Pages
▼
Monday, August 22, 2011
MEE KUAH
Assalammualaikum
Sejak tengahari hingga sekarang dah petang hujan masih lagi membasahi bumi Georgetown. Terasa sejuk dan selesa sikit dalam usaha chekiah membereskan kerja2 rumah yang hampir siap. Semalam dan awal pagi tadi mengecat pintu dapur, kalau orang lain sehari dah siap tapi biasalah chekiah kan buat dalam mode slow motion hehe
Petang sabtu itu hari chekiah tunaikan hasrat tekak yang teringin nak makan mee kuah atau ditempat lain lebih dikenali sebagai mee bandung walaupun yang membuatnya adalah orang Malaysia bukan orang Bandung Indonesia hehe..Alkisahnya 3 hari sebelum tu pergi pasar ramadhan ada beli mee goreng basah..nampak sedap siap beli 2 bungkus kesudahannnya sebungkus pun makan tak habis sebab tak rasa ape2 tawaq hebiaq (ayat orang penang kalau tawar tahap maksima). Agaknya si penjual terlupa letak garam sebab tu tekak tak leh terima langsung, kenalah masuk semula dalam kuali dan adjust rasa dan tambah sedikit bahan2 yang ada kat rumah, barulah habis mee tu.
Resepi mee kuah ni adalah hasil dari pemberian arwah emak chekiah. Masih chekiah ingat sekali tu masa menolong emak menyediakan mee kuah ni emak suruh ambil kertas dan pen, tanpa bertanya terus pergi ambil dan kasi emak dan emak senyum..kata emak "ceq lah tulis resepi mak nak bagi ni mana tau 1 hari emak takdak teringin nak makan dah boleh masak sendiri" masa tu chekiah terus peluk emak erat2 sambey menangis sebab chekiah sedih sangat emak kata macam tu. Akhirnya emak pujuk suruh salin juga resepi ni untuk kemudahan di masa akan datang.
Al-kisahnya belum berakhir. Sekiranya chekiah makan mee kuah di kedai atau di mana-mana chekiah tak terasa apa2 tapi kalau chekiah makan mee kuah yang chekiah buat sendiri pasti ada air mata yang menitik, sebelum makan chekiah mesti sediakan tissue takut airmata menitik kedalam mee kuah maka akan bertambah lagi ler masin dan kuahnya. Chekiah sedih sebab mee kuah lah masakan yang terakhir arwah emak sediakan untuk juadah berbuka puasa sebelum dia meninggal dunia. Kebelakangan ni chekiah selalu berfikir bila waktu chekiah teringin nak makan mee kuah rasanya lebih kepada chekiah rindu sangat2 kat arwah emak chekiah.
Mee Kuah@Mee Bandung
[versi chekiah]
1 kg mee kuning, basuh sekejap dan tuskan
Bahan2 Rebusan:-
500 gm daging isi campur tulang..di rebus hingga daging empuk..kluarkan isi daging dan simpan air rebusan
500 gm udang basah..kupas kulitnya dan bahagikan isi udang kepada 3 bahagian
ketepikan 2 bahagian dari isi udang
rebus 1 bahagian isi udang dengan air..dah masak kaut udang ketepikan (kisar halus)
masukkan kulit udang (basuh dahulu) kedalam air rebusan udang tadi dan rebus untuk dapatkan air rebusan kulit udang
sekiranya rajin boleh ler anda kisar kulit udang sekejap dan tapis untuk dapatkan pati air udang.
Campurkan kedua dua air rebusan daging dan udang..kacau atas api sekejap hingga sekali mendidih..ketepikan
Bahan Kisar A :-
15-20 tangkai cili kering
2 labu sederhana bawang besar
5 ulas bawang putih
(sangai sekejap dalam kuali kesemua bahan dan kisar halus...masak atas api sehingga kering..ketepikan)
Bahan Kisar B (kisar kering) :-
1 cawan kacang tanah (goreng dengan 1 sudu makan minyak, buang kulitnya dan kisar halus)
1/2 cawan bijan@lenga (sangai dan kisar halus)
Bahan C :-
1 ketul besar ubi keledek atau kentang (rebus dan lecek halus)
Bahan Sayur2an:-
2 pokok sawi..potong panjang2
1 cawan tauge..buang ekor
2 biji tomato (belah 4)
Bahan2 Lain:-
1 tin kecil tomato sup (sebarang jenama)
5 sudu besar minyak masak
3 ulas bawang merah .. hiris halus
2 ulas bawang putih .. cincang halus
1 sudu makan cuka
garam, gula, serbuk perasa atau kiub pati ayam
Bahan Hiasan :-
keping takua@tahu..goreng dan hiris nipis2
isi daging yang di rebus tadi..hiris nipis2
daun bawang & daun sup..hiris halus
hirisan bawang besar..kalau suka
hirisan cili merah
bawang goreng
hirisan limau nipis
telur rebus (di belah atau di hiris nipis)
Cara Membuatnya:-
Panaskan minyak dalam kuali..tumiskan hirisan bawang merah dan cincangan bawang putih hingga layu
masukkan udang basah dan kacau sebati. Masukkan bahan A (ikut kepedasan yang di sukai..lebihan cili boleh disimpan dalam peti sejuk untuk kegunaan masa akan datang)
kacau hingga semuanya rata dan tambah sedikit air rebusan kacau dan campur bahan A dan bahan B, sup tomato, isi udang yang di kisar halus.
masukkan air rebusan mengikut banyak mana kuah yang di sukai, tambah garam, gula, serbuk perasa atau kiub pati ayam serta cuka..sesuaikan rasanya.
bila kuah dah mendidih masukkan sawi, tauge dan tomato kacau sekejap sebelum masukkan mee
bila mee dah mula agak kembang sedikit boleh ler matikan api
masukkan ke dalam pinggan atau mangkuk dan hiaslah mengikut citarasa masing2
*Selamat Mencuba*
Friday, August 19, 2011
CHICKEN CHOP WITH BLACK PEPPER SAUCE
Assalammualaikum, selamat malam Jumaat 19 August 2011.
Tentu waktu ini ramai rakan2 yang masih sibuk di dapur menjalankan projek pembuatan biskut raya. Dah lebih dari separuh bulan Ramadhan kita jelajahi dan insyaAllah jika di panjangkan umur kita akan sampai ke gerbang Syawal dimana berakhirnya ibadah berpuasa kita.
Petang tadi laksanakan projek buat chicken chop dengan sos lada hitam. Memang 2 3 hari lepas dah bercita cita untuk menyediakan chicken chop yang selama ini asyik makan kat luar saja. Banyak sudah resepi chicken chop yang chekiah belek tapi yang ini yang chekiah rasa paling senang cara penyediaannya dan bahan2 yang digunakan pun takder ler banyak sangat.
Alhamdulillah sekejap jer licin sekor ayam yang di potong 6 dibelasah oleh ahli keluarga. Rasa happy sangat sebab mendapat pujian dan dia orang siap suruh buat lagi...alahaiii rasanya untuk waktu yang terdekat ni belum lagi kot tengok lah hujung minggu depan pulak.
Tak pasti lah plak dari blog sapa chekiah rembat resepi ni sebab banyak sangat dapur chekiah singgah. Siapa pun puan empunya resepi chekiah mohon izin tempek dan share resepi dengan rakan2 yang lain, terima kasih bebanyak.
Godek2 balik dpt tahu sudah puan empunya resepi. Sorry An CheKiah terlupa sejenak url resepi dari blog periuktanah : http://periuktanah.blogspot.com/2010/01/chicken-chop-with-black-pepper-sauce.html
Resepi : Chicken Chop
Bahan-bahannya:-
1 ekor ayam (potong 6)...cuci dan tuskan
lumur ayam dengan garam halus dan biarkan sekejap
tepung gorengan ayam (sebarang jenama)
1-2 biji telur (dikocok sedikit)
minyak untuk menggoreng tenggelam secukupnya
Cara membuatnya:
1. Panaskan pengukus dan kukus ayam selama 10 minit.
Buka pengukus dan terbalikkan ayam dan kukus selama 10 minit lagi.
Keluarkan ayam dari pengukus, tus untuk keringkan ayam
2. Panaskan minyak yang banyak dalam kuali, periuk@ deep fryer.
Celupkan ketulan ayam ke dalam telur hingga rata dan gaulkan ke dalam tepung gorengan.
Goreng ayam hingga kuning keemasan. Buat hingga habis.
3. Setelah siap, ketuk ayam sedikit dan letakkan kedalam pinggan.
Hidangkan bersama sos lada hitam dan hidangan sampingan mengikut kesukaan masing2.
tudia ayam dongga2 (besar) hehehe..
dah get ready untuk di kukus
baru pasan read bean xder..kalau letak msti lagi sedap
Black Pepper Sauce
Bahan-bahannya:-
2 sudu besar mentega
2 sudu besar tepung gandum
2-3 cawan susu segar (boleh guna fresh-milk, low-fat atau full-cream)- guna susu cair
1 sudu besar lada hitam- tumbuk halus
2 sudu besar sliced mushroom -tak letak pun tak apa
2 sudu besar kicap..utk gelapkan sos
garam secukup rasa
1/4 ketul kiub pati ayam
Cara membuatnya:
1. Cairkan butter dalam periuk. Masukkan tepung. Kacau rata. Bila dah berbuih, masukkan susu segar, lada hitam, cendawan dan kiub pati ayam. Kacau hingga pekat.
2. Masukkan kicap dan garam. Matikan api selepas mendidih. Hidangkan bersama ayam.
sikit jer bahan2 utk buat sos..anak2 xske cendawan tu yg xletak
sos tak brapa gelap sebab guna kicap cair, kicap pekat tinggal botol jer hehehe..
Wednesday, August 17, 2011
IKAN BAWAL GORENG BAWANG
Assalammualaikum & selamat tengahari 18 August 2011
Selalunya bila ada stock ikan bawal chekiah akan masak kari, sweet and sour, masak kicap, masak lemak asam, masak lemak cili padi, masak asam tumis, masak goreng sambal. Sekali ni bila encik somi beli ikan bawal hitam dan2 teringat cara masakan yang di gemari oleh encik somi bila lunch kat luar. Bila tak bekerja selalunya encik somi ajak lunch kat luar dan gerai pilihan dia ialah yang menjual bawal goreng bawang. Chekiah sediakan waktu berbuka dan Alhamdulillah bukan saja encik somi yang sengih sampai telinga tapi anak2 pun bertambah nasinya.
Cara penyediaan nya tak susah cara mana pun tersangat ler simplenyer macam kita goreng ikan biasa jer cuma tambahannya ialah gorengan bawang yang rangup di tabur di atas ikan dan di cicah dengan sambal kicap tapi chekiah lebih suka buat cili padi kicap kasi terangkat dan berasap sket hehehe...
Cara Penyediaannya:-
ikan bawal (tak kira ler saiz besar mana tapi kalau dapat yang sebesar tapak tangan lagi cun)
cuci bersih, kelar dan tuskan
perap dengan pes (bwg merah, bwh putih & halia ..tumbuk halus + garam & kunyit..)
goreng sehingga masak dan garing
angkat dan tuskan minyaknya
letak di dalam pinggan
tabur bawang goreng diatasnya
(sebaiknya guna bawang merah untuk mendapat kewangian dan kerangupan yang maksima)
hidangkan bersama cili sos dan sambal kicap
ikan bawal hitam yang agak besar..ada org bertanya naper chekiah ske kelar 3 line hehe
hati2 sewaktu membalikkan ikan bila menggoreng dalam minyak yg banyak
sudah ready untuk di ngap..!!!
cili padi kicap yang memang sah kluar peluh & air hidung hehehe
Cili Kicap:-
beberapa tangkai cili padi..di potong ikut suka sizenya
kicap pekat
perahan air limau nipis (ikut nak masam camner)
hirisan bawang besar (di kecualikan)
~ satukan semua ~
KARI IKAN PARI
Assalammualaikum & selamat petang Rabu 17 August 2011
Hari ini sepagi mengemas sampai lenguh pinggang. Puas hati juga lah sebab banyak benda2 khazanah yang lama2 dengan berat hati telah chekiah singkirkan dari ruang rumah yang tidak besar. Chekiah pun tak pasti kenapa chekiah masih meyimpan benda2 yang tak di guna lagi, mungkin sayang agaknya tapi bila dah memikirkan ruang rumah mesti dalam keadaan yang sedap mata memandang maka dengan berat hatinya terpaksalah buang.
Aktiviti mengemas belum berakhir, baru tahap pertama iaitu membuang bahan2 yang tidak digunakan lagi, esok baru lah bermula proses mengemas yang sebenarnya, tak laghat chekiah nak buat kesemuanya dalam satu masa boleh demam chekiah lebih2 lagi chekiah memang alah dengan habuk dan debu, guna penutup hidung tu dah rasa rimas dan lemas pulak hehehe
Petang ni chekiah masak gulai atau kari untuk dijadikan menu utama berbuka maghrib nanti. Dah masuk hari ke-17 kita berpuasa maka di rumah chekiah juadah berbuka lebih kepada nasi dan lauk pauk kuih muih dah tak berapa di gemari sangat, kalau ada tak per kalau tak der pun tak per, waktu memula puasa dulu sekurangnya mesti ada 1 jenis kuih untuk di jamah terlebih dahulu sebelum mengadap pinggan nasi.
Chekiah masak gulai ikan pari setelah berfikir agak lama apakah jenis masakan yang belum lagi chekiah try test masak dengan ikan pari ni. Chekiah sengaja masak gulai ikan pari ni pekat2 sebab anak lelaki chekiah memang suka kuah yang pekat kalau di bandingkan dengan kuah yang agak cair...sesekali memenuhi permintaan dia kira ok lahhh kannn sebab selalunya dia berbuka dengan kawan2 di asrama.
Gulai@Kari Ikan Pari
[versi chekiah]
beberapa ketul ikan pari..dibasuh & di tuskan
Bahan tumis:-
5 sudu besar minyak masak
3 ulas bawang merah..di hiris nipis
2 ulas bawang putih..di hiris nipis
1 sudu kecil halba campur
2 tangkai daun karipuley (daun kari)
Bahan2 lain:-
50 gm rempah ikan (sebarang jenama)..boleh kurangkan kalau tak nak pekat
1 sudu makan serbuk cili
80-100gm santan pekat
5-6 sudu besar air asam jawa
1 biji terung bulat (belah empat)
1 biji tomato (belah empat)
4-5 tangkai daun cenohom (daun kesum) ..simpul
1 bunga kantan (belah empat)
2 biji cili hijau (dibelah tengah tp jgn putus & di buang bijinya)
garam secukupnya
Cara Memasaknya:-
1. Panaskan minyak dan tumis bahan tumis hingga bawang keperangan.
2. Masukkan rempah ikan, serbuk cili dan sedikit air..kacau seketika
3. Campurkan air asam jawa kacau dan biarkan sehingga pecah minyak
4. Masukkan terung dan biarkan sekejap
5. Masukkan ketulan ikan pari dan cili hijau..kacau sebati
6. Campurkan santan, simpulan daun cenohom dan belahan bunga kantan serta garam
7. Kacau dan biarkan mendidih
8. Masukkan belahan tomato sebelum matikan api.
9. Sedia di hidangkan.
*Selamat Mencuba*
ketulan ikan pari stlah di cuci & dituskan
stlh bahan tumis garing, masukkan rempah & serbuk cili, kacau selalu agar tdk melekat
stlah di masukkan santan..biarkan mendidih untuk seketika
bila dah mendidih sesuaikan rasanya
siap sudah untuk di gandingkan dengan nasi panas atau dengan sebarang roti
Sunday, August 14, 2011
BUAH MELAKA
Assalammualaikum dan selamat malam Ahad 14 August 2011
Salam Ramadhan hari yang ke-14 untuk semua rakan2.
Dah separuh bulan Ramadhan yang mulia ni kita terokai dan semoga segala ibadah kita akan diterima oleh yang maha Esa. Syukur diberi kesempatan olehNya untuk menunaikan puasa sehingga ke hari ini.
Berbuka petang tadi apa lah agaknya juadah yang rakan2 sediakan? Semestinya juadah dan masakan yang hebat2 maklum ler hari ini hari minggu semua ahli keluarga berada di rumah semestinya hidangan yang di sediakan pun yang enak2 belaka.
Petang tadi chekiah sediakan buah melaka (hasil usaha sendiri). Beberapa hari yang lepas ada juga berbuka dengan juadah buah melaka ni tapi ianya di buat oleh jiran chekiah. Dia ikhlas tolong buatkan dan hantar 1 tupperware besar kat rumah, puas chekiah anak beranak makan. Kali ini chekiah pula yang hasilkan sendiri dan hantar pulak kat dia. 1st time try buat ofkos ler tak berapa mantap. Sebelum ni memang teringin nak buat tapi memikirkan pantang larang yang chekiah kena ikut terpaksalah membataskan projek pembuatan kuih yang manis2.
Apa2pun chekiah puas hati walaupun pada pandangan chekiah tak berapa sempurna namun bila ianya hasil tangan sendiri kepuasannya tetap ada.
Ditempat chekiah sejak dulu hingga sekarang masih digelar buah melaka walaupun kat tempat2 lain lebih dikenali dengan nama onde-onde. Kalau buah melaka di panggil onde-onde apa pula yang di gelar untuk onde-onde? selidik punya selidik chekiah dah dapat tahu bahawa kalau di tempat chekiah di panggil onde-onde di tempat lain di panggil kuih bom hehehe...!!!
Buah Melaka
sumber resepi : Masakan Popular Malaysia
Hidangan untuk 4-6 orang
8 helai daun pandan
230ml air
~ di kisar dan ditapis jadi air daun pandan + sedikit pewarna hijau (kalau suka)
250 gm tepung pulut
1 camca besar tepung gandum
1 camca besar air kapur
2-3 camca besar air..jika perlu
120gm gula melaka (di potong kiub)
200gm kelapa parut putih + dengan sedikit garam halus
Cara Membuatnya:-
1. Campurkan tepung gandum dan air kapur ke dalam tepung pulut. Gaul sebati
2. Masukkan air daun pandan dan kacau rata sampai menjadi doh yang lembut.
Tambah sedikit lagi air jiga perlu.
3. Buakan bebola kecil. Leperkan dan isi dengan sepotong gula melaka ditengahnya
4. Bentukkan semula menjadi bebola. Ulangi hingga habis semua adunan dan gula tadi
5. Jerang air hingga mendidih. Masukkan kuih ke dalam air.
6. Apabila kuil timbul, itu menandakan ia telah masak dan boleh lah di angkat
7. Golekkan terus ke dalam kepala parut putih yang telah di gaul bersama garam.
8. Sedia untuk dihidangkan
* tips
kelapa parut hendaklah dikukus sebentar agar ia tahan lebih lama dan tidak cepat basi.
bahan2 untuk membuat buah melaka
doh yang telah siap untuk di bulat2kan
setelah di bebolakan di masukkan kedalam air mendidih
bila bebola telah masak dia akan automatik timbul
angkat dan terus golek2kan kedalam kelapa parut
ini lah hasilnya setelah selesai di salut kelapa parut
pandangan dr dalam...memang letak hirisan gula yang kecil2 sebab tak nak manis sangat
Thursday, August 11, 2011
KANJI DAGING@BUBUR LAMBUK DAGING
Assalammualaikum dan salam Ramadhan di hari yang ke-11 tuk semua.
Baru selesai buat seperiok bubur kanji daging atau di tempat lain lebih di kenali sebagai bubur lambuk. Dah lama teringin nak makan kanji daging ni. Masa tak sihat tu hari sempat buat bubur ayam simple jer xder buat yang complete version sebab dah tak sihat banyak ler pantang larang dari segi pemakanan.
Bubur kanji yang chekiah sediakan ni adalah resepi dari arwah emak yang setiap kali puasa mesti 2-3 kali buat sebab arwah ayah memang suka makan sebarang bubur & serawa atau pengat sewaktu berbuka. Jom tengok camner chekiah sediakan bubur kanji daging ni.
Bubur Kanji Daging
[versi chekiah]
Bahan A
1 tin susu beras di rendam seketika..basuh dan tuskan
500 gm daging di potong kecil2
air untuk merebus secukupnya
Bahan B
Bahan Kisar Kasar:-
1 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
3 sudu besar udang kering yang di rendam sekejap
Bahan C
Bahan Kisar Halus:-
1 inci kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih
2 kuntum buah pelaga
1/2 sudu kecil jintan manis
Bahan2 lain:-
100gm santan pekat
1 kiub pati ayam
5-6 ulas bawang merah..hiris nipis2
1/2 sudu halba campur
1 tangkai daun kari
minyak secukupnya
garam
serbuk lada hitam
daun sup dan daun bawang secukupnya..dipotong untuk taburan
Cara Membuatnya:-
Masukkan bahan A, B & C kedalam rice cooker dan rebuslah sehingga air kering dan daging empuk.
Kacau sesekali untuk mengelakkan bubur melekat di permukaan bawah rice cooker.
Bila air dah kering masukkan santan, kiub pati ayam, garam & serbuk lada hitam...kacau sebati dan masak lagi sehingga mendidih dan sedikit pekat.
Tutup suis rice cooker
Panaskan minyak sapi + minyak masak dan tumis hirisan bawang merah, halba campur dan daun kari sehingga bawang garing keperangan.
Curahkan tumisan bersama dengan minyaknya kedalam rice cooker dan tutup rice cooker dengan penutupnya untuk mengekalkan kewangian bahan tumisan didalam rice cooker.
Bila tiba waktu menghidang buka lah tudung rice cooker dan kacau sebati sebelum di sendukkan kedalam mangkuk. Bubur kanji ni sedap juga di makan bersama telur asin, ikan bilis goreng rangup dan lobak masin
*Selamat Mencuba*
peringkat merebus beras dan bahan2 kisar
bubur dah agak kering airnya dan pekat sedikit
peringkat hampir2 penghujung setelah bahan tumisan dicurah kedalam bubur
Wednesday, August 10, 2011
SERI MUKA
Petang ni kerajinan melanda diri sekali lagi mengukus talam seri muka. Chekiah tak brapa mahir buat kuih seri muka asyik2 kepala dia lembik (berlemoih kata org penang) tapi alhamdulillah di atas panduan dari sahabat fb Surieya Ariffin akhirnya berhasil lah juga walaupun masih boleh di mantapkan lagi. Chekiah akan mencuba lagi sampai ke tahap chekiah puas hati sebab selalu mencuba akan memahirkan diri betul tak?
Kuih seri muka ini di setengah tempat di panggil putri salat dan di tempat chekiah sendiri kekadang lebih di kenali sebagai pulut sekaya. Apa pun nama yang di beri yang pastinya kuih yang satu ni memang sedap lebih2 lagi kalau bahagian atasnya lemak berkrim wallaaa...!!!
Pendapat chekiah bahagian bawah kuih ni (pulut) memang takder masalah tapi yang kekadang tidak berapa elok jadinya ialah bahagian atas. Salah satu sebab mungkin penutup pengukus tidak di alas dengan tuala dan ini menyebabkan wap di permukaan dalam tudung pengukus menitik di atas bahagian atas kuih dan membuat permukaan kuih berlopak dan beralun. Kali ini chekiah telah melapik bahagian dalam penutup pengukus dengan aluminium foil untuk mengelak wapnya menitis di permukaan kuih seri muka dan alhamdulillah hasilnya tidak mengecewakan.
Resepi Kuih Seri Muka@Pulut Sekaya@Putri Salat
sumber resepi : Buku Resepi Masakan Popular Malaysia
sumber panduan : Puan Surieya Ariffin
Bahan Lapisan Bawah:-
420 gm beras pulut
air secukupnya
400 ml santan (daro 1/2 biji kelapa)
1/2 camca kecil garam
Bahan Lapisan Atas:-
2 biji telur
100 gm gula pasir
15 helai daun pandan + 200ml air..di kisar & di tapis
90 gm tepung gandum
2 camca besar tepung jagung
300 ml santan (dari 1 biji kelapa)
bebetapa titik warna hijau
1/4 camca teh garam
Cara Membuatnya:-
UNTUK MEMBUAT LAPISAN BAWAH:-
1. Basuh bersih pulut dan tuskan
2. Ratakan ke dalam loyang berukuran 22 sentimeter
3. Campurkan santan dengan garam, tuangkan ke atas pulut dan kacau sebati
4. Kukus hingga masak. Ratakan permukaan pulut dengan daun pisang supaya betul-betul padat.
UNTUK MEMBUAT LAPISAN ATAS:-
5. Pukul telur dan gula hingga hancur
6. Masukkan air pandan, pewarna, tepung gandum, tepung jagung, santan dan garam
7. Gaul rata dan blend hingga sebati
8. Tapis ke atas pulut kemudian kukus selama 25-30 minit atau sehingga masak
9. Apabila sejuk baru dipotong mengikut kesukaan hati.
*Selamat Mencuba*
IKAN DORY MASAK SOS HOISIN
Assalammualaikum dan salam hari Rabu 10 August 2011 bersamaan 10 Ramadhan 1432 Hijri
Sedar tak sedar dan 10 hari kita berpuasa dan hari ini baru lah chekiah berpeluang mengaktifkan diri semula di laman blog chekiah ni maklum ler sebelum ni asyik "copot" saja keadaan fizikal hehehe..Alhamdulillah kesihatan chekiah dan beransur pulih dan kembali bersemangat menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan yang mulia ini.
Nampaknya chekiah dah ketinggalan kapalterbang ni hehehe...dah lama tak upload segala masakan dan segala aktiviti sepanjang bulan puasa. Bila keadaan diri tak sihat memang tak berdaya nak melakukan apa saja termasuklah minat mengadap screen...kalau online pun sekejap2 sahaja sekadar melepas rindu terhadap rakan2. Kepada yang bertanya kabar yang call dan sms chekiah ucapkan ribuan terima kasih di atas keperihatinan rakan2 bertanya kabar...sayanggggg semuaaa...:)
Dalam tak sihat sempat juga jengah dapur rakan2 sambey ngecap2 air liur nengok bermacam macam masakan dan juadah yang disediakan untuk berbuka dan bersahur. Dihari yang ke-10 baru lah chekiah dapat menyertai rakan2 semua, apa2pun better late than never hehehe..!!!
Dalam edisi ziarah dapur rakan2 beberapa kali chekiah ada terlihat resepi yg menggunakan ikan dory sebagai bahan asasnya dan keterujaan chekiah untuk melihat, memasak dan merasa kesedapannya memang lah teramat sangat sehinggalah petang semalam chekiah telah berhasil menyediakan masakan ikan dory untuk santapan bersama nasi semasa berbuka. Rasanya memang sedap dan lembut. Terima kasih kepada encik somi yang dalam keadaan terpinga pinga berjaya membelikan chekiah ikan dori ni (mati2an dia ingatkan ikan duri yang beli kat pasar..hehehe..!!!) dan terima kasih juga kepada rakan tersayang puan Shuhairi Shuhaini di atas perkongsian resepi yang best sedap ni dan chekiah tempekkan resepinya disini untuk percubaan rakan2 yang lain pulak dan maaf puan Jue chekiah macam biasa ada adjust sket mengikut kesesuaian sendiri.
Ikan Dory Masak Sos Hoisin
Bahan2nya:-
1 paket fillet ikan dory - potong kecil - rendam dengan jus lemon selama 10 minit - toskan
1 biji putih telur
1 cwn tepung beras
1 sudu besar serbuk lada hitam
1 biji bawang holland - hiris tebal (ck guna bawang besar)
4 ulas bawang putih - dketuk
2 biji cili merah besar - hiris
2 biji cili hijau besar - hiris (guna beberapa biji cili padi sbb xder stock cili hijau)
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos hoisin
1 cawan air
Hirisan daun ketumbar (tak letak sebab tak der)
garam secukup rasa
Cara2nya..
1. Gaulkan ikan dory bersama lada hitam yang di campur sedikit garam..golek2kn dalam tepung beras, buat sampai habis.
2. Celupkan ikan dalam putih telur pula, kemudian golek2kan semula dalam tepung beras dan goreng ikan sampai keperangan atau masak
3. Tumis hirisan bawang bawang putih sehingga naik bau.
4. Masukkn sos tiram, cili sos, sos hoisin dan air gaul sebati.
5. Campurkan hirisan bawang besar@holand beserta hirisan cili dan kacau rata
6. Masukkn ikan dan masak sehingga kuah pekat sedikit, perasakan garam secukupnya dan taburkan dengan hirisan daun ketumbar
7. Sedia di hidangkan.
*Selamat Mencuba*
inilah fillet ikan dory yang di jual di pasaraya..chekiah pun 1st time nengok :)
sos hoisin jenama life yang chekiah gunakan, trdpt juga jenama yang lain
isi ikan dory setelah "di bedakkan" dgn tepung beras dan di goreng,
kalau nk mkn begitu saja pun sesuai juga
dah ready pun tunggu masa untuk di jamah saja..
Saturday, August 6, 2011
SUP KEPALA IKAN NYOK-NYOK
Selamat petang sabtu 6 August 2011.
Keadaan cuaca yang panas buat diri bertambah letih dan lesu tapi puasa tetap di teruskan cuma plan nak keluar "tengok dunia" terpaksa di batalkan. Dah hampir 2 minggu keadaan kesihatan chekiah tidak berapa occay jadi lebih selesa berehat di rumah. Dalam keadaan tak sihat juadah untuk berbuka pun yang ringkas2 saja. Masak juga lauk pauk sejenis dua tapi takder ler yang hebat2 sebab memang sebelum puasa lagi takder selera makan. Kuih muih ada ler sekali tu buat serimuka petang2 yang lain beli jer di pasar ramadhan.
Petang ni pun anak2 dan encik somi plan nak pergi pasar ramadhan untuk membeli kuih muih dan sedikit lauk pauk dan untuk diri sendiri chekiah siapkan sup kepala ikan nyok-nyok. Memula teringin gak nak masak kari tapi bila memikirkan penggunaan rempah ratus dalam kari akan buat chekiah batuk atau sakit tekak terpaksalah cancel hajat tu. Sup kepala ikan ni simple jer main campak2 jer dan guna pun sedikit jer bahan2..boleh gak letak sayur2 peberet kalau suka tapi chekiah tak letak sebab dah pasti tak kan makan punya membazir jer :)
Sup Kepala Ikan Nyok-Nyok
Bahan2nya:-
1 biji kepala ikan nyok-nyok (boleh juga guna kepala ikan lain)
Bahan kisar :-
1 inci hirisan halia
2 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
Bahan tumis:-
1 batang serai (di ketuk)
3 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum buah pelaga
Bahan2 lain:-
1 sudu besar minyak masak
1 sudu kecil lada putih
1 sudu kecil lada hitam biji
garam @ 1/2 kiub pati ikan bilis
1 pokok daun bawang..di hiris panjang2
sedikit bawang goreng
air secukupnya
Cara menyediakannya:-
1. Panaskan minyak, tumis bahan kisar dan bahan tumis hingga wangi.
2. Masukkan kepala ikan dan air secukup kuah yang di kehendaki
3. Didihkan sehingga mendidih,masukkan lada putih,lada hitam biji & garam @ kiub ikan bilis
4. Biar masak sekejap sebelum matikan api
5. Hidang dengan taburan hirisan daun bawang dan bawang goreng
** Sup ni juga sesuai untuk kebahkan badan bila demam dan tak sihat.
*Selamat Mencuba*