Pages

Saturday, October 29, 2011

MURTABAK POPIA MAGGI

Bila keadaan dah terdesak mula ler idea yang berbagai terjengoi kluar. Sikap suka membeli tanpa perancangan ni kekadang lebih banyak merugikan dari menguntungkan. Masa kat kedai, supermarket, mini market, market basah, market kering malah kat night market pun tabiat yang satu ni sukar untuk dibendung. CK selalu ingatkan diri agar beli aper yang perlu tapi kekadang bila terjumpa sesuatu benda yang kita "rasa-rasa" akan digunakan nanti lebih menjurus ke arah pembaziran.

Apa yang CK type tu adalah sikap diri sendiri tak der nak ngata kat sapa2 pun tapi seandainya ada yang sama tabiat macam CK nampaknya "kita serupaaaa...alahai macam lagu kumpulan Headwind lah plak hehehe" Fikiran singkat kita bab membeli tanpa kawalan ni tak sepatunya menjadi amalan hidup. Masa membeli perkara yang perlu kita titik beratkan ialah aura "rajin & malas". Waktu mengambil berbagai barang dari rak masukkan kedalam troli macam lah kita ni setiap waktu rajin padahal malas lebih menguasai diri hahaha...

Alahai melalut lah plak karangan CK ni. Sebenarnya CK nak cite tentang kulit popia yang dah dekat2 nak sampai tarikh luput terkelencong plak kecerita lain. Itu hari beli nak buat popia goreng, akhirnya setelah seminggu terperuk dalam freezer menjadilah juga popia goreng tu cuma tak sempat upload nanti2 lah CK cari kat folder mana entah CK letak hehehe..Teringat lagi waktu nak ambil paket kulit popia CK dok fikir2 nak ambil 1 ke 2 ker dan akhirnya pasti ler CK ambik 2 padahal 1 paket pun dah termonyeh(tak sanggup) nak membuatnya maka 1 paket lagi tersadai tanpa perhatian sehingga lah baru2 ni tetiba teringat cepat2 buka freezer tengok tarikh luput. Nasib baik ada 2 minggu lagi so per lagi beroperasi lah nak habiskan kulit popia yang berbaki tu. Fikir punya fikir maka terhasillah murtabak popia maggi darurat sebab tak der banyak bahan pun yang ada waktu tu. Apa2pun licin juga sepinggan penuh murtabak popia tu. Tudia macam biasa CK tak reti nak shortcut kan karangan hehehe so layan jer lah yerrr!!!

xksh ler rupa xcantik yg penting rasa msti mabeles..

masak maggi perasa yang disukai..letak jer segala bagai untuk kasi sedap

setelah masukkan telur keadaan maggi tu dah jadi berlengas gitu hahaha..ayatttt xteragak agak

jadikan maggi tu inti..letak ats kulit popia..terpulanglah nak letak banyak mana
kalau ltk banyak jadi teballah murtabak tu. Lipat kiri & kanan ketengah..kemudian bahagian ats ketengah dan selitkan dicelah tepi murtabak tu..aduyaiii ssh nak xplain wat2 fhm sdh ler yer!

dah siap digoreng boleh lah dimakan tapi hati2 isi dalamnya panasss...

sebaiknya pecahkan kepada 2 bahagian agar dia cepat sejuk sblm dingap!

MEE REBUS STYLE MAMAK


Assalammualaikum dan selamat pagi Ahad 30 Oktober 2011

Sem0ga smua rerakan sht2 belaka yer lbh2 lagi dipagi hari minggu bersama keluarga tersayang. CK dah jadi mcm biskut chipsmore now u c it..now u don't hehehe..biasalah kesibukan kekadang datang mendadak begitu juga dengan mood nak bersiaran kkdang occay kkadang ko!

Malam tadi sempat sediakan mee rebus ala2 mamak gitu. Dah lama dok nak masak mee style mamak macam kat area CK tinggal tapi tu lah sesekali fikir banyak plak ler kerja dan bahan2nya. Masakan apa sekalipun terpulang kepada kita untuk buat style macam mana yang ikut longway ker shortcut ker semua atas pilihan diri sendiri. Bila aura "M" melanda ikut shortcut ler selalu tapi sesekali bila "kerajinan" menyerang (perghhh ayat cam main war ada perang2 u hehehe) maka resepi yang agak payah dan perlu banyak tenaga dan bahan2 pun kira senang.

Mee rebus style mamak ni versi CK. Basic memang ala mamak tapi bila dah diubahsuai dan ditokok tambah maka jadilah seperti kat bawah ni jadi jom kita belek2 resepinya.

Resepi hasil olahan dari berbagai sumber kat internet dan juga hasil dari citarasa lidah dan tekak. Anak CK kata "Ibu type resepi ker type karangan?" Bertuah sungguh budak ni, ibu dia kalut dok type resepi agar org faham dia plak dok perli2 hehehe..!!!


MEE REBUS MAMAK
[versi CheKiah]

BAHAN2NYA:-
600 gm mee kuning, dikocok dengan air biasa sekejap sebelum dicelur dan dituskan
200 gm taugeh, dibuang ekor, dicelur dan dituskan

BAHAN KUAH:-
1 liter air rebusan daging atau udang
[air rebusan daging - rebus tulang dan sedikit isi daging. Ambik air rebusan untuk kuah dan isi daging dihiris nipis2 untuk hiasan]
[air rebusan udang - kupas udang, bersihkan isi udang dan kulit serta kepalanya. Rebus udang dan tuskan isinya untuk hiasan. Campurkan kulit udang kedalam air rebusan tadi
dan rebus sekali lagi. Tapis airnya untuk dibuat kuah]
minyak untuk menumis
1 kiub pati ayam sebarang jenama
garam dan gula secukupnya
1 cawan kacang tanah yang telah dimesin halus

BAHAN KISAR HALUS:-
15-20 tangkai cili kering..direndam dengan air panas atau direbus untuk melembutkannya
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
250 gm ubi keledek kuning atau merah...dibuang kulit, direbus dan dilecek semasa panas
5 sudu besar sos cili
3 sudu besar sos tomato
air asam jawa (nak lebih masam letak lebih)
~ mesin halus kesemuanya ~

CARA MENYEDIAKAN KUAHNYA:-
Dalam periuk panaskan sedikit minyak dan tuangkan bahan kisar & sedikit air
Masak sehingga sedikit kering dan pecah minyak
Masukkan kacang tanah mesin dan kacau sebati..masak sekejap
Masukkan air rebusan, kiub pati ayam, gula dan garam sekiranya perlu
Biarkan mendidih dan sesuaikan rasanya.

BAHAN CUCUR UDANG:-
100 gm tepung gandum
20 gm tepung beras
200 gm udang sederhana (dikupas kulitnya)
1 biji telur
1 biji cili hijau ) dibelah buang bijinya
1 biji cili merah } dan dihiris halus
10 tangkai daun kucai (dihiris halus)
sedikit air
garam secukupnya
minyak untuk menggoreng

CARA MENYEDIAKANNYA:-
Gaul tepung gandum, tepung beras dan garam sehingga sebati
Masukkan udang, telur cili merah dan hijau, kucai gaul rata
Campurkan air sedikit demi sedikit dan adun sehingga mendapat bancuhan yang tidak begitu keras
Panaskan minyak. Ambil sesudu adunan dan masukkan kedalam minyak dan goreng hingga kuning keperangan
Angkat dan tuskan. Bila dah sejuk hiris mengikut saiz yang disukai

BAHAN HIASAN:-
4 keping tauhu@takua..digoreng, dibelah dua dan dihiris sederhana tebal
2 biji kentang..dibersihkan kulitnya, direbus, disiat kulitnya, dibelah dua dan dihiris nipis
4 biji telur direbus..dibelah dua atau dipotong wedges
hirisan daging rebus
udang rebus
cucur udang yang dihiris
2 biji cili merah..dihiris nipis
1 pokok daun bawang..dihiris halus
1 pokok daun sup..dihiris halus
3-4 biji limau kasturi..dibelah dua atau 2 biji limau nipis dibelah 4
bawang goreng secukupnya

CARA MENGHIDANG MEE REBUS:-
Masukkan mee dan taugeh kedalam mangkuk
Letakkan bahan hiasan mengikut citarasa masing2
Tuangkan kuah keatasnya dan sebaiknya kuah mestilah berada dalam keadaan panas
Sedia dinikmati

*Selamat Mencuba*

adunan cucuq yang dah siap dibancuh tunggu nak goreng saja

cucuq udang yang penyet2 dan kaler pudaq2 saja..xper dah dihiris xder yg pasan...
ayat sedapkan hati sendiri hehehe

kata org penang..kuah sepeghiok bak (maksudnya kuah banyak hingga seperiuk)

Alhamdulillah prcubaan prtama selesai sdh siap dpt pujian..biasalah nk srh buat lagi hehe

Wednesday, October 19, 2011

APAM GULA HANGUS


Assalammualaikum dan selamat pagi Khamis 20 Oktober 2011

Petang semalam tak berkesempatan nak upload N3 ni sebab tetiba takder elektrik kat rumah. Tak tau ler kenapa nak kata tak bayar bill awal2 dah langsaikan nak kata litar pintas tak juga mungkin ada kesilapan teknik kat mana2 selama 15 minit bergelap lah sekejap. Setelah letrik ada kembali malas sudah CK nak on kan pc sebab tu ler N3 ni tertunda hingga kepagi ni.

Untuk minum petang semalam CK sediakan apam gula hangus. Jarang projek buat apam sebab memang anak2 tak minat langsung ishk..ishk..ishk..anak2 sekarang bab layan kuih muih memang kurang. Dulu zaman2 CK sebaya dia orang hanya kuih muih tradisional ni ler yang dihidangkan oleh arwah emak dan waktu tu kat mana2 pun semua orang suka makan kuih muih ni tapi sekarang anak2 lebih suka makan makanan segera. Selalu juga CK marah2 sayang kat dia orang suruh makan tapi tu lahhh akhirnya CK ler yang kena habiskan sebab tu kekadang malas nak projek kuih muih ni lebih2 lagi yang manis2 kalau yang rasa pedas2 boleh ler sket jalan tapi kalau yang manis2 dia orang pakat perati jer jamah nyer tidak. Tak nak membazir CK hanya buat separuh adunan kalau tak habis pun takder ler banyak sangat kan kan kan..???

Resepi apam gula hangus ni kalau search kat google memang berlambak, pilih saja versi mana yang disukai. Apam gula hangus yang CK buat ni mengikut resepi seorang rakan facebook Kamsiah atau lebih dikenali sebagai Kak Kam. Dalam mencari resepi ni CK lebih selesa pilih yang penerangannya jelas dan mudah faham maka senang ler nak membuatnya. Terima kasih Kak Kam kerana sudi berkongsi ilmu dan CK letakkan resepi kat wall blog ni untuk dirujuk oleh rakan2 yang lain.


APAM GULA HANGUS

BAHAN2NYA:-
1 1/2 cwn tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
~ di ayak bersama ~

2 biji telur
1 cawan gula (kalau tak nak manis leh letakkan 3/4 cawan)
1cawan air
1/2 cawan minyak
2 sudu besar marjerin@mentega
2 sudu besar susu pekat

CARA MEMBUATNYA:-
Masakkan gula hingga keemasan dan tutup api..
Campurkan air 1cawan kedalam gula yang telah cair kemudian hidupkan api semula..kacau hingga semuanya cair dan sejukkan
Blend telur, susu, minyak dan marjerin selama 3 minit
Masukkn gula hangus bersama tepung dan kisar lagi hingga sebati
Laserkan acuan (acuan lompang) dengan minyak kemudian masukkan acuan sekejap kedalam pengukus
Keluarkan acuan dari pengukus dan tuang adunan kedalamnya lebih kurang 1/2 acuan..jangan penuh nanti melimpah bila masak
Kukus selama lebih kurang 20 minit atau sehingga masak
Sedia dihidangkan bersama kelapa parut atau dimakan begitu saja pun enak juga

*resepi asal sukatan adunan dalam acuan lompang 2/3 tapi CK kurangkan sehingga 1/2 sebab bila masak permukaannya melimpah
tapi terpulanglah kepada saiz acuan lompang masing2

*Selamat Mencuba*

adunan yang telah siap

dah siap masukkan kedalam mangkuk2 kecil tunggu masa nak kukus jer

ini dia selepas dikukus..siap menonggek lagi posisinya..ni sukatan 3/4 sepatutnya 2/4 dah ok

ni sukatan 1/2 mangkuk kecil elok ler sket jadinya xder ler smpai melimpah kluar bila masak

dah ready siap ngan kelapa parut tapi kalau makan begitu saja pun dah ok sedapnya

ACAR MENTAH TIMUN NENAS


Acar mentah timun nenas ni simple jer nak buatnya. Selalunya CK jarang buat kecuali bulan puasa tu pun nak kasi lengkap hidangan nasi "istimewa" sebab rasa lemak susu dalam nasi akan lebih klass gitu bila terasa masam2 cuka dan nenas yang terdapat dalam kerabu mentah ini. Segala jenis acar kalau kat rumah CK tak mendapat sambutan hanya CK saja yang layan sebab tu jarang buat dalam kuantiti yang banyak buat cukup2 sorang makan saja kalau terlebih buat antar kerumah jiran2 tetangga dari terbuang begitu saja.


ACAR MENTAH TIMUN NENAS

1/2 batang timun..dihiris nipis2 (terpulang samada nak buang kulit atau tidak)
sejorong nenas- dihiris kecil-kecil
1 biji cili merah- dihiris kecil dan nipis
2-3 biji cili padi (kalau suka extra pedas)
1 biji bawang besar- hiris nipis2
cuka secukupnya
garam dan gula secukupnya


CARA MEMBUATNYA:-

Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mangkuk dan gaul rata.
Sesuaikan rasa masam manis dan pedasnya

DAGING PRUN


Inilah lauk daging prun yang CK gandingkan dengan nasi beriani. Memang best sangat rasanya, ada rasa lemak, rasa masam manis dan wangi minyak sapi. Kombinasi yang sesuai dengan nasi2 "istimewa" yang jarang2 kita masak, kalau nak layan dengan nasi putih pun ok juga tapi layan waktu nasi panas2 memang mantop!

CK blum pernah lagi masak macam ni walaupun selalu dengar orang bercerita letak buah prun. Masam manis buah prune bila telah menjerap kedalam daging memang mencetuskan satu citarasa yang lain. Selalunya CK sediakan daging masak kicap gitu jer tanpa tambahan prun tapi sekarang bertambah lah satu lagi resepi masakan daging, alhamdulillah dan terima kasih kepada yang sudi berkongsi resepi dan CK copy & paste kat laman blog ni pulak untuk panduan yang ingin mencuba. Terima kasih Chef Hanieliza & Umi.


DAGING PRUN
resepi : Chef Hanieliza
sumber C&P : Umi@HomeSweetHome.blogspot.com

BAHAN A:-
600 gm daging (dipotong nipis)
1/2 cawan buah prun (dibuang biji dan dimesin halus)
5 sudu besar sos tomato
4 sudu besar kicap pekat
2 sudu besar cili mesin
2 sudu besar rempah kari
4 sudu besar minyak
1/2 cawan air
Garam secukup rasa

BAHAN B (dihiris):-
4 ulas bawang putih
10 ulas bawang merah
2 inci halia

CARA MEMASAK:-
Daging dibersihkan dan digaulkan dengan sos tomato, rempah kari, cili mesin dan kicap pekat.
Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dihiris hingga wangi.
Masukkan daging dan kacau rata. Biarkan masak hingga daging lembut.
Masukkan buah prun yang dikisar dan garam. Biarkan hingga kuah pekat.
Tutup api dan hidangkan bersama nasi putih, nasi minyak ataupun nasi beriani.

NASI BERIANI


Assalammualaikum, salam sejahtera dipetang hari Rabu 19 Oktober 2011.

Seharian ari ni kejap2 hujan kejap2 renyai..berulang alik CK kluar dan masukkan jemuran at last gantung dibahagian depan rumah takmo kluarkan lagi penattttt...

Sejak awal pagi dah bersiap sediap dengan semua bahan2 untuk jalankan projek masak memasak. Memang dah pasang nawaitu nak masak nasi beriani untuk makan tengahari dan apam gula hangus untuk minum petang.

Nasi beriani ni sejak bulan Ramadhan tempohari dan terlioq tengok kat dapur HomeSweetHome kepunyaan Umi, bertambah kecap ayaq lioq bila Umi tayang dengan daging masak prune memang dah rasa macam waktu tu gak nak sediakan tapi waktu tu tengah berpantang sebab makan ubat jadi simpanlan dulu hajat hinggalah tengahari ni baru laksanakan.


Memang sedap giler2 makan nasi saja pun dah memadai sebab terasa sungguh cukup segala perisanya, tapi CK nak buat complete macam set yang Umi sediakan untuk lepaskan hajat yang dah lama terpendam maka masak lah juga daging prune dan acar mentah nenas dan timun. Selepas solat zohor tengahari tadi CK layan makan sampai bertambah tambah tudiaaaaaaa ibu lepas gian kata anak teruna CK hehehe CK tak kata apa2 cuma senyummmmmmm...

Resepi asal dari kak Chef kita iaitu Hanieliza yang memang terkenal sudah dengan berbagai bagai masakan yang sedap2 belaka dan CK mohon izin tempek resepi yer Chef Hanieliza dan Umi untuk dicuba pulak oleh rakan2 yang lain, terima kasih kepada kedua duanya.


NASI BERIANI
Resepi : Chef Hanieliza
Sumber C&P : Umi@HomeSweetHome.Blogspot.Com

BAHAN2NYA:-
1 kg. beras basmathi (dibasuh dan ditoskan)
2 sudu besar rempah beriani (dibancuh dengan sedikit air)
4 biji buah tomato (dipotong dadu)
3 biji cili merah (dibelah dua)
3 biji cili hijau (dibelah dua)
100 gm daun pudina (dipotong kasar)
100 gm daun ketumbar (dipotong kasar)
1 liter air
1 cawan susu cair (akak guna susu segar)
4 sudu besar minyak sapi
1/2 cawan kismis
1/2 cawan kacang gajus - dibakar/digoreng tanpa minyak
garam secukup rasa
1 sudu besar pewarna kuning (dibancuh dengan sedikit air)

BAHAN B:- (untuk tumis)
5 ulas bawang merah (dihiris)
3 ulas bawang putih (dihiris)
2 cm halia (dihiris halus)
2 cm kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
2 bj. buah pelaga
2 3 pelepah daun kari


CARA MEMASAKNYA:-
minyak sapi di dalam kuali. Tumiskan bahan tumis dan daun kari hingga wangi.
Masukkan rempah yang telah dibancuh dan kacau rata. Masakkan hingga naik minyak.
Masukkan tomato dadu, cili merah dan cili hijau.
Masukkan air dan susu cair. Biarkan mendidih sebentar.
Masukkan bahan tumis tadi ke dalam periuk nasi yang tersedia beras dan masakkan seperti biasa.
Apabila nasi sudah kering, titiskan pewarna kuning dan biarkan nasi masak sepenuhnya.
Taburkan kismis, gajus panggang, daun pudina dan daun ketumbar diatasnya
Setelah nasi betul2 masak, gemburkan nasi perlahan2 supaya beras tidak patah.
Hidangkan nasi dengan sebarang masakan daging dan ayam serta enak juga digandingkan dengan acar

Monday, October 17, 2011

CUCUR ROTI IKAN BILIS


Cucur roti ikan bilis ni disediakan untuk sarapan pagi tadi. Dah beberapa kali CK buat untuk menyelamatkan roti yang dah hampir tarikh luputnya. Selalu juga cucur ini CK sediakan dengan alasan untuk tidak membazir terbuang begitu saja padahal CK boleh membuat puding dan mungkin juga resepi2 yang lain tapi tu lah mungkin disebabkan citarasa untuk makan makanan yang pedas2 lebih mengatasi selera melayan makanan yang manis2. InsyaAllah next time CK akan beralih kepada resepi yang lain pulak takder ler asyik cucuq..cucuq..cucuq..hehehe..

Resepi versi CK ni lebih kepada campak2 jer bahan2 yang ada dalam simpanan tak konsistent maklum ler kalau nak tunggu semua bahan2 mencukupi berkulat lah pulak roti. Sekiranya anda ingin memasukkan bahan2 tambahan boleh saja. Ada juga yang mencampurkan udang kering, udang basah, jagung, taugeh, kucai dan lain2 lagi..apa2pun mengikut kesesuian selera anda.


CUCUR ROTI IKAN BILIS
[versi chekiah]

BAHAN A:-
5 keping roti sandwich sebarang jenama
1 cawan susu segar@susu cair
1 cawan tepung gandum
1 biji telur..dikocok
1 sudu kecil serbuk cili
1/2 cawan ikan bilis..dibersihkan dan direndam sekejap dan ditumbuk kasar2
daun saderi dan daun bawang ~ dihiris halus
1 biji cili merah..dicincang
1 biji cili hijau..dicincang
1 sudu kecil gula
1 labu bawang besar..dipotong dadu
minyak secukupnya untuk menggoreng

BAHAN B [campur dan kacau hingga garam larut]
1/2 cawan air
1 sudu kecil garam halus

CARA MEMBUATNYA:-
Koyak2kan roti dan rendam didalam susu hingga kembang dan lecek hingga sedikit lumat
Campurkan semua bahan kedalam mangkuk KECUALI minyak
Gaul sehingga semua bahan sebati dan dan masukkan bahan B sedikit demi sedikit sehingga mendapat adunan cucur
Perapkan selama 1/2 jam
Panaskan minyak, masukkan adunan dengan cara menjemput sedikit demi sedikit atau menggunakan sudu
Balik2kan sehingga kedua dua bahagian kuning keperangan atau sehingga masak
Angkat dan toskan sebelum dihidangkan bersama bahan pencicah yang disukai

*Selamat Mencuba*

roti yang direndam dalam susu supaya kembang dan lembut

ikan bilis ditumbuk kasar2

campuran sebahagian dari bahan2

bancuhan adunan yang telah siap untuk digoreng

dah siap pun..tunggu per lagi jom ngap..!!!

Sunday, October 16, 2011

PUDING JAGUNG


Semasa tidak bersiaran itu hari banyak juga sediakan N3 untuk diuploadkan tapi masa dan keadaan tidak mengizinkan. Akhirnyaaaa masa2 sibuk CK telah pun berlalu maka sekarang ini CK bolehlah tayangkan apa yang patut. Resepi biasa2 saja takder yang happening macam resepi orang2 lain cuma yang ada resepi yang pening2 hehehe

Selalu juga CK layan dan belek resepi2 yang dimuatkan di amplikasi youtube. Memang tak dinafikan banyak sungguh usaha rakan2 kita untuk berkongsi resepi dan sebagai salah seorang yang selalu juga mengambil idea dan resepi2 kat situ ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada yang sudi bersusah payah buat video letak kat situ. Dalam banyak2 resepi kat youtube tu tak semua cara penerangannya leh buat orang faham tapi tak mengapalah kita boleh pilih yang mana satu pilihan hati.CK baru saja berjinak jinak dengan satu nick ni yang CK rasa cara persembahan resepinya mudah difahami walaupun tanpa suara (tak pasti orangnya lelaki atau perempuan) dan pagi ini bila CK tinjau2 rakan2 followers ternampak sudah nick yang empunya diri huhhhhh sukanya CK sebab seperti yang CK selalu type kat laman blog ni followers CK bukan lah ramai sangat seperti blog2 orang lain yang hebat2 belaka maklum ler blog CK ni blog orang kampung tak pemes pun tapi it's ok tiada paksaan untuk menjadi followers.

JeBateja. Inilah nick yang diguna oleh penyumbang resepi kat youtube yang telah mula menarik perhatian CK. Kekadang terfikir juga kenapa tak diselitkan suara sekali dalam video clip resepinya..mungkin malu agaknya..tapi tak mengapa walau hanya sekadar ayat2 pemberitahuan namun ianya cukup jelas dan mudah difahami. Banyak sudah resepi2 JeBateja yang CK kumpul untuk dilaksanakan dan permulaan projek CK telah mencuba Puding Jagung sebab kebetulan bahan2 yang diperlukan telah sedia ada. Terima kasih sekali lagi kepada encik/cik/puan JeBateja diatas perkongsian resepi dan CK mohon izin untuk berkongsi dengan rakan2 yang lain.

PUDING JAGUNG
sumber asal : JeBateja
http://www.youtube.com/watch?v=r-aoK4hQ05s&feature=results_video&playnext=1&list=PL60D7130C8CFF074C

BAHAN2NYA:-
1 peket agar2 cap layang2
1 tin susu cair
1 tin jagung manis krim
1 cawan tepung kastad [1/2 cawan tepung jagung + 1/2 cawan tepung kastad] << CK adjust sket
1 1/2 cawan gula

*air sukat guna bekas plastik agar2

CARA MEMBUATNYA:-
Masak agar2 bersama air hingga larut
Campurkan gula, masak dan kacau hingga sebati
Masukkan jagung kacau hingga semua sebati
Dalam mangkuk berasingan masukkan tepung kastad, susu cair..kacau sebati
gaul dengan mixer agar semua betul2 sebati
masukkan kedalam bekas agar2 tadi masak dalam keadaan api yang kecil
Kacau perlahan lahan hingga mendidih
Tuang kedalam acuan@loyang kesukaan dan sejuk bekukan
sedia dihidangkan bila dah keras



SAMBAL SARDIN


Assalammualaikum dan salam pagi Isnin 17 Oktober 2011

Dah lama tak bersiaran bz sikit, keadaan dapur CK pun dah bersawang dan berhabuk. Malam tadi kemas2 sket apa yang patut untuk memberi keselesaan nak bersiaran semula. Semoga keadaan rakan2 pengunjung sihat2 hendaknya. CK baru2 ni telah menjalani pemeriksaan rutin 3 bulan sekali dan doktor kasitau hasil pemeriksaan darah tidak begitu memuaskan maksudkan kandungan kalestrol dalam darah agak tinggi jadi penjagaan dari segi pemakanan kena dipertingkatkan. Fikir punya fikir baru prasan berkemungkinan musim raya itu hari kot makan over2 sampai terlupa lah sejenak akan kesihatan diri hehehe..

Macam selalu setiap malam makan roti jer tak dapat nak layan nasi tetapi kekadang curi2 makan juga disebabkan tak tahan tengok lauk tak banyak sikit saja hehe..Selalu cicah roti ngan minuman panas jer kekadang cemuih juga jadi malam tadi teringin nak makan ngan sambal sardin maka laksanakanlah permintaan tekak.

Sebenarnya malas ler nak letak resepi yang simple2 ni nanti ada plak yang mencebik bibir kata "lerrr...!!! resepi mudah pun nak letak kat blog" tapi bila memikirkan 2 orang yang berpangkat adik yang baru berjinak jinak dengan dunia masakan maka CK gagahi juga tayang kat laman blog ni. Seorang adik ni baru saja berkahwin dan suaminya berasal dari Penang jadi katanya dia berkenan dengan cara masakan CK dan banyak sudah resepi2 yang dijadikan panduan. Berkilo sudah ucapan terima kasih yang diucapkan kepada CK. Sorang lagi baru habis belajar dan sedang menunggu peluang pekerjaan, masa lapang diisi dengan aktiviti memasak kerana katanya mana tahu kalau dia dapat kerja luar dari Penang jauh dari family sekurangnya dia boleh masak sendiri. Apa2pun segala resepi kat sini tak kira lah yang mudah ker yang susah ker CK berhajat sangat untuk dijadikan panduan oleh anak cucu kelak, semoga dengan cara ini mereka akan dapat mengingati CK.


SAMBAL SARDIN
[versi chekiah]

1 tin sardin sebarang jenama
2 sudu besar cili kisar@serbuk cili
2 ulas bawang putih..dicincang
sedikit cili padi..diketuk2
1/2 cawan air asam jawa
sedikit garam dan gula
minyak secukupnya
1 biji cili merah..dihiris menyerong
1 biji cili hijau..dihiris menyerong

CARA MEMASAKNYA:-
Keluarkan ikan sardin dari tin...ketepikan sosnya
Panaskan minyak dan goreng ikan sardin terlebih dahulu..bila dah garing angkat
Keluarkan minyak gorengan dan tinggalkan anggaran 2 sudu dan tumis bawang putih
Masukkan serbuk cili dan sedikit air dan kacau sebati
Campurkan air asam jawa dan sos sardin..masak biarkan mendidih sekejap
Masukkan sedikit garam dan gula..sesuaikan rasa
Masukkan ikan sardin yang digoreng, cili padi dan bawang besar
Setelah kuah agak pekat dan bawang dah nampak layu angkat dan masukkan kedalam mangkuk@pinggan
Taburkan hirisan cili merah dan cili hijau
Sedia dihidangkan dan sesuai dimakan bersama nasi dan roti

PERINGATAN:
WAKTU MENGGORENG IKAN SARDIN HATI2 DENGAN PERCIKAN MINYAK

*Selamat Mencuba*

suka guna sardin cap ayam sebab isi ikannya tak mudah ghelai(hancur)
alahaiii..telur dadar pun nak interprem juga walaupun sbagai background hehe


hirisan cili merah dan bawang..cili hijau xder stock sbb tu letak cili padi lebih


ikan sardin yang telah digoreng garing..kalau tak nak garing pun x per
kalau nak mudah masukkan saja ikannya tapi kalau goreng lebih sedap dan wangi


setelah masukkan sos sardin dan air asam jawa..biarkan mendidih sekejap


setelah di masukkan ikan sardin dan biarkan kuah pekat akhirnya begini lah hasilnya