Ikut

Saturday, February 26, 2011

BUN GULUNG TUNA


Selain dari masakan yang di perturunkan oleh arwah emak, emak mertua, ipar duai dan saudara mara blog ini juga mempunyai segmen "cuba try test" dimana CheKiah mencuba resepi2 dari rerakan blog dan facebook. Terima kasih kepada semua tuan2, puan2, encik2 dan cik2 yang empunya resepi..minta halalkan resepi yang  telah CheKiah ambil dan buat dan maaf kadangkala CheKiah ubah mengikut kesesuaian semasa.
Resepi bun tuna ini CheKiah ambik dari blog DTS yang tuan empunyanya ialah Encik Mat Gebu dan resepinya CheKiah sertakan di sini..terima kasih Encik Mat semoga tetap gebus dan jangan pengsan lelama nanti hilang kegebuannya..jangan marah CheKiah melawak..

Bahan2 Doh :-
250 gram tepung roti (high protein flour)
50 gram gula halus @ gula kastor
1/2 camca teh garam halus
10 g susu tepung (mat guna susu "everyday")
1/4 camca teh bread improver
1/4 camca teh bread softerner (xletak sbb xder)
30 g telur (pecahkan 1 biji, kacau sedikit dan timbang)
6 gram instant yeast
20 gram mentega
125 ml air suam (kalau guna Breadmaker guna air biasa)

Cara Membuat Doh :-
Larutkan yis dalam air suam, biar berbuih.
Satukan semua bahan lain kecuali mentega.
Masukkan bancuhan yis dan gaul rata hingga menjadi doh.
Tambah mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang kenyal dan anjal (kurang lebih 20 minit).
Bulat2kan doh, letak dalam bekas dan balut dengan plastik bersih, biarkan 45 minit hingga naik.

Kaedah Lain :- Satukan semua bahan2 untuk doh dalam breadmaker, pilih setting untuk "DOH" dan tekan "ON"
Tunggu hingga siap (selalunya BM mengambil masa 30 minit menguli dan 1 jam memerap, ikut jenis BM masing2).

********

Bahan Inti Tuna :-)
1 camca besar mentega, dicairkan
1 tin tuna, ditoskan biar kering, lecek hancur (chekiah beli tuna mayonnaise light yg dah siap lecek + mayonese)
2 1/2 camca besar Mayonnaise
1 biji bawang besar, dadu kecil
1 pokok daun bawang, hiris halus, asingkan sedikit untuk hiasan
1 biji limau kasturi, perah jusnya (optional)
1 biji cili merah..belah buang biji & racik halus2 (resepi asal tak letak)
1/2 camca teh lada hitam yang baru dikisar, asingkan sedikit untuk hiasan

Cara Membuat tuna sandwich:-
Satukan semua bahan untuk inti tuna kecuali mentega, kacau rata. Ketepikan.
Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara, tabur sedikit tepung pada meja kerja
Canai menjadi 4 persegi. Sapu permukaan doh tadi dengan mentega cair rata2.
Tuang inti tuna dan ratakan. Tinggalkan sedikit ruang di hujung doh.
Gulung seperti swissroll dan ketatkan.
Kemas kan bahagian kiri dan kanan gulungan doh dan kerat kepada 10 bahagian sama besar.
Susun dalam paper cup jenis bersiaz 4 inci. Tekan sedikit biar rata. Buat hingga siap.
Perap 45 minit hingga kembang. Sapu telur (baki dari 30 g tadi)
Tabur baki hirisan daun bawang dan lada hitam serta racikan cili merah.
Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama 25 minit atau hingga perang keemasan.
Sejukkan atas jaringan sepenuhnya

No comments:

Post a Comment