Friday, April 15, 2011
BERIANI AYAM
Assalammualaikum & selamat malam hari jumaat..dah 11:45 minit malam.
Alahai dah lama rasanya tak jengah kat blog kesayangan chekiah ni..dah berabuk pun dan banyak N3 yang belum di kemaskinikan.
Ramai yang bertanya kemana chekiah tetiba ghaib..macam cite halimunan plak leh ghaib2kan diri. Chekiah tak kemana mana cuma kesihatan terpeleot seket..akibat suka lalai makan ubat hehehe tapi sekarang alhamdulillah keadaan dah makin pulih badan pun makin segar dan minda pun makin tenang dan damai gitu.
Di kesempatan ini chekiah ingin mengucapkan ribuah terima kasih di atas keperihatinan kekawan chekiah yang tercari cari untuk bertanya kabar. Chekiah rasa terharu dengan kesungguhan kekawan terutamanya di laman sosial facebook chekiah..tak sangka ramai juga yang merindui dan menyayangi chekiah. Kepada yang telefon dan sms tu minta maaf bebanyak lah kalau tak dapat layanan atau balasan sebab bila kepala dah pening dan badan dah sakit bukan kata nak jawab telefon dan sms nak buka mata pun tak terdaya. Terima kasih sekali kepada semua dan sesungguhnya chekiah sayang sangat kat u all semua muashhhhhhhhhh..!!!
Dah lama tak jengah dapur abuk dan sawang pun berserat di merata rata hahaha tapi ok lah kan puan empunya dapur sakit dapat lah dapur pun berehat juga kalau tak dia asyik berkhidmat tanpa mengira penat dan lelah.
Resepi pertama yang telah chekiah torai setelah sihat ni ialah ayam masak beriani. Selalu bila di sebut beriani di gambaran kita akan terbayang sepenuh pinggan dengan nasi yang kaler kuning keorengan dan selonggok atasnya ada seketul ayam siap dengan dalca & kerabu@jelatah timun, nenas dan bawang. Sekarang ini anggapan tu tak patut lagi berada di fikiran kita sebab macam rakan-rakan yang belum tahu (macam chekiah juga lah) ayam beriani ada lah sejenis masakan yang menggunakan rempah beriani macam masak nasi beriani juga. Ni kali pertama chekiah mencuba dan rasanya not bad kata omputih dan ianya menepati citarasa chekiah yang dalam projek (huhu macam lah ada tender nak projek2 plak hehe) memperbagaikan masakan selain dari masakan yang biasa2 kita jamah hari-hari. Resepi di bawah ini untuk panduan sesiapa yang nak mencuba.
Bahan-bahannya:-
1 ekor ayam ~ di bersihkan dan di potong 10
Bahan Tumis:-
2 ulas bawang merah (di hiris nipis)
5 sudu minyak masak
2 sudu minyak sapi
1 batang kulit kayu manis
4 biji buah pelaga
3 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih
Bahan Kisar:-
3 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
3 cm halia
Bahan-bahan sampingan:-
100 gm rempah beriani
100 gm tomato puri
1 tin susu cair
2 biji cili merah (di belah dua)
1 biji buah tomato (di belah dua)
sedikit kacang peas
sedikit daun ketumbar
garam secukup rasa
Cara Memasaknya:-
1. Panaskan minyak dan minyak sapi dan tumis bahan2 tumis sehingga naik bau.
2. Masukkan rempah beriani dan sedikit air..goreng hingga garing dan terbit minyak.
3. Masukkan tomato puri, tomato biji dan susu cair.
4. Apabila mendidih, masukkan ayam dan masak hingga ayam empuk dan kuah menjadi pekat.
5. Taburkan kacang peas, belahan cili merah dan daun ketumbar..masak lagi untuk seketika.
6. Siap untuk di hidangkan.
* sesuai di makan bersama sebarang nasi dan aneka roti pilihan anda
* sekiranya anda kehabisan susu cair anda juga boleh gantikan dengan santan
*Selamat Mencuba*
Labels:
Aneka Masakan Ayam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
sedap tu...
ReplyDeleteterima kasih iNtan...klau dkt leh ler lyn mkn sama2 yer! :)
ReplyDelete