Ikut

Friday, October 14, 2011

SAMBAL TUMIS IKAN BILIS


Tengahari ni masak sambal tumis ikan bilis untuk dimakan bersama lempeng kelapa atau ghoti nyoq malam karang. Kebetulan rezeki dapat 2 biji kelapa muda yang isinya memang lembut dan lemak sempoi kalau dibuat lempeng atau lempiang. Tengahari ni layan bihun sup saja sebab lebihan sup malam tadi masih banyak cian plak tengok ketulan tulang berisi tergolek golek dalam periuk jadi untuk menyelamatkan keadaan agar tidak membazir bihun lah yang dijadikan mangsa hehehe..

SAMBAL TUMIS IKAN BILIS

Bahan-Bahan :-
1 cawan ikan bilis, belah dua, rendam 10 minit dan toskan
1 biji bawang besar [hiris]
1 btg serai [diketuk]
1/3 cawan jus asam jawa
Garam dan gula secukup rasa

bahan-bahan yang perlu dikisar:-
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci belacan
15 tangkai cili kering [buang biji, rendam dalam air panas sebelum di kisar]

Cara Membuatnya :-
Panaskan minyak dalam kuali.
Tumis hirisan bawang & serai yang telah di ketuk. Masukkan bahan kisar
kacau hingga naik minyak, masukkan air asam jawa dan sekiranya kering
tambah sket air. Kacau hingga betul2 masak baru masukkan ikan bilis dan
biarkan sebentar sebelum masukkan garam serta sedikit gula secukup rasa.
Masak dengan api sederhana hingga sambal pekat.

2 comments:

  1. Assalamualaikum kak kiah... salam kenalan dr cheq sue :)

    ReplyDelete
  2. wslm cheq Sue. slm prkenalan juga dr chekiah. tksh yer sudi singgah sini :)

    ReplyDelete