Pages

Wednesday, August 10, 2011

IKAN DORY MASAK SOS HOISIN


Assalammualaikum dan salam hari Rabu 10 August 2011 bersamaan 10 Ramadhan 1432 Hijri

Sedar tak sedar dan 10 hari kita berpuasa dan hari ini baru lah chekiah berpeluang mengaktifkan diri semula di laman blog chekiah ni maklum ler sebelum ni asyik "copot" saja keadaan fizikal hehehe..Alhamdulillah kesihatan chekiah dan beransur pulih dan kembali bersemangat menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan yang mulia ini.

Nampaknya chekiah dah ketinggalan kapalterbang ni hehehe...dah lama tak upload segala masakan dan segala aktiviti sepanjang bulan puasa. Bila keadaan diri tak sihat memang tak berdaya nak melakukan apa saja termasuklah minat mengadap screen...kalau online pun sekejap2 sahaja sekadar melepas rindu terhadap rakan2. Kepada yang bertanya kabar yang call dan sms chekiah ucapkan ribuan terima kasih di atas keperihatinan rakan2 bertanya kabar...sayanggggg semuaaa...:)

Dalam tak sihat sempat juga jengah dapur rakan2 sambey ngecap2 air liur nengok bermacam macam masakan dan juadah yang disediakan untuk berbuka dan bersahur. Dihari yang ke-10 baru lah chekiah dapat menyertai rakan2 semua, apa2pun better late than never hehehe..!!!

Dalam edisi ziarah dapur rakan2 beberapa kali chekiah ada terlihat resepi yg menggunakan ikan dory sebagai bahan asasnya dan keterujaan chekiah untuk melihat, memasak dan merasa kesedapannya memang lah teramat sangat sehinggalah petang semalam chekiah telah berhasil menyediakan masakan ikan dory untuk santapan bersama nasi semasa berbuka. Rasanya memang sedap dan lembut. Terima kasih kepada encik somi yang dalam keadaan terpinga pinga berjaya membelikan chekiah ikan dori ni (mati2an dia ingatkan ikan duri yang beli kat pasar..hehehe..!!!) dan terima kasih juga kepada rakan tersayang puan Shuhairi Shuhaini di atas perkongsian resepi yang best sedap ni dan chekiah tempekkan resepinya disini untuk percubaan rakan2 yang lain pulak dan maaf puan Jue chekiah macam biasa ada adjust sket mengikut kesesuaian sendiri.


Ikan Dory Masak Sos Hoisin

Bahan2nya:-

1 paket fillet ikan dory - potong kecil - rendam dengan jus lemon selama 10 minit - toskan
1 biji putih telur
1 cwn tepung beras
1 sudu besar serbuk lada hitam
1 biji bawang holland - hiris tebal (ck guna bawang besar)
4 ulas bawang putih - dketuk
2 biji cili merah besar - hiris
2 biji cili hijau besar - hiris (guna beberapa biji cili padi sbb xder stock cili hijau)
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos hoisin
1 cawan air
Hirisan daun ketumbar (tak letak sebab tak der)
garam secukup rasa

Cara2nya..
1. Gaulkan ikan dory bersama lada hitam yang di campur sedikit garam..golek2kn dalam tepung beras, buat sampai habis.
2. Celupkan ikan dalam putih telur pula, kemudian golek2kan semula dalam tepung beras dan goreng ikan sampai keperangan atau masak
3. Tumis hirisan bawang bawang putih sehingga naik bau.
4. Masukkn sos tiram, cili sos, sos hoisin dan air gaul sebati.
5. Campurkan hirisan bawang besar@holand beserta hirisan cili dan kacau rata
6. Masukkn ikan dan masak sehingga kuah pekat sedikit, perasakan garam secukupnya dan taburkan dengan hirisan daun ketumbar
7. Sedia di hidangkan.

*Selamat Mencuba*

inilah fillet ikan dory yang di jual di pasaraya..chekiah pun 1st time nengok :)

sos hoisin jenama life yang chekiah gunakan, trdpt juga jenama yang lain

isi ikan dory setelah "di bedakkan" dgn tepung beras dan di goreng, 
kalau nk mkn begitu saja pun sesuai juga

dah ready pun tunggu masa untuk di jamah saja..

2 comments:

  1. ikan dory..ikan duri..ingat i sleng ka..hahhaha..

    ReplyDelete
  2. mana tau tetiba u naik hangin trus lidah ckp omputih hikhikhikkkk...

    ReplyDelete