Assalammualaikum dan selamat malam Rabu 20 July 2011.
Dah lewat malam baru chekiah berkesempatan nak masukkan N3 tuk hari ini. Siangnya memang tak masak pepe pun mkn karipap frozen yang di buat petang semalam...tak der selera nak makan nasi mungkin keadaan cuaca kebelakangan ni yang panas membahang menghilangkan selera nak makan nasi :)
Semenjak dua menjak ni di laman facebook rata2 orang tengah memperkatakan tentang roti jala anyaman tikar. 2 hari dah tumpuan chekiah asyik kepada topic yang satu ni.
tingin nk cicah kuah doyan tp tak der stock doyan kat umah..kari ayam pun kari ayam lah..
Kemunculan botol muncung 3 di industri pembuatan roti jala dan segala masakan yang sewaktu dengannya sedikit sebanyak membawa kesan di hati rakan2 facebook. Ramai yang bertanya chekiah tentang botol roti jala ni dan segala jawapan telah chekiah kasitau di wall fb chekiah.
Bila dah ramai yang berlumba lumba "menebar jala" sedikit sebanyak telah mendesak keinginan untuk sama2 membuatnya. Sebenarnya chekiah dah torai membuatnya sebelum pergi bercuti tempohari tapi mungkin di sebabkan resepinya yang tidak sesuai telah membuat roti jalan chekiah retak masa nak mengangkatnya mungkin di sebabkan rapuh.
ni lah botol 3 muncung yg digunakan utk menganyam roti tikar (memandai tukar nama hikhik..)
Untuk dinner malam ni chekiah buat sekali lagi dan ikut resepi lain plak hehehe. Orang yg chekiah attack kali ini ialah rakan baik chekiah iaitu Puan Shuhairi Shuhaini (Jue) yang pada pandangan chekiah telah berjaya sangat2 dalam pembuatan roti jala versi anyaman tikar. Ramai juga yang berjaya chekiah tengok so syabas pada semua yer!
Resepi chekiah ambik dari blog Puan Jue kita dan bukan saja resepi yang chekiah rembat malah video cara menganyam tikar roti ni pun chekiah ambik juga hahaha jangan marah yer Puan Jue dan harap halalkannya .
trlupa nk snap pic masa awal2 kepingan trakhir baru tingat..comotnyaaaa...hehehe..
Malam tadi untuk dinner tersedialah roti jala dan kari ayam dan sekejap saja dah licin..Alhamdulillah. Percubaan kali ni pun macam tak berapa mantap boleh lah dan insyaAllah akan mencuba lagi kasi lagi happening hehe..
ini lah timbunan anyaman roti tikar yg telah siap tunggu untuk di gulung
sumber resepi : Puan Shuhairi Shuhaini
Bahan2nya:-
2 cwn tepung gandum
4 sdb santan
Secubit garam
2 1/2 cwn air
2 sdb minyak masak
1 sdk pewarna kuning
Minyak utk mengris kuali
2 helai daun pandan..carik2 & simpul..guna untuk gris kuali leper
Cara2nya..
1. Satukan semua bhn2 dlm pengisar n kisar shingga semua sbati.
2. Rehatkn adunan selama 20 mnt. Tuang adunan dlm botol muncung tiga.
3. Pnskn kuali leper, griskn sdkt minyak n tuangkan adunan dlm botol, buat seperti tikar.
4. Bila roti jala kelihatan seperti pucat n kering, angkat n lipatkan ato gulungkan.
5. Ulang proses yg sama shingga selesai. Siap, hdgkn bsama kuah kari atau kuah manis.
ini lah hasil projek menganyam roti tikar menggunakan botol plastik muncung 3..
video ihsan dari Puan Shuhairi Shuhaini (Puan Jue) terima kasih yer dear!
memang cantik tikar CK
ReplyDeleteboleh buat tikaq raya ni ;-)
ReplyDeleteklau kasih buat lagi cantik chekiah rasa...bila nak buat kasih botol rasanya dah ada kan?
ReplyDeleteboleh saja mala, jemput ler dtg umah bersila ateh tikar ni :)
ReplyDeleteamboi comeinyaaaa tikaq tu,macam tuan dia
ReplyDeleteSALAM CHE KIAH,
ReplyDeletesaya teringin nak dapatkan botol menjala mcm tu... kat mana nak beli, saya menjala guna yg biasa tu, kaler kuning...
alahai cik mie...tikaq comey puan dia gedabakkk hehehe...cik mie nyer tikaq ler comey bgai puan yg buatnya :)
ReplyDeletesalam Naimatul. tuuuu puan botoi muncung tiga ada koment kat atas. nick mimi tu ler tokey besaq botoi ghoti jala tikaq. order kt dia yer! cari chekiah kat fb yer Naimatul nti kita story2 k!
ReplyDelete