Ikut

Friday, April 15, 2011

CUCUR BADAK


Assalammualaikum dan selamat pagi sabtu.
Syukur alhamdulillah di beri kesempatan untuk kesekian kalinya bertemu lagi kita di dada laman blog chekiah ni..harapan chekiah semoga semua rakan2 chekiah beroleh dalam keadaan sihat sejahtera dan di permudahkan segala laluan dalam menjalani liku2 kehidupan yang penuh pancaroba.

Pagi ni chekiah tanpa fikir panjang melaksanakan keinginan yang dah berputik (ayatttt cam tanam pokok bunga lah plak hehe) 2 3 hari lepas. Keinginan nak makan cucur badak atau orang utara lebih selesa memanggilnya dengan panggilan cucuq badak. Teringat masa kecil dulu selalu tertanya tanya kenapa nama cucur yang satu ni cam tak best saja..badak pulak tu tak comey langsng tapi pada pandangan sendiri mungkin di sebabkan saiz dan rupa kuenya yang sebegitu tapi chekiah kalau menyediakan cucur ni lebih suka buat sederhana besar tak der ler besar cam yang kita beli kat luar tu..biasalah orang berjual mesti nak kena buat saiz mengikut harga. Keinginan nak buat sendiri cucur ni pertama tamanya di sebabkan kelembutan kulit cucur yang kalau beli pasti sudah keras dan liat sangat2 tak terasa ubinya dan satu lagi yang paling tak best ialah inti atau serunding yang di letakkkan adalah hampas kelapa yang kering tak der rasa lemaknya pun. Apa2pun hasil buatan sendiri lebih sedap dari segenap segi betul tak??? Macam biasa kepada yang sudi2 nak cuba try test resepi versi chekiah ni boleh lah ikut resepi yang di bawah :-


Cucur Badak
[Versi CheKiah]

Bahan-bahannya :-
500 gm ubi keledek yang telah di rebus, di toskan dan di lecek lumat
100 gm tepung gandum
1/2 sudu teh garam halus
1 camca besar gula
~ satukan semua dah gaul sebati..ketepikan ~

Bahan-bahan inti@serunding kelapa:-
1 cawan kelapa parut muda - ambil putih sahaja
sedikit minyak
1 helai daun kunyit di hiris halus (di kecualikan..sekadar untuk menaikkan kewangian)
10 ekor udang basah di potong kasar dan di gaul dengan 1 sudu teh serbuk jintan manis
garam dan gula secukupnya

Bahan-bahan kisar :-
2 camca besar cili kering - dikisar
1 cm kunyit hidup
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
1 batang serai
segenggam udang kering

Panaskan minyak..tumiskan bahan kisar dan masak hingga harum dan sedikit garing.
Masukkan udang basah dan sedikit air dan masak lagi.
Masukkan kelapa parut bersama garam dan gula secukup rasa. Kacau sebati sehingga kelapanyaer masak dan airnyer kering.
Akhir sekali masukkan hirisan daun kunyit..kacau dan tutup api dan biarkan sejuk sebelum digunakan.

Cara Menyediakan Cucur Badak:-
Jemput sedikit adunan tepung..bulat2kan..kemudian leperkan di atas tapak tangan
Masukkan sesudu teh inti kelapa dan tutup sehingga mendapat kembali adunan yang bulat
Setelah di bulatkan tekan sedikit untuk meleperkan bagi membezakan bentuk cucur badak dan cucur kodok :)
Buat semua hingga selesai dan di galakkan membuat dalam saiz yang sama baru nampak cun :)
Gorenglah dalam minyak yang sederhana panasnya
Setelah kulit cucur badak kekuningan baru lah di angkat dan sedia untuk di hidangkan.

nota chekiah:-
* tidak pasti dari mana asal usul nama cucur ni tapi berkemungkinan dari saiznya yang besar2 kot :)
* orang-orang dulu terlalu mementingkan penyediaan kue yang kemas lebih2 lagi saiz kue hendaklah sama besarnya kerana dari situ sedikit sebanyak dapat di nilaikan
karektor orang yang membuatnya. Arwah emak chekiah kalau buat kue tak sama saiznya akan di tegur dan di beritahu betapa pentingnya penyediaan kueh yang bukan
saja sedap di makan tapi sedap di pandang :)
* sekarang cara penyediaan inti atau serunding kelapa telah di pelbagaikan dengan meletakkan gula kabung@gula merah untuk mengimbangi rasa pedas dan manis tapi
inti asli yang pedas masih tetap jadi pilihan.
* cara penyediaan cucur badak versi chekiah ni meletakkan udang basah di dalam inti@serunding kelapa tidak seperti yang di ajar oleh arwah emak chekiah meletakkan sekor
udang di atas permukaan setiap cucur badak untuk menambah tarikan orang yang melihat..ya ampun maaf mak kiah dah menderhaka mengubah cara penyediaannya..

* Selamat Mencuba*

No comments:

Post a Comment