Malam tadi berkesempatan makan malam disebuah tempat makan yang agak terkenal juga di Pulau Pinang iaitu Food Court Padang Brown atau lebih dikenali dengan panggilan Padang Broom (padang penyapu).
Orang dulu2 ramai yang tidak berpeluang belajar tinggi atau kesekolah disebabkan masalah kemiskinan atau pemikiran yang mengatakan bahawa tak perlu ada ilmu lain selain dari ilmu bekerja untuk mencari rezeki. Sebutan orang dulu2 hanya mengikut pendengaran..kalau salah pendengaran maka salah ler sebutannya. Nama padang tempat makan ni pun menerima nasib yang sama. Berkemungkinan yang mendengarnya kurang arif maka "terlekat" sudah nama Padang Broom padahal yang sebetulnya ialah Padang Brown. Tak tahu lah plak kenapa nama yang salah tu masih digunakan hingga sekarang padahal orang2 sekarang belajar tinggi hingga ke peringkat Phd tapi sudah terbiasa memanggil Padang Broom, Padang Broom ker Padang Brown ker janji makanan kat situ menepati citarasa kebanyakan makanan2 yang popular disebelah kawasan utara ni.
Informasi melalui google >> Padang Brown juga dikenali sebagai Padang Dato Keramat merupakan 12 ekar padang permainan yang bersempadan dengan Jalan Dato Keramat, Jalan Perak, Jalan Anson dan Jalan Johor. Padang ini telah didermakan oleh David Brown salah seorang pemilik tanah terkaya di Pulau Pinang kerika itu. Padang Brown mendapat nama sempena nama David Brown.
pemandangan Astaka Padang Brown waktu malam
trdpt brbagai gerai jualan makanan popular dikawasan utara
antara yang paling best berbagai jenis Sup Hameed yang dicicah bersama roti benggali
ais kacang dan lai chi kang sejuk
lai chi kang yg trdpt berbagai agar2 dan kekacang..nyaman tekak..ada juga lai chi kang suam
mknan yang diorder untuk 3 orang..ok lah tu kan klau order lelebih tkt xboleh bangun plak hehe
wahhh rindu nak mkn kat sini..blk hari tu tak sempat nak pi mkn pun...pasemboq memang sedap:)
ReplyDeletekak kiah - kenangan mengusik jiwa! spot favourite papa mala. sup hameed & roti benggali menjadi pilihan!
ReplyDeleteyer ker Nieza? xper len kali mai Png ltk agenda mkn kat pdg brown ni atas sekali dlm list occay! Pasemboq mmg best mkn smpai bersemboq semboq (mkanan yg tak sengaja keluaq dr mulut)hehehe..
ReplyDeleteamboiii..boii..boii mala ayatttt siap ngusik jiwa nooo..!!! tp kkiah psti dh pekena sup ngan ghoti benggali pasti akan ngusik tekak & peyut mala hehehe..fav papa mala mmg klassss sedap gitu :)
ReplyDelete