Tuesday, May 3, 2011
NASI GORENG AYAM
Assalammualaikum dan selamat tengahari hari rabu 4 May 2011
Apa kabar semua? Hendaknya beroleh dalam keadaan sihat sejahtera disamping kesibukan tugasan harian. Hari ini dah 4 hari kita berada di bulan yang ke-5 di tahun 2011..sekejap jer masa berlalu pejam celik pejam celik dah nak menghampiri pertengahan tahun..harapan chekiah semoga segala perancangan untuk sepanjang tahun akan suksess hendaknya.
Tengahari ni kekeringan idea nak masak aper..anak dara bongsu pulangnya lewat petang ada aktiviti ko-korikulam dan yang pastinya dia akan lunch kat sekolah jadi tinggal chekiah bersama anak dara sulung dan anak teruna yang tengah..dimana chekiah tahu sangat selera mereka berdua ni tak der ler cerewet sangat kalau di bandingkan dengan anak dara bongsu yang banyak songeh bab2 makan hehehe
Menu simple masakan campak2 chekiah ialah nasi goreng ayam yang bila di layan dalam keadaan cuaca hujan renyai2 ni memang cukup menyelerakan. Nasi goreng ayam versi chekiah ni mungkin tercuit hati anda untuk mencuba jadi di bawah ni chekiah sertakan resepinya.
Perap beberapa ketul ayam dengan kunyit, garam & serbuk jinta manis..
goreng hingga masak dan kekuningan..ketepikan
Nasi Goreng Ayam
[versi chekiah]
2 pinggan nasi putih
1 biji telur
1 sudu kecil kicap
Bahan tumis:-
3 ulas bawang merah di hiris nipis
1 ulas bawang putih di cincang halus
Bahan kisar:-
2 sudu besar cili kering yang telah di kisar
1 ulas bawang merah
sedikit belacan
2 sudu besar udang kering
Cara Memasaknya:-
Panaskan minyak dan tumis hirisan bawang merah dan cincangan bawang putih hingga kuning
Masukkan bahan kisar dan sedikit air..goreng sampai terbit minyak
Campurkan sayur2an yang di sukai
Masukkan nasi dan goreng hingga sebati
Buat lubang di tengah2 nasi pecahkan telur dan percikkan sedikit kicap
Timbus telur dengan timbunan nasi biar sekejap sebelum di kacau sehingga sebati
Sedia untuk di hidangkan dengan meletakkan ketulan ayam di atasnya dan disertakan bersama hirisan timun dan sambal belacan.
Labels:
aneka masakan nasi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment