Pages

Wednesday, May 18, 2011

AYAM GORENG NEGRO


Assalammualaikum dan good morning 19 May 2011

Jangan terasa pelik di waktu sekarang 2:48 pagi chekiah dah mengadap screen, bukan baru bangun tapi yang sebenarnya belum tidur lagi hehehe entah kenapa mata tak mau lena meskipun mata dah mengantuk..sekejap lagi chekiah nak paksa juga mata untuk tidur sebab pagi nanti macam biasa kena bangun awal anak nak ke sekolah.

Sebelum masuk tidur nak uploadkan dulu N3 masakan dinner malam tadi. Tetiba teringin nak makan ayam goreng negro yang dah 2x chekiah buat sebelumnya. Nama resepi rekaan sendiri ni chekiah beri sebegitu rupa kerana keadaan warnanya yang gelap melebihi dari ayam goreng kicap tapi apa2pun tak kisah lah nama cam gitu yang penting rasanya sedap dan yang paling penting struktur isinya lembut terasa kewangian halia bercampur bawang putih dan yang paling best kepedasan serbuk ladanya...tu yg special tentang ayam negro ni. yang memang tidak lawa pada rupa parasnya tetapi enak pada rasanya sebab tu ada istilah "black is beauty" tapi dalam kes ni istilah yang sesuai ialah "black is delicious" hehehe. Jom semak resepinya..


Ayam Goreng Negro
[versi chekiah]

Bahan2nya:-
1/2 ekor ayam..di potong sederhana besar..cuci dan tuskan

Bahan Kisar Halus:-
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia

Sos:-
2 sudu makan kicap pekat
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan sos cili
1 sudu kecil serbuk lada putih@hitam
~ campurkan semua dan kacau sebati ~

Cara Memasaknya:-
1.Rebuskan 3 suku masak potongan ayam bersama 1 sudu makan bahan kisar & sedikit garam
2.Keluarkan ayam tus dan sejukkan
3.Setelah ayam sejuk gaul rata bersama lebihan bahan kisar dan campuran sos...perap selama 15-20 minit
4.Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga kulitnya kegelapan...tak perlu goreng terlalu lama sebab ianya telah di rebus
5.Angkat dan sedia di hidangkan panas2

*Selamat Mencuba*

2 comments:

  1. ayam ni hitam ye che kiah...hingga jadi nama ayam negro...hihi.
    Tapi sure sedapkan...ala2 ayam untuk nasi ayam.

    ReplyDelete
  2. tul tu kasih, memang kaler hitam sbb tu chekiah kasi nama camtu nk cari kelainan & sesuai untuk di gandingkan dgn nasi ayam sbb lembut dan lbh sesuai ratah camtu jer hehe...

    ReplyDelete