Ikut

Friday, July 15, 2011

PUDING PISANG CHOCOLATE


Dah jam 12 malam chekiah masih mengadap screen hehehe
selepas letak N3 yang terakhir ni mesti masuk tidur sebab memang mata dah terlalu letih.

Puding Pisang Chocolate ni merupakan projek nak habiskan stock pisang yang esok atau lusa pasti akan bertambah ranum dan kulitnya akan bertukar menjadi hitam. Lebihan pisang raja telah chekiah jadikan hiasan puding chocolate dan projek ini telah di laksanakan pada lewat petang tadi dan di sebabkan chekiah dah tak sabar nak tengok hasilnya maka chekiah pun keluarkan dari peti sejuk dan semasa mengeluarkannya dari loyang terjadilah sedikit keretakan sebab ianya belum betul2 keras hehehe..inilah akibatnya kalau dah tak sabar. Selepas posing dan di ambil gambarnya puding ini telah di masukkan semula kedalam peti sejuk untuk di makan pada tengahari esoknya sebab dah malam tak nak lah layan sebab dah tentu rasanya sejuk sangat.

pandangan dari atas. susunan kepingan pisang pun memainkan peranan juga

Resepi asalnya chekiah godek2 dari google dan terima kasih pada puan empunya resepi. Maaflah chekiah udah derhaka mengubahsuai resepi asal mengikut citarasa chekiah.

ni bentuk lain plak tapi masih resepi yang sama

Puding Pisang Chocolate
[versi chekiah]

Bahan-bahan
1/2 cawan serbuk koko
1 cawan gula
1/2 cawan susu tepung
1/2 sudu teh garam
4 1/4 cawan air
4 sudu besar tepung jagung@tepung kastad
1/2 sudu teh esen vanilla
2@3 sudu besar butter (terlupa letak..klau letak mesti berkilat punya)
1 paket serbuk agar2 (10-11gm)
beberapa biji pisang rastali@raja
~kukus bersama kulit selama 2 minit..tanggalkan kulit, potong bulat2 sederhana tebal..ambil bahagian tengah..bahagian tepi cincang halus~

Cara-cara

1. Campurkan semua bahan kecuali butter dan kacau selalu hingga mendidih.
2. Masukkan butter, kacau hingga pekat.
3. Masukkan cincangan pisang kedalam adunan dan kacau sekata
4. Susun potongan pisang di dalam loyang@acuan
5. Tuangkan adunan kedalam loyang atau acuan yg disukai.
6. Sejukkan sebentar sebelum di masukkan kedalam peti sejuk
7. Hidangkan dalam keadaan sejuk.

*Selamat Mencuba*

C&P dr : http://www.potretkasih.com/tag/resepi-puding-coklat-sedap/
sumber asal : http://yummylicious-jun.blogspot.com/2007/02/rich-chocolate-pudding.html

bentuk potongan kena ikut susunan pisang tak boleh main sebarang potong hehe..

6 comments:

  1. alahai cik kiah... terliur saya tgk puding pisang coklat akak ni! mmm, nampak sedap!

    ReplyDelete
  2. cantiknya chekiah puding ni...
    pandai CK susun dan hias

    ReplyDelete
  3. emmmm dappp nyer....leh masuk list nie

    ReplyDelete
  4. naimatul hafizah..mmg sdp dik kombinasi chocolate & pisang lbh menyaman tekak layan waktu sejuk :)

    ReplyDelete
  5. kasihredha..susun mcm biasa jer pd dasar loyang selebihnya cincang cmpur dlm puding tu..mai lah layan sama2 ngan chekiah kasihredha :)

    ReplyDelete
  6. Julia.
    mmg cdp dik..klau ada bhn & free cuba lah buat atau buat jer bln posa nti msti best punya! :)

    ReplyDelete