Ikut

Tuesday, May 29, 2012

DALCA AYAM


Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera


Disebabkan kerajinan melanda tahap maksima petang tadi sediakan nasi minyak, dalca ayam & ayam goreng berempah untuk dinner. Dah lama tak makan dalca terutamanya dalca ayam. Kalau dibandingkan antara 2, dalca daging lebih diminati dirumah CK. Sejujurnya CK pun suka apa2 saja masakan yang bahan asasnya ialah daging berbanding dengan ayam. Kalau kambing tu memang lah CK tak pernah masak langsung cuma ada lah sesekali "curi-curi" makan dirumah kenduri atau majlis2 yang menyediakannya.


Masakan seperti dalca ni selalunya digandingkan dengan nasi minyak, nasi tomato, nasi beriani dan nasi2"istimewa" yang lain. CK kalau diberi pilihan lebih suka makan dengan nasi putih saja sebab dengan cara tu jer dapat merasai kesedapan "sebenar" dalca. Kalau makan dengan nasi berperisa sudah pasti rasanya dah bercampur aduk. Apa2pun terpulang lah pada keselesaan selera atau tekak masing2 hehehe... Dalca juga sedap dijadikan cicahan roti canai dan segala mak nenek roti lebih2 lagi roti benggali :)


Resepi ni macam biasa versi CK sendiri dan sekiranya ada yang sudi nak mencuba dipersilakan. Dalca "mamak penang" ada kelainan sket dari dalca tempat lain iaitu penggunaan pisang abu. CK tak pasti kenapa letak pisang abu mungkin nak menyedapkan lagi agaknya. Sejak memula masuk dapur masa anak dara dulu CK dah tengok arwah emak masukkan pisang abu dalam dalca jadi apa lagi ceq pun follow lahhh..:)


DALCA AYAM
resepi : Che Kiah


BAHAN2NYA:-
300gm ayam (kalau guna isi yg yang lekat kat tulang lagi mabeles)
200gm kacang dhal..dibersihkan dan direbus..1/2 blend halus 1/2 dalam keadaan asal
50 gm serbuk kari daging sebarang jenama kesukaan
4 cawan santan
1 biji tomato..belah 4
2 biji cili hijau..belah 2 tapi jangan sampai putus,,keluarkan bijinya
minyak masak
garam & serbuk perasa secukupnya
air secukup kegunaan


Sayur-sayuran :-
2 biji kentang..belah 4
1 biji terung bulat putih..belah 4
4 tangkai kacang panjang..potong (ikut suka panjang mana..hehe)
1 biji lobak merah..belah 2 dan potong panjang kecil2
1 biji pisang abu muda..kupas kulitnya tapi jangan buang kulit arinya..potong menyerong..rendam dalam air garam utk tanggalkan getahnya


Bahan Kisar Halus:-
1 biji bawang besar..belah 4
2 ulas bawang putih
2 hirisan halia


Bahan Tumis
3 sudu minyak sapi + 2 sudu mentega
2 ulas bawang merah..hiris nipis
1 batang serai..di ketuk
2 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
2 cm kulit kayu manis
2 pelepah daun kari..dilurut
1 helai daun pandan..disimpul


Bahan Taburan:-
daun ketumbar
bawang goreng


CARA MEMASAKNYA:-
Panaskan minyak sapi + mentega...masukkan bahan tumis..kacau sehingga naik bau. Masukkan bahan kisar halus & serbuk rempah daging serta sedikit air..kacau dan biarkan sehingga rempah terbit minyak. Setelah nampak permukaan rempah terapung minyak yang blup blup bolehlah masukkan kentang, pisang abu, lobak merah, terung & kacang panjang serta sedikit air(kalau nak cepat empuk tutup periuk). Apabila semua sayur2an telah empuk@lembut masukkan ayam, kacang dhal, santan dan garam..sesuaikan rasa..dengan api yang perlahan masak sehingga mendidih. Sebelum diangkat masukkan belahan tomato. Hidang dengan taburan daun ketumbar & bawang goreng buatan sendiri baru terangkat!


*Selamat Mencuba*

No comments:

Post a Comment