Assalammualaikum dan selamat petang hari Jumaat 24 June 2011
Tengahari tadi ternampak ada 4 biji limau sunkist dalam peti sejuk, dok fikir2 nak buat aper janji yang simple2. Pikiaq punya pikiaq akhirnya teringin nak buat mousse yang memang belum pernah cuba buat sekali pun. Search google cari resepi yang mudah dan bersesuaian akhirnya dapat lah 1 resepi yang mudah dan CK olah sikit sebab resepi ni resepi omputih ada letak 2 jenis wine jadi CK abaikan bab wine.
Sebenarnya CK memang tak tahu apa tu mousse sehinggalah ternampak beberapa resepi mousse dari wall puan jue (kak kek) dan dalam hati tertanya-tanya bagaimana agaknya rasa mousse ni dan perasan juga kebanyakan mousse di buat dari bahan asasnya buah2an kira ok lah tu seandainya terdapat sesetengah orang yang memang susah nak ambil buah dalam menu pemakanan seharian.
Bila sendiri buat dan sendiri rasa alahaiii memang sedap betul tapi kena layan berulang ulang kalau sekali harung pasti rasa jelak juga. Dibawah ni CK sertakan resepi dan kepada yang sudi mencuba mesti akan rasa berbaloi. Jom kita perati resepinya.
Orange Mousse
Bahan2nya:-
3 biji telur (asingkan putih dan kuning telur)
125 gm gula kastor (bahagikan kepada 50gm dan 75gm)
1 sudu besar tepung jagung
250 ml jus perahan oren
1 biji limau (parut ambil kulitnya)
sedikit garam
Cara Menyediakannya:-
1. Masukkan kuning telur di dalam mangkuk bersama gula (50 gm) dan pukul menggunakan pengadun elektrik sehingga berkrim.
2. Masukkan tepung jagung dan parutan kulit limau..pukul lagi..3. Tuangkan jus oren sedikit demi sedikit kedalam adunan dan gaul rata
4. Tuangkan campuran ke dalam kuali non-stick dan masak perlahan-lahan dengan api yang rendah, sentiasa kacau dengan senduk kayu sehingga adunan mula mengelembung dan pekat. Keluarkan dari kuali panas dan biarkan sejuk selama 20-25 minit. Kacau sekali-sekala untuk mengelakkan permukaan mengeras
5.Pukul telur putih dengan secubit garam, perlahan lahan taburkan gula selebihnya (75 gm) dan terus pukul sehingga berkrim dan ringan
6.Tuangkan campuran putih telur ke dalam sos oren yang telah agak sejuk dan kacau sebati
7.Masukkan kedalam sebarang bekas pilihan dan sejukkan untuk lebih kurang 1 jam di dalam peti sejuk sebelum di hidangkan