Ikut

Tuesday, May 17, 2011

PLAIN VANILLA MUFFIN

Assalammualaikum dan selamat petang.

Hari ini masak simple2 sebab ada projek yang dah janji dengan anak dara bongsu beberapa hari yang lalu. Hari ni dia dan kawan2 dah planning nak study sama2 di rumah salah seorang ahli group tu jadi chekiha nak bekalkan dia vanilla muffin sebab sejak dulu dia memang suka cake atau muffin yang berperisa vanila jadi memudahkan kerja lagi sebab tak perlu nak campurkan pewarna atau bahan perisa plain gitu..

Sementara menanti muffin masak sempat ler juga membuat jemput2(cekodok) pisang milo..jadi 2 projek dalam satu masa..maklum ler lama dah tak jengah ke dapur sebab tak sihat demam selsema.
Di bawah ni resepi vanilla muffin mudah versi chekiah untuk sesiapa yang sudi mencuba.


Vanilla Muffin
[versi chekiah]

Bahan2nya:-
250 gm mentega
2 biji telur grade A
1 1/2 cawan tepung berserbuk penaik (self raising flour)
3/4 cawan gula halus (boleh kurangkan sekiranya tidak mahu manis)
1/2 cawan susu segar@susu cair
1/2 camca besar esen vanilla

Cara Membuatnya:-
1. Panaskan ketuhar pada suhu 180C
2. Atur mangkuk kertas dalam tin muffin atau gunakan mangkuk kertas yang jenis keras.
3. Putar mentega dengan gula hingga putih
4. Masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga kembang.
5. Perlahankan aras kelajuan dan masukkan tepung berselang seli dengan susu segar@cair.
6. Campurkan esen vanilla dan kacau sebati.
7. Sudu atau paipkan 3/4 penuh dalam mangkuk kertas atau muffin cup
8. Bakar 25 minit atau sehingga masak.

*Selamat Mencuba*

No comments:

Post a Comment