Ikut

Monday, November 8, 2010

MEE KARI


Antara masakan yang baru diperkenalkan kepada dapur CK maklum ler selama ni tringin nak makan asyik main beli jer sekarang bila dah rasa macam sesuai dengan tekak baru lah gedik2 nak buat hehe tak per janji kemahuan nak buat sendiri tu ada betul tak?

Teringat kat arwah adik ipar Allahyarhamah Roziah yang begitu bersungguh sungguh memujuk CK untuk menikmati mee kari ni. Dulu memang CK tak suka sebab tak pernah membiasakan diri makan sebab pada pandangan CK agak pelik kuah mee dicampur rempah dan santan berlainan dari kuah mee yang selalu makan iaitu mee kuah atau sesetengah orang memanggilnya mee jawa.

Memula rasa memang ler pelik sebab lidah CK pun jenis yang demand juga kan hehe, akhirnya rasa sedap pulak. Semenjak hari tu kiranya memang dah tak kekok ler kalau orang hidang mee kari atau gi memana order mee kari dan menambah minat sebab encik somi pun rupanya suka tapi dia tak pernah sungut suruh buat sebab dia tahu darling kesayangan dia ni tak gemar makan mee kari, itu dulu tak lagi dah sekarang.

Resepi mee kari dibawah ini hasil pencarian di google tak ingat dah kat blog mana CK ambil, apa2pun CK mohon izin tempek resepi kat sini yer tuan/puan empunya resepi.

MEE KARI

Bahan-Bahan:-
1 kg mee kuning (di celur)
50 sen taugeh (di celur)
Seringgit sawi (di celur)
1/4 kobis (di celur)
sedikit daum kesum@daun cenohom (di simpul)
1 btg bunga kantan (di belah 4@ di hiris kasar)

600gm daging@ayam (dipotong ikut suka)
600g udang (di rebus)
(kulit udang jangan di buang, cuci sekali, rebus & dikisar halus, tapis ambik airnya)
400gm isi kerang (di rebus ambik airnya)

10 ulas bawang merah dikisar halus
5 ulas bawang putih dikisar halus
2 peket serbuk kari daging
5 sudu makan cili giling
sedikit jus asam jawa

2 keping tahu (goreng & potong nipis)
2 keping kek ikan (fish cake) di potong
6 biji bebola ikan (fish ball) di belah
6 keping kek ketam (di potong)

santan (dari 2 biji kelapa)
Garam
Minyak untuk menumis

Untuk Hiasan:
-------------------
5 biji telur di rebus (belah 2 atau 4)
daun bawang
daun pudina
limau kasturi
Cili api
Cili merah
Bawang goreng

****



Caranya Membuatnya :-

Mula-mula tumiskan bawang merah & bawang putih yang telah dikisar sehingga naik bau.Masukkan cili giling, serbuk kari & sedikit jus asam jawa, masak dengan api perlahan.Setelah, kedua-duanya masak dan terbit minyak masukkan air rebusan kulit udang + air rebusan kerang serta daging@ayam, biar hingga daging@ayam tu empuk.Kemudian masukkan simpulan daun kesum@cenohom, bunga kantan, kek ikan, kek ketam, bebola ikan dan santan. Masukkan garam secukup rasa & masak kuah hingga menggelegak sambil dikacau supaya santan tidak pecah minyak.

Cadangan Hidangan:-
---------------------------
Masukkan mee kuning, sawi, tauge, kobis, udang & isi kerang ke dalam mangkuk
Tuangkan kuah ke atasnya.
Hiaskan dengan tahu goreng, daun pudina, daun bawang, cili padi, cili merah,
telur rebus & bawang goreng.

*Selamat Mencuba*

No comments:

Post a Comment