dan toskan]
1/2 cawan lobak merah [potong dadu]
2 biji buah tomato...potong dadu (CK letak sebiji sebab tu yg ada)
1/2 cawan tomato soup (CK tambah sebab tomato biji ada sebiji jer)
5 cawan air
1 cawan susu cair
3 s/b minyak
3 s/b minyak sapi
2 s/b rempah beriani [bancuh dengan sedikit air menjadi paste]
1 kiub pati ayam (CK tambah)
garam


Bahan tumis [hiriskan]
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 cm halia
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
2 helai simpulan daun pandan (CK tambah)


Bahan2 lain (CK tambah)
1/2 cawan gajus yang dipanggang terlebih dahulu
sedikit hirisan daun ketumbar
1/2 cawan kismis
bawang goreng


Cara Memasaknya:-
1. Panaskan minyak dan minyak sapi. Tumiskan bahan tumis sehingga wangi.
2. Masukkan paste rempah briyani..masak dengan api perlahan sehingga terbit minyak
3. Masukkan beras dan goreng rata.
4. Masukkan udang, buah tomato, lobak merah, pati ayam dan garam (sesuaikan rasa). Kacau rata.
5. Masukkan air dan susu cair. Masakkan saperti nasi biasa.
6. Bila nasi dah kering, taburkan gajus, hirisan daun ketumbar dan kismis
7. Kacau rata (gembur) nasi sehingga semua bahan taburan tadi bersatu dengan nasi
8. Tabur bawang goreng semasa menghidang dan boleh lah di makan bersama salad, dalca atau acar timun+nenas

udang yang menjadi rezeki ck tuk menyediakan resepi ni

serbuk rempah briyani jenama Baba's..apa2 jenama pun ok jer!

setelah semua bahan2 dicampurkan, tanaklah nasi macam biasa

sebelum digembur..kalau tak nak letak taburan semua ni pun tak apa

ini lah hasilnya 1st try Nasi Briyani Udang

4 comments:

  1. salam che kiah - sedapnya briani udang!

    ReplyDelete
  2. kak k ada belen dak melelh ayaq lioq cheq tau

    ReplyDelete
  3. salam mala...1st try yg x mengecewakan :)

    ReplyDelete
  4. ada lagi chik mimi saja msk lbh so lunch ari ni xyah msk dapuq haha. huluq tola..nah lap ayaq lioq tu :)

    ReplyDelete