Ikut

Tuesday, May 17, 2011

JEMPUT-JEMPUT PISANG

cekodok pisang + milo

Assalammualaikum dan selamat petang hari Selasa 17 May 2011.

Hari ini hari cuti umum sempena merayakan Hari Wesak jadi pasti rerakan chekiah ramai yang mengambil kesempatan gi jalan-jalan, shopping, menziarah rakan2 dan sanak saudara atau ada yang lebih selesa santai2 masak2 dan makan2 jer kat rumah macam sapa? macam chekiah hehehe..

Alhamdulillah setelah hampir seminggu chekiah terpaksa away kerana tidak sihat, demam selsema dan batuk2 akhirnya hari ini keadaan dan bertambah baik walaupun masih ada sket2 lagi saki baki sok sek sok sek tapi kena gagahi juga menjalankan tugasan sebagai suri rumahtangga sebab kalau terlalu lama di manja2kan diri alamat makin bertambah malas bab kata orang utara makin bertambah baloq liat hahaha...Meskipun dah agak sihat tapi chekiah tak berani lah nak lasak sangat buat kerja rumah takut kembali sakit hehehe so chekiah lakukan dalam keadaan mode yang sedang-sedang saja hilanglah juga bosan asyik baring jerrrr...

Beberapa hari yang lalu masa keadaan tak sihat selera makan memang totally out tak lalu nak telan apa pun cuma makan ubat dan banyak minum air saja...tekak dah payau rasa ubat..tengahari chekiah makan bubur dan sup saja tu pun 2 3 sudu jer yg dapat ditelan. Petang ni chekiah teringin nak makan jemput-jemput pisang atau di tempat chekiah belah utara ni lebih di kenali dengan panggilan coq kodok (cekodok). Resepi chekiah mengikut style arwah emak mertua yang suka letak sesudu@dua serbuk milo untuk menambahkan umpphhh rasa cekodok...jom tengok resepi!

sedia untuk di ngap

Jemput-Jemput Pisang Milo
(Coq Kodok@Cekodok)
[versi chekiah]

Bahan-bahannya:-
1 cawan pisang lecek..sebarangan pisang yang di sukai
1 1/2 cawan tepung gandum
2 sudu makan gula pasir
2 sudu makan serbuk milo
1 sudu makan susu pekat
1/2 sudu teh garam halus
1 sudu teh bikarbonat soda
minyak secukupnya untuk menggoreng

Cara Membuatnya:-
Satukan semuanya kecuali minyak
Gaul rata dan campurkan air sedikit demi sedikit hingga mendapat adunan yang boleh di jemput.
Rehatkan 5-10 minit.
Panaskan minyak dalam kuali
Basahkan hujung jari dan jemput adunan ke dalam minyak
Goreng hingga keperangan
Angkat dan tuskan di atas tissue dapur
Hidangkan semasa masih panas dan sesuai untuk sarapan atau minum petang.

*Selamat Mencuba*

No comments:

Post a Comment