Ikut

Thursday, April 28, 2011

KURMA DAGING

Assalammualaikum dan selamat petang khamis 28 April 2011

Macam biasa bila waktu petang2 begini baru chekiah ada kesempatan untuk mengadap screen pc kalau awal2 tadi memang tak sempat maklum ler urusan rumah tangga ni mana der punch card masuk dan keluar memanjang ada jer kerja yang perlu di bereskan.

Makan tengahari tadi hidangan utama ialah kurma daging. lama benar tak masak kurma daging selalu masak kurma ayam saja sesekali nak gak merasa keenakan kurma daging yang sudah pasti ada beza kesedapannya. Macam biasa cara penyediaan masakan kurma chekiah mesti pekat berpalut tak letak banyak kuah kerana sejak dulu pemahaman chekiah tentang masakan yang satu ni ialah kuah dia mesti pekat sama gak dengan masak lemak kalau letak kuah banyak atau cair akan kehilangan aura nama masakan tu dah masuk ke dalam kategori kari atau gulai...tapi ikut selera masing2 lah kan samada nak letak banyak kuah atau sebaliknya the choice is yours perghhh sesekali chekiah skipping omputih anak mata hitam trus bertukar menjadi biru kehijauan hahaha.. jom belek resepi kurma daging versi chekiah.


Kurma Daging
Bahan-bahan :-
600 gm daging isi tanpa lemak..di hiris sederhana nipis di basuh dan di toskan

4 sudu besar minyak sapi
2 sudu besar minyak masak
75 gm serbuk rempah kurma anika jenama
2 biji kentang setiap satu di belah 4
1 biji tomato di belah baji
2 biji cili hijau
1/2 batang karot potong ikut suka
santan pekar dari 1 biji kelapa
air secukupnya

Bahan-bahan tumis:-
4 ulas bawang merah di hiris nipis
5 kuntum bunga cengkih
4 kuntuk bunga lawang
3 ulas bunga lawang
1 1/2 inci kulit kayu manis
2 helai daun pandan di simpul

Bahan-bahan kisar:-
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 1/2 inci halia
1 biji cili hijau


Cara memasaknya:-
Panaskan campuran minyak sapi dan minyak masak di dalam kuali atau periok.
Tumis bahan-bahan tumis hingga garing dan berbau wangi
Masukkan bahan kisar dan rempah dan sedikit air...kacau sehingga masak dan terbit minyak
Campurkan daging dan air kacau dan tutup untuk empukkan daging.
Setelah daging hampir empuk masukkan pula kentang dan karot...masak lagi hingga kentang dan karot lembut
Masukkan santan dan cili hijau..biarkan mendidih seketika sebelum di masukkan potongan tomato
Setelah mendidih dan kuah agak pekat boleh lah di matikan api.

*Selamat Mencuba*

No comments:

Post a Comment