Ikut

Tuesday, January 1, 2013

SELAMAT TAHUN BARU 2013


Assalammualaikum.

Chak! 

CK kembali bersiaran setelah berkurun ghaib menghilang entah kemana hehehe....
Kali ni lama juga pergi bertapa..kesian kat blog ni terbiar tanpa perhatian puan yang empunya.. Banyak perkara yang berlaku dalam perjalanan kehidupan & sedikit sebanyak membataskan waktu untuk membelek apatah lagi mengemaskini agenda2 kat sini...in shaa Allah kot dengan kehadiran tahun baru ni semangat untuk lebih mendampingi blog ni akan terlaksana..aminn..!!!

Selamat Tahun Baru 2013 Masihi buat semua rakan2 yang masih setia mengunjungi halaman blog CK yang tak seberapa ni. Mudah2an di tahun baru ni segala impian & hasrat yang belum terlaksana akan menjadi kenyataan dan perjalanan hidup kita akan lebih baik dari tahun2 yang sebelumnya...in shaa Allah..aminnn..!!!

Tuesday, June 5, 2012

BIHUN SUP TULANG



Salam Hari Rabu


Petang semalam dalam keadaan cuaca hujan renyai2 CK sediakan bihun sup tulang. Kebetulan bahan2 semuanya ada dalam peti sejuk maka senang lah CK menyediakannya. Memang best makan masakan bersup waktu cuaca sejuk sekurangnya dapat memanaskan badan.


Resepi biasa2 yang CK selalu sediakan untuk keluarga.



BIHUN SUP TULANG
resepi : CheKiah


BAHAN2NYA:-
200gm tulang daging + 300gm isi daging..cuci bersih dan rebus sehingga daging empuk..ketepikan
200-300gm bihun..dicelur
dua pokok sawi..dicelur
sedikit minyak untuk menumis
1 bunjut sup ADABI
1 sudu kecil serbuk lada putih
sedikit hirisan daun bawang dan daun sup
bawang goreng secukupnya


BAHAN KISAR:-
1 biji bawang besar
2 ulang bawang putih
2 keping hirisan halia



CARA MEMASAKNYA:-
Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar sehingga wangi..guna api sederhana besar. Masukkan air rebusan daging (terpulang nak kuah banyak mana) + isi daging serta bunjut sup. Kuatkan api dan masak sehingga mendidih..masukkan serbuk lada, garam dan serbuk perasa atau kiub pati ayam. Akhirnya masukkan hirisan daun bawang dan daun sup
**sekiranya ingin makan sup begitu sahaja boleh lah ditaburkan bawang goreng


Untuk Hidangan Bihun Sup:-
Masukkan bihun dan sawi yang telah dicelur kedalam mangkuk
Tuangkan sup daging bersama isi dan tulang
Taburkan bawang goreng


Boleh dimakan bersama cili padi kicap yang dicampur dengan perahan air limau nipis

Tuesday, May 29, 2012

MASAK LEMAK CILI PADI UDANG BERSAMA BELIMBING BULUH


Assalammualaikum & salam hari Rabu


Pagi ini ingat cuaca akan kekal panas tup tup kul 11 kejap tadi hujan lebat mencurah tapi tak lama dalam sejam jer..ok lah tu kan skurangnya kurang sket bahang panas.
Lunch hari ini ada lauk feveret iaitu masak lemak udang bersama buah belimbing besi. Selalunya CK masak versi biasa2 jer tapi kali ini ada 2 penambahan. Pertama CK masukkan cili letup atau cili padi dalam bahan kisarnya dan yang keduanya plak CK letak daun kunyit kasi lagi happening gitu. 1st time projek versi cam gini dan hasilnya memang sedap giler...masa ngah mendidih atas dapur mengembak ngembak bauk aroma daun kunyit ni yang buat perut lapar awal dari waktunya. Bila dah ada penambahan dalam bahan resepi ni CK pun letak nama resepinya "Masak Lemak Cili Padi Udang Bersama Belimbing Buluh" huhuhu... panjang bebenor nama resepi. Jom tengok bahan2 & camner CK masak.

MASAK LEMAK CILI PADI UDANG BERSAMA BELIMBING BULUH
resepi : Che Kiah


BAHAN2NYA:-
500 gm udang..bersih dan toskan
beberapa biji belimbing buluh..ikut suka nak belah atau tidak
2 cawan santan pekat
1 helai daun kunyit..terpulang nak carik atau nak hiris halus2
garam secukupnya
2 sudu besar minyak


Bahan Kisar:-
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 inci kunyit hidup
1 batang serai (ambil bahagian bawahnya sahaja)
8-10 biji cili padi

CARA MEMASAKNYA:-
Panaskan minyak dan tumiskan bahan2 yang telah di kisar..kacau sehingga wangi
Masukkan udang, buah belimbing besi, santan..kacau rata. Lengkapkan rasa dengan garam secukupnya
*sekiranya anda tidak menggunakan belimbing buluh masukkan sekeping asam keping.


*Selamat Mencuba*

DALCA AYAM


Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera


Disebabkan kerajinan melanda tahap maksima petang tadi sediakan nasi minyak, dalca ayam & ayam goreng berempah untuk dinner. Dah lama tak makan dalca terutamanya dalca ayam. Kalau dibandingkan antara 2, dalca daging lebih diminati dirumah CK. Sejujurnya CK pun suka apa2 saja masakan yang bahan asasnya ialah daging berbanding dengan ayam. Kalau kambing tu memang lah CK tak pernah masak langsung cuma ada lah sesekali "curi-curi" makan dirumah kenduri atau majlis2 yang menyediakannya.


Masakan seperti dalca ni selalunya digandingkan dengan nasi minyak, nasi tomato, nasi beriani dan nasi2"istimewa" yang lain. CK kalau diberi pilihan lebih suka makan dengan nasi putih saja sebab dengan cara tu jer dapat merasai kesedapan "sebenar" dalca. Kalau makan dengan nasi berperisa sudah pasti rasanya dah bercampur aduk. Apa2pun terpulang lah pada keselesaan selera atau tekak masing2 hehehe... Dalca juga sedap dijadikan cicahan roti canai dan segala mak nenek roti lebih2 lagi roti benggali :)


Resepi ni macam biasa versi CK sendiri dan sekiranya ada yang sudi nak mencuba dipersilakan. Dalca "mamak penang" ada kelainan sket dari dalca tempat lain iaitu penggunaan pisang abu. CK tak pasti kenapa letak pisang abu mungkin nak menyedapkan lagi agaknya. Sejak memula masuk dapur masa anak dara dulu CK dah tengok arwah emak masukkan pisang abu dalam dalca jadi apa lagi ceq pun follow lahhh..:)


DALCA AYAM
resepi : Che Kiah


BAHAN2NYA:-
300gm ayam (kalau guna isi yg yang lekat kat tulang lagi mabeles)
200gm kacang dhal..dibersihkan dan direbus..1/2 blend halus 1/2 dalam keadaan asal
50 gm serbuk kari daging sebarang jenama kesukaan
4 cawan santan
1 biji tomato..belah 4
2 biji cili hijau..belah 2 tapi jangan sampai putus,,keluarkan bijinya
minyak masak
garam & serbuk perasa secukupnya
air secukup kegunaan


Sayur-sayuran :-
2 biji kentang..belah 4
1 biji terung bulat putih..belah 4
4 tangkai kacang panjang..potong (ikut suka panjang mana..hehe)
1 biji lobak merah..belah 2 dan potong panjang kecil2
1 biji pisang abu muda..kupas kulitnya tapi jangan buang kulit arinya..potong menyerong..rendam dalam air garam utk tanggalkan getahnya


Bahan Kisar Halus:-
1 biji bawang besar..belah 4
2 ulas bawang putih
2 hirisan halia


Bahan Tumis
3 sudu minyak sapi + 2 sudu mentega
2 ulas bawang merah..hiris nipis
1 batang serai..di ketuk
2 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
2 cm kulit kayu manis
2 pelepah daun kari..dilurut
1 helai daun pandan..disimpul


Bahan Taburan:-
daun ketumbar
bawang goreng


CARA MEMASAKNYA:-
Panaskan minyak sapi + mentega...masukkan bahan tumis..kacau sehingga naik bau. Masukkan bahan kisar halus & serbuk rempah daging serta sedikit air..kacau dan biarkan sehingga rempah terbit minyak. Setelah nampak permukaan rempah terapung minyak yang blup blup bolehlah masukkan kentang, pisang abu, lobak merah, terung & kacang panjang serta sedikit air(kalau nak cepat empuk tutup periuk). Apabila semua sayur2an telah empuk@lembut masukkan ayam, kacang dhal, santan dan garam..sesuaikan rasa..dengan api yang perlahan masak sehingga mendidih. Sebelum diangkat masukkan belahan tomato. Hidang dengan taburan daun ketumbar & bawang goreng buatan sendiri baru terangkat!


*Selamat Mencuba*

NASI MINYAK


Assalammualaikum & Selamat Malam


Hari ni layan nasi minyak atas permintaan anak2 yang berada dirumah sempena cuti sekolah penggal ke-II. Minggu pertama dok kat rumah sahaja insyaAllah minggu kedua kalau ada kelapangan dan kesempatan dapat lah gi jalan2 :)


Resepi nasi minyak ni simple saja versi CK. Tak selalu masak sebab anak2 lebih suka nasi tomato & nasi beriani cuma kali ini CK beralih resepi plak walaupun pada mulanya berhasrat nak masak nasi tomato. Bila aura rajin ada pada diri walaupun penat ku gagahi juga melaksanakan impian hehe..!!!


NASI MINYAK
resepi : Che Kiah


BAHAN2NYA:-
3 cawan beras..cuci dan toskan
1 cawan susu cair
sedikit garam atau kiub pati ayam
segenggam daun pudina
sedikit kismis & badam (kalau suka)
air secukupnya untuk masak nasi


Bahan Kisar:-
1 biji bawang besar..belah 4
1 ulas bawang putih yang besar saiznya
2 keping hirisan halia


Bahan Tumis:-
2 sudu besar minyak sapi + 1 sudu besar mentega
2 ulas bawang merah..dihiris nipis
2 ulas bunga lawang
1 cm kulit kayu manis
2 kuntum buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
2 helai daun pandan..disimpulkan


Cara Memasaknya:-
Tenggekkan periuk nasi (bahagian dalamnya tau jangan pulak yang bahagian luar dengan plug2nya sekali). Cairkan minyak sapi dan mentega (keadaan api hendaklah sederhana besar). Tumiskan bahan tumis sekejap sebelum masukkan bahan kisar Kacau sebati hingga bawang kekuningan dan baunya wangi. Masukkan beras dan susu cair..kacau rata hingga sebati (jangan kacau lelama utk mengelakkan beras patah). Masukkan sedikit garam atau kiub pati ayam untuk dapatkan rasa. Campurkan air secukupnya dan pindahkan periuk nasi kedalam tempat memasaknya dan masaklah seperti biasa. Setelah nasi kering, taburkan daun pudina, kismis & badam dan tutup semula. Bila nasi dah masak boleh lah digembur untuk ratakan bahan taburan tadi


*Selamat Mencuba*

kejap jer nasi seperiuk licin

best juga makan bersama dalca ayam & ayam goweng berempah

Monday, May 28, 2012

KEK PISANG PERASA LEMON


Assalammualaikum dan selamat petang


Petang ni layan kek pisang untuk minum petang. Disebabkan kamera "chokia" kejap light dia on kejap off menyampah nak snap gambar jadi CK gunalah gambar lama (yang blum sempat ditayang lagi kat blog hanya tayang kat wall fb saja)


Ulang buat kek pisang versi ni sebab strukturnya lembut dan baunya harum. Selalu versi yang dolu2 ada letak esen pisang dan esen vanilla jadi baunya macam "menyengat" sket kepala otak dan mungkin sebab tu lah tak dpt nak layan lebih2 sekadar 1 2 keping saja. Satu lagi yang CK perasan versi sekarang ni tak nampak urat2 pisang kat kek tu sebab CK blend pisangnya tak lecek macam dolu. Kat rumah anak dara bongsu tu kalau dia nampak urat2 pisang baik pada kek, muffin atau lepat mesti dia tak nak makan. Kali ini CK terpaksa "bohong sunat" katakan letak perisa pisang tak letak pisang, baru dia laju jer capai dan makan, hehehe...!!!


Resepi ni hasil olahan CK dari banyak2 resepi yang CK belek hasil carian dari google. Terima kasih pada semua yang mungkin perasan ada bahagian2 adalah hasil resepi sendiri yer!


KEK PISANG PERASA LEMON
resepi : rakan2 blog
olahan : Che Kiah


Bahan2nya:-


200 gm pisang emas/berangan -lecek@blend
150 gm gula kastor (leh kurangkan ke130gm sekiranya tak suka manis)
1 sudu besar perahan air lemon
1 sudu kecil parutan kulit lemon
2 biji telur
1/2 sudu teh ovalette
250 gm tepung gandum
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1/2 sudu teh baking powder
125 ml susu segar
100 ml minyak


Cara Membuatnya:-
Ayak tepung bersama soda bikarbonat dan baking powder...ketepikan
Gaulkan pisang, gula, air perahan lemon & kulit lemon sehingga sebati
Blend telur, ovalette & minyak hingga kembang dan masukkan kedalam mangkuk besar. Masukkan adunan pisang kedalam mangkuk yang berisi telur dan kacau rata. Campurkan tepung gandum sedikit demi sedikit diselang seli dengan susu segar. Bakar sehingga masak

adunan yang telah siap menunggu untuk dibakar saja

buat separuh adunan saja sebab tu tak penuh loyang, buat bebanyak takut tak habis

dah siap dibakar, tunggu sejuk dulu baru di potong kalau tak akan berserabut :)

camnilah rupanya setelah dipotong...yg best xnampak urat2 pisang

sedap dimakan dengan kopi-O atau minuman panas yang lain..jemput semua!


Sunday, May 27, 2012

IKAN KEMBUNG SUMBAT SERUNDING KELAPA


Assalammualaikum


N3 sebelum masuk tidur ialah salah satu lauk lunch tengahari tadi iaitu ikan sumbat serunding kelapa. Tak tahu lah kenapa sejak kebelakangan ni asyik mengidam nak makan makanan atau kuih muih yang ada kelapa, tak kiralah kat dalam ker salut kat luar ker janji kelapa hehehe...


Sebelum ni buat ikan sumbat guna ikan cencaru dan sumbat dengan sambal belacan biasa jer tapi kali ini guna ikan lain pulak. CK guna ikan kembung yang besar saiznya sebab pada pandangan CK mesti sedap ikan yang banyak isi digandingkan dengan serunding kelapa. Nampaknya 1st try tak  mengecewakan...memang sedap lebih2 lagi makan waktu tengahari sedang perut sakan berkeroncong. Sebenarnya encik somi lebih suka ikan cencaru disumbatkan sambal kelapa dari sambal belacan tapi entah tak pernah buat pun asyik ikut selera anak2 saja. Hari ini encik somi plak yang sengih sampai telinga sebab terhidang sudah ikan sumbat kelapa favourate dia.


IKAN KEMBUNG SUMBAT SERUNDING KELAPA
resepi : Che Kiah


BAHAN2NYA:-
4 ekor ikan kembung bersaiz besar..bersihkan dan belah dibelakangnya
1 sudu besar garam halus
1 sudu besar serbuk kunyit
~ perapkan garam halus & serbuk kunyit pada ikan ~


minyak secukupnya untuk menggoreng ikan


SERUNDING KELAPA
BAHAN2NYA:-
500gm kelapa parut putih
2 sudu besar air asam jawa
garam dan gula secukupnya
sedikit minyak
1-2 helai daun kunyit (dihiris halus)


BAHAN KISAR:-
2 labu bawang besar (belah 4)
2 ulas bawang putih
5 batang cili padi
2 batang serai (racik halus)
1 inci halia
1 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup @ 1 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk ketumbar
4 sudu besar udang kering@ikan bilis (rendam & basuh terlebih dahulu)


CARA MEMASAKNYA:-
Panaskan minyak. Masukkan bahan kisar dan masak sehingga naik bau. Masukkan air asam jawa, gula dan garam...kacau sehingga agak kering. Masukkan kelapa parut dan hirisan daun kunyit dan kacau sebati dan masak sehingga kering..sejukkan


Ambil seekor ikan dan masukkan serunding dibelahan belakangnya..buat sehingga habis. Goreng ikan dalam minyak panas sehingga masak. Sedia dihidangkan


*Ikan yang paling sesuai untuk resepi ini ialah ikan cencaru..lebih sedap dan lemak rasanya.

Ikan yang banyak isi memang sesuai untuk di "operate" belakangnya..hehehe..!!!

serunding kelapa yang tidak brapa pedas sbb anak2 tak tahan makan pedas mcm emaknya :)

proses masukkan serunding kelapa kedalam belahan belakang ikan..selagi muat masukkan ok!



ambek ko sampai sendat dan ketat ai masukkan isinya...sampai termonyeh  hehehe...!!!!

gorenglah sehingga garing baru lah enak untuk dimakan


dah ready untuk dibelasah...yang penting ghedak2 mesti kasi angkut sama hehe..!!!