Tuesday, February 21, 2012
ROTI GORENG
Assalammualaikum & salam pagi Rabu
Hari ini cuaca kembali panas setelah 2 hari yang lepas pada sebelah malamnya hujan turun begitu lebat sekali. Agak lama area umah CK tak hujan tetiba malam tu "dia sesah sungguh2" (ayat orang Penang bila hujan terlalu lebat) Walau apa pun keadaan cuacanya kita terima dengan penuh kesyukuran biasalah kan kalau ari2 hujan pun tak best juga dan kalau tiap2 hari panas pun dah rasa rimas pulak kan..apa2pun pasrah jer lerrr..
Pagi ni ingat nak ajak encik somi gi breakfast kat luar tapi sekali selepas subuh terus terlelap terlajak hingga hampir ke tengahari hehehe..sedar2 encik somi dah berangkat ketempat kerja. Bila dah bangun lewat biasalah perut dah mula minta diisi jadi jalan yang senang CK buat roti goreng kosong (kosong sebab takder letak apa2 inti didalamnya) Kebetulan roti masih berbaki separuh bungkus lagi maka CK buat kesemuanya memandangkan esok adalah tarikh luputnya.
Sebelum ni pernah letak N3 roti goreng pedas dimana diatas roti tu di letakkan tuna pedas dan sardin pedas so kali ni plain jer. Selalunya orang try test buat yang plain dulu baru buat yang berinti tapi CK terbalik lah pulak, alahaiii stended ler kan CK dengan sifat yang macam2 ada hehehe..
Senang jer cara nak buat roti goreng asas ni, bahan yang digunakan pun sedikit sahaja. Pada resepi roti pedas sebelumnya CK gunakan telur untuk mencelup roti tapi kali ni guna adunan tepung (batter) pulak. Jom tengok resepinya:-
ROTI GORENG
Bahan2nya:-
10 keping roti sandwich (potong 2 atau 4)
1 cawan tepung gandum
1 cawan air
1 biji telur
sedikit garam
sedikit gula
sedikit pewarna kuning (jika suka)
minyak secukupnya
Cara Membuatnya:-
1.Campurkan kesemua bahan kecuali roti. Pukul guna whisk.
2.Celup roti dalam bancuhan tepung. Gorengkan dalam minyak yang panas.
3.Balikkan sehingga kuning keperangan. Angkat & toskan
Labels:
Aneka Roti
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Len kali blh buat mcm ni, selalu french toast ja
ReplyDeleteblh jer mala next time try mcm ni Malaysian toast hehe..
ReplyDelete