Ikut

Saturday, October 29, 2011

MEE REBUS STYLE MAMAK


Assalammualaikum dan selamat pagi Ahad 30 Oktober 2011

Sem0ga smua rerakan sht2 belaka yer lbh2 lagi dipagi hari minggu bersama keluarga tersayang. CK dah jadi mcm biskut chipsmore now u c it..now u don't hehehe..biasalah kesibukan kekadang datang mendadak begitu juga dengan mood nak bersiaran kkdang occay kkadang ko!

Malam tadi sempat sediakan mee rebus ala2 mamak gitu. Dah lama dok nak masak mee style mamak macam kat area CK tinggal tapi tu lah sesekali fikir banyak plak ler kerja dan bahan2nya. Masakan apa sekalipun terpulang kepada kita untuk buat style macam mana yang ikut longway ker shortcut ker semua atas pilihan diri sendiri. Bila aura "M" melanda ikut shortcut ler selalu tapi sesekali bila "kerajinan" menyerang (perghhh ayat cam main war ada perang2 u hehehe) maka resepi yang agak payah dan perlu banyak tenaga dan bahan2 pun kira senang.

Mee rebus style mamak ni versi CK. Basic memang ala mamak tapi bila dah diubahsuai dan ditokok tambah maka jadilah seperti kat bawah ni jadi jom kita belek2 resepinya.

Resepi hasil olahan dari berbagai sumber kat internet dan juga hasil dari citarasa lidah dan tekak. Anak CK kata "Ibu type resepi ker type karangan?" Bertuah sungguh budak ni, ibu dia kalut dok type resepi agar org faham dia plak dok perli2 hehehe..!!!


MEE REBUS MAMAK
[versi CheKiah]

BAHAN2NYA:-
600 gm mee kuning, dikocok dengan air biasa sekejap sebelum dicelur dan dituskan
200 gm taugeh, dibuang ekor, dicelur dan dituskan

BAHAN KUAH:-
1 liter air rebusan daging atau udang
[air rebusan daging - rebus tulang dan sedikit isi daging. Ambik air rebusan untuk kuah dan isi daging dihiris nipis2 untuk hiasan]
[air rebusan udang - kupas udang, bersihkan isi udang dan kulit serta kepalanya. Rebus udang dan tuskan isinya untuk hiasan. Campurkan kulit udang kedalam air rebusan tadi
dan rebus sekali lagi. Tapis airnya untuk dibuat kuah]
minyak untuk menumis
1 kiub pati ayam sebarang jenama
garam dan gula secukupnya
1 cawan kacang tanah yang telah dimesin halus

BAHAN KISAR HALUS:-
15-20 tangkai cili kering..direndam dengan air panas atau direbus untuk melembutkannya
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
250 gm ubi keledek kuning atau merah...dibuang kulit, direbus dan dilecek semasa panas
5 sudu besar sos cili
3 sudu besar sos tomato
air asam jawa (nak lebih masam letak lebih)
~ mesin halus kesemuanya ~

CARA MENYEDIAKAN KUAHNYA:-
Dalam periuk panaskan sedikit minyak dan tuangkan bahan kisar & sedikit air
Masak sehingga sedikit kering dan pecah minyak
Masukkan kacang tanah mesin dan kacau sebati..masak sekejap
Masukkan air rebusan, kiub pati ayam, gula dan garam sekiranya perlu
Biarkan mendidih dan sesuaikan rasanya.

BAHAN CUCUR UDANG:-
100 gm tepung gandum
20 gm tepung beras
200 gm udang sederhana (dikupas kulitnya)
1 biji telur
1 biji cili hijau ) dibelah buang bijinya
1 biji cili merah } dan dihiris halus
10 tangkai daun kucai (dihiris halus)
sedikit air
garam secukupnya
minyak untuk menggoreng

CARA MENYEDIAKANNYA:-
Gaul tepung gandum, tepung beras dan garam sehingga sebati
Masukkan udang, telur cili merah dan hijau, kucai gaul rata
Campurkan air sedikit demi sedikit dan adun sehingga mendapat bancuhan yang tidak begitu keras
Panaskan minyak. Ambil sesudu adunan dan masukkan kedalam minyak dan goreng hingga kuning keperangan
Angkat dan tuskan. Bila dah sejuk hiris mengikut saiz yang disukai

BAHAN HIASAN:-
4 keping tauhu@takua..digoreng, dibelah dua dan dihiris sederhana tebal
2 biji kentang..dibersihkan kulitnya, direbus, disiat kulitnya, dibelah dua dan dihiris nipis
4 biji telur direbus..dibelah dua atau dipotong wedges
hirisan daging rebus
udang rebus
cucur udang yang dihiris
2 biji cili merah..dihiris nipis
1 pokok daun bawang..dihiris halus
1 pokok daun sup..dihiris halus
3-4 biji limau kasturi..dibelah dua atau 2 biji limau nipis dibelah 4
bawang goreng secukupnya

CARA MENGHIDANG MEE REBUS:-
Masukkan mee dan taugeh kedalam mangkuk
Letakkan bahan hiasan mengikut citarasa masing2
Tuangkan kuah keatasnya dan sebaiknya kuah mestilah berada dalam keadaan panas
Sedia dinikmati

*Selamat Mencuba*

adunan cucuq yang dah siap dibancuh tunggu nak goreng saja

cucuq udang yang penyet2 dan kaler pudaq2 saja..xper dah dihiris xder yg pasan...
ayat sedapkan hati sendiri hehehe

kata org penang..kuah sepeghiok bak (maksudnya kuah banyak hingga seperiuk)

Alhamdulillah prcubaan prtama selesai sdh siap dpt pujian..biasalah nk srh buat lagi hehe

No comments:

Post a Comment