Ikut

Sunday, January 30, 2011

IKAN GORENG KUNYIT

                                      ikan goreng chekiah yang posing berderet

Mungkin ada di antara rakan pengunjung yang gelak atau sengih2 bila melihat N3 yang satu ini.Pada mulanya CheKiah pun tak nak letak post ikan goreng ni tapi ada juga anak-anak gadis terutamanya yang masih di bangku sekolah menanya CheKiah bagaimana nak menyediakan ikan goreng. Apa2pun kita sebagai orang dewasa patut membantu mereka agar mereka lebih bersemangat untuk rajin masuk ke dapur. Seingat CheKiah masa CheKiah dalam darjah 4 atau 5 CheKiah dah mula masak nasi, goreng ikan dan masak sayur tumis air. Kita orang dewasa yang mungkin sekarang dah cukup mahir masak memasak asalnya datang dari peringkat anak2 remaja yang baru bertatih menceburi dunia orang perempuan iaitu memasak.

Ikan Goreng

Bahan-bahannya :-
5 ekor ikan (sebarang ikan..di siang..di bersihkan dan di sejat atau di tos)
1 sudu makan garam halus
1 sudu makan serbuk kunyit
minyak secukupnya untuk menggoreng terendam

Cara Memasaknya :-
Gaulkan ikan dengan garam halus dan serbuk kunyit..ratakan keseluruh badan termasuk di bahagian belahan perut ikan agar bila masak nanti tak lah bahagian perut tu tak terasa garam kunyitnya.
Panaskan minyak di dalam non-stick pan (kuali biasa pun boleh saja)
Dengan api yang kecil pastikan minyak betul2 panas
Masukkan ikan sekor demi sekor ke dalam minyak
Biarkan sebentar sehingga nampak kuning keperangan atau kegaringan baru terbalikkan
Tunggu sebentar untuk proses yang sama di sebelah yang satu lagi
Setelah ikan itu masak angkat ler perlahan-lahan dan masukkan ke dalam pinggan@piring yang beralaskan tissue dapur untuk menyerapkan minyak yang terdapat pada ikan itu sebab kalau terlalu berminyak ikan akan rasa tidak enak.

Nota CheKiah :
Masa memasukkan ikan ke dalam minyak jangan sekali kali mencampakkannya takut minyak akan terpercik ke muka.
Jarakkan kedudukan ikan dalam kuali supaya mudah untuk terbalikkan
Pastikan ikan betul2 keperangan@garing sebelum di terbalikkan kerana ikan yang belum betul2 masak akan tertanggal isinya bila di terbalikkan.
Enak di makan sewaktu masih panas

** selamat mencuba **

No comments:

Post a Comment