Ikut

Tuesday, May 29, 2012

NASI MINYAK


Assalammualaikum & Selamat Malam


Hari ni layan nasi minyak atas permintaan anak2 yang berada dirumah sempena cuti sekolah penggal ke-II. Minggu pertama dok kat rumah sahaja insyaAllah minggu kedua kalau ada kelapangan dan kesempatan dapat lah gi jalan2 :)


Resepi nasi minyak ni simple saja versi CK. Tak selalu masak sebab anak2 lebih suka nasi tomato & nasi beriani cuma kali ini CK beralih resepi plak walaupun pada mulanya berhasrat nak masak nasi tomato. Bila aura rajin ada pada diri walaupun penat ku gagahi juga melaksanakan impian hehe..!!!


NASI MINYAK
resepi : Che Kiah


BAHAN2NYA:-
3 cawan beras..cuci dan toskan
1 cawan susu cair
sedikit garam atau kiub pati ayam
segenggam daun pudina
sedikit kismis & badam (kalau suka)
air secukupnya untuk masak nasi


Bahan Kisar:-
1 biji bawang besar..belah 4
1 ulas bawang putih yang besar saiznya
2 keping hirisan halia


Bahan Tumis:-
2 sudu besar minyak sapi + 1 sudu besar mentega
2 ulas bawang merah..dihiris nipis
2 ulas bunga lawang
1 cm kulit kayu manis
2 kuntum buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
2 helai daun pandan..disimpulkan


Cara Memasaknya:-
Tenggekkan periuk nasi (bahagian dalamnya tau jangan pulak yang bahagian luar dengan plug2nya sekali). Cairkan minyak sapi dan mentega (keadaan api hendaklah sederhana besar). Tumiskan bahan tumis sekejap sebelum masukkan bahan kisar Kacau sebati hingga bawang kekuningan dan baunya wangi. Masukkan beras dan susu cair..kacau rata hingga sebati (jangan kacau lelama utk mengelakkan beras patah). Masukkan sedikit garam atau kiub pati ayam untuk dapatkan rasa. Campurkan air secukupnya dan pindahkan periuk nasi kedalam tempat memasaknya dan masaklah seperti biasa. Setelah nasi kering, taburkan daun pudina, kismis & badam dan tutup semula. Bila nasi dah masak boleh lah digembur untuk ratakan bahan taburan tadi


*Selamat Mencuba*

kejap jer nasi seperiuk licin

best juga makan bersama dalca ayam & ayam goweng berempah

No comments:

Post a Comment