Ikut

Saturday, January 28, 2012

KUIH PAU


Assalammualaikum
Hasrat nak makan kuih pau buatan sendiri ni dah lama bersarang dihati cuma rasa was2 takut tak menjadi. Dah lama juga dok kumpul berbagai cara membuat pau dari majalah dan juga dari dapur blog rakan2 tak cukup dengan itu bila jumpa sedara mara yang dah mahir membuatnya CK kemukakan juga apa2 saja kemusykilan yang bakal terjadi bila CK mencuba untuk membuatnya.


Dari pengamatan CK orang dulu2 atau pun zaman emak2 kita mereka menggunakan hanya tepung gandum biasa dan juga yeast basah atau kekadang dia orang sebut ibu roti. Sekarang mengikut peredaran zaman yang serba canggih pembuatan kuih pau telah tersedia ada tepungnya yang tersendiri dan bila telah siap struktur isi kuih pau tu menjadi gebu dan ringan tidak seperti zaman emak2 kita yang keadaan kuih pau berat dan sedikit bantat tapi waktu tu datang ler apa saja kuih pasti kita bedal tanpa mempersoalkannya janji kenyang.


Hasil dari tinjauan ke beberapa dapur kekawan blogger terhasil lah kuih pau seperti yang di bawah ni tapi CK dah terlupa kat blog mana CK ambik resepinya. Mohon keizinan kepada puan empunya resepi dan CK minta izin paparkannya untuk panduan rakan2 yang lain pulak, terima kasih yer puan kerna sudi berkongsi resepi kuih pau yang begitu lembut.


Seperti yang kita sedia maklum sekarang ni penyediaan pau bukan saja dalam kaedah mengukus tapi juga menggoreng dan berbagai inti yang telah digunakan, ada yang pedas dan ada yang manis. Kat rumah CK inti pedas memang diminati tapi kalau yang manis inti kelapa atau inti kelapa yang dicampur dengan kacang hijau menjadi pilihan.
beginilah saiznya setelah kluar dr pengukus besau2, skali ngap trus kenyang..

PAU INTI KACANG HIJAU & KELAPA PARUT
BAHAN2 PAU :-
1 kg tepung pau (ck guna tepung pau jenama BLUEKEY)
2 sudu kecil yis kering
1/2 cawan minyak
2 1/2 cawan air suam 
6 sudu besar gula pasir 
sedikit garam halus 
daun pisang atau kertas kalis minyak secukupnya

CARA MENYEDIAKANNYA:-
Larutkan gula dan garam kedalam air suam..kacau hingga gula dan garam larut.Masukkan tepung pau dan yeast kering kedalam mangkuk besar, gaul rata dan buat lubang ditengah tengah tepung. Tuangkan air suam bercampur gula dan garam kedalamnya,

gaul rata dan masukkan minyak. Uli adunan hingga sebati dan tidak melekat ditangan dan dimangkuk. Tutup permukaan mangkuk dengan tuala lembab dan biarkan selama 25-30 minit atau sehingga adunan naik 2x ganda. Setelah doh naik uli semula perlahan lahan sehingga licin dan elastik. Bahagi doh kepada bebola kecil mengikut saiz yang disukai. Ambil sebiji bebola doh dan leperkan di atas tapak tangan, isi dengan sebarang inti kesukaan dan tutup agar menjadi bebola Kembali. Alas bebola pau dengan daun pisang yang telah sedia di layukan terlebih dahulu atau boleh gunakan kertas kalis minyak. Buat semua hingga habis dan biarkan selama 15 minit sebelum dikukus.


Tutup bahagian dalam tudung pengukus dengan tuala atau aluminium foil agar wap tidak jatuh ke permukaan pau untuk mendapatkan permukaan yang licin dan tidak berlopak atau berkerutu.

Kukus selama 10 minit dengan api besar. Setelah masak boleh lah diangkat dan sedia di hidangkan

apabila pau dah suam2 kuku sebab kalau terlalu sejuk rasanya tidak begitu sedap.


INTI KACANG HIJAU CAMPUR KELAPA PARUT
BAHAN2NYA:-
kacang hijau
kelapa parut putih
gula melaka@gula kabung
gula pasir
simpulan daun pandan
secubit garam
air secukupnya

CARA MENYEDIAKANNYA:-
Rebus kacang hijau dengan air secukupnya sehingga lembut dan airnya sedikit kering,
masukkan gula melaka, gula pasir, garam dan simpulan daun pandan. Setelah gula larut dan agak kering keluarkan simpulan daun pandan.Masukkan kelapa parut dan kacau rata. Biarkan sejuk sebelum diletakkan ditengah tengah pau


**sukatan bahan2 terpulang pada masing2 sebab kekadang ada orang suka letak inti lebih 
dan setengah orang lebih suka letak sedikit sahaja sebab tak boleh nak makan inti yang manis berlebihan jadi agak2lah yer!

**chekiah timbang bebola doh sebanyak 50gm setiap biji so dptlah 32 biji pau hehe


*Selamat Mencuba*


tepung pau jenama BlueKey dan rasanya ada juga jenama yg lain

yeast kering ni dapat free bila belik tepung pau BlueKey


adunan yang telah sedia digaul rata, di tutup dgn tuala basah dan diperap selama 1-1 1/2 jam

hasil perapan adunan naik menjadi 2x lebih tinggi


inti kacang hijau yang dicampur kelapa parut

kuih pau yg telah siap dan perlu dibiarkan selama 15 minit lagi sebelum dikukus

setelah dikukus beginilah hasilnya..masih panas2..

dah siap dihidangkan, tunggu per lagi jom ngap!

6 comments:

  1. sedapnya pau... Dulu penah cuba skali tp xnaik.. trus xsemangat nk cuba lg..huhu

    ReplyDelete
  2. hye geez. 1st time kak kay try alhamdulillah menjadi tu pun masa mengukus dada dup dup dup..!! :)

    ReplyDelete
  3. kak kiah, bulat elok saja pau! geram tengok!!

    ReplyDelete
  4. mala bkn stkt bulat tp tembam mcm kkiah juga hahaha..en.somi kata kena sebijik mengah trsandaq hehehe..

    ReplyDelete