Pages
▼
Friday, November 4, 2011
NASI MINYAK
Assalammualaikum salam hari Jumaat 04 November 2011
Pa kabar rakan2 semua. Mungkin tengah sibuk membuat persediaan menyambuat Hari Raya Aidil-Adha.
Meskipun sambutannya tidak sehebat Hari Raya Aidil-Fitri tapi kemeriahannya yang tersendiri tetap ada kan? Semoga semuanya dapat dilaksanakan seperti yang dirancangkan.
Tengahari ni CK hidangkan nasi minyak berlaukkan Ayam Kerutuk (kisah dan resepinya dilain N3).
Berbagai versi resepi nasi minyak yang boleh kita perolehi tapi semestinya kita mencari resepi yang senang dimasak agar jimat masa dan 1 lagi perkara yang selalu kita pentingkan ialah penyediaan bahan2 yang tidak begitu banyak. Rakan CK selalu berkata "kalau banyak bahan sudah semestinya kesedapan masakan tu terjamin", betul ker? Pandangan CK keenakan sesuatu masakan tidak 100% bergantung kepada banyaknya bahan2 yang digunakan tetapi olahan bahan tu yang memainkan peranan, kalau banyak bahan tapi cara masak tak betul pun tak jadi juga kan?
Resepi nasi minyak dibawah ni hasil dari olahan CK sendiri. Bahan2 asas yang digunakan masih kekal cuma ada sedikit tokok tambah dan ada juga part2 yang CK tak ikut sebab kalau kita buat style atau cara kita sendiri akan lebih buat kita ingat, kuat melekat dalam minda gitu hehehe..
NASI MINYAK
Resepi : CheKiah@chekiahcollection.blogspot.com
Bahan2NYA:-
500 gm beras bathmati [basuh dan toskan]
BAHAN A:-
500 ml air
1/2 cawan susu cair
1 biji tomato..dicincang
1 ketul kiub ayam + 1/2 cawan susus cair atau 1/2 cawan stok ayam
garam secukup rasa
BAHAN TUMIS [B]:-
4 sudu besar minyak masak + 2 sudu besar minyak sapi
6 ulas bawang merah..dihiris halus
2 cm kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
2 helai daun pandan disimpul
BAHAN KISAR [C]:-
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inci halia
Bahan D:-
daun ketumbar dan daun pudina hiris
sedikit warna pewarna kuning
bawang goreng
gajus panggang
kismis
CARA MEMASAKNYA:-
1. Panaskan minyak dalam kuali atau periuk, tumis bahan B hingga wangi
2. Masukkan bahan C dan kacau rata
3. Campurkan bahan A dan kacau sebati
4. Pindahkan kedalam rice cooker sesuaikan rasa dan masak sehingga mendidih
5. Bila mendideh masukkan beras dan kacau rata.
6. Masak saperti nasi biasa.
4. Bila telah masak, masukkan warna kuning dan taburkan daun ketumbar atau daun pudina beserta gajus dan kismis. Biarkan sekejap.
5. Sedia dihidangkan
*Selamat Mencuba*
No comments:
Post a Comment