Pages

Tuesday, May 17, 2011

KARIPAP INTI KENTANG & DAGING


Waktu petang tadi hujan bawa sampai kemalam..apa lagi cuaca sejuk dingin dan keadaan chekiah yang baru nak baik demam lagi lah bertambah ketaq kesejukan..dalam melayan keadaan cuaca perut pun memanjang asyik lapar..terasa plak nak makan kuih yang pedas2. Memalam selalunya tak lalu nak makan yang berat2 jadi fikir punya fikir akhirnya karipap lah yang menjadi pilihan. Alahai nak berkesah karipap memalam memang lah malas juga tapi di sebabkan anak dara bongsu berjanji nak sama-sama masuk ke dapur maka projek harus di segerakan takut dia tukar fikiran hehehe

Akhirnya sejak jam 6 berkisah dari membuat inti dan menguli untuk kulitnya jam 10:00 malam baru selesai semua (buat cukup2 untuk kenyangkan perut waktu malam jer yang selebihnya masuk dalam peti sejuk projek to be continue tomorrow morning hehe..)sekurangnya pepagi esok tak der le menung fikirkan apa yang nak di sarapkan (ayat short-cup untuk sarapan). Bila anak dara bongsu chekiah yang menggoreng pasti begini ler rupanya sebab dia tak suka goreng keperangan sangat katanya nanti bahagian kelim tu keras bagi chekiah lagu mana pun takpa janji masak dan sedap hehehe..


Karipap Kentang+Daging
[versi chekiah]

Bahan2 untuk intinya:-
500 gm kentang - di potong dadu..di bersih dan di tuskan

400 gm daging lembu cincang @ daging kisar
*sekiranya anda menggunakan daging kisar yang di beli di pasaraya sebaiknya anda basuh sejatkan terlebih dahulu
setelah airnya kering, gaulkan dengan 1 kiub serbuk pati ayam dan sedikit jintan manis...perap seketika
panaskan 2 sudu minyak dalam kuali dan masukkan daging kisar yang di perap dan kacau selalu dengan api yang sederhana
bila air daging sudah kering matikan api dan ketepikan

Bahan Kisar:-
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia

Rempah:-
1 peket kecil (50 gm) rempah kurma sebarang jenama
1 sudu teh serbuk lada hitam
3 sudu makan air
~ campur kesemuanya...kacau sebati jadikan pes ~

Bahan2 lain:-
2 labu bawang besar.. di potong dadu
2 biji cili merah .. di mayang halus
2 biji cili merah .. di mayang halus
sedikit daun bawang dan daun sup.. di mayang halus
2 sudu makan minyak
garam dan gula secukup rasa

Cara menyediakan inti:-
Panaskan 2 sudu makan minyak dan tumiskan bahan kisar sehingga naik bau
Masukkan pes rempah kurma dan sedikit air..kacau sehingga pecah minyak
Masukkan kentang dan kacau sebati *sekiranya anda menggunakan daging lembu yang di potong dadu boleh lah di masukkan sekali bersama kentang
Masukkan air secukupnya untuk melembutkan kentang (& daging lembu) ..kacau selalu
Letakkan garam dan gula secukup rasa
Setelah air hampir kering campurkan daging kisar, bawang besar, daun bawang dan daun sup, hirisan cili hijau dan cili merah
Kacau agar semuanya sebati dan bila inti dah kering boleh matikan api dan ketepikan inti
Biar inti sejuk terlebih dahulu sebelum memsukkan kedalam kulit karipap.

inilah hasil kelim yang tidak secantik mana

Bahan2 untuk membuat kulit:-
1 kg tepung gandum
1 camca teh garam halus
3/4 cawan margerin (di cairkan)
3/4 minyak masak (di panaskan)
air secukupnya untuk menguli
~ campur semua bahan kecuali air..kacau dengan garpu hingga sebati..campurkan air sedikit demi sedikit, uli sehingga mendapat doh yang tidak melekat dijari ~

Cara membuat karipap:-
Canaikan anggaran setebal 5 milimeter dan terap dengan acuan bulat berukuran 9 sentimeter
Letak secamca besar inti di tengahnya.
Lipat menjadi separuh bulatan dan kelimkan di tepinya. Ulang hingga kesemua bahan habis digunakan
Goreng dalam minyak sederhana panas sehingga keperangan
Angkat dan tuskan terlebih dahulu sebelum di hidangkan


kalau masih panas kopakkan dulu sebelum makan takut melecur bibir dengan inti yang panas

* sesuai di hidangkan pada waktu sarapan pagi, minum petang dan juga bila2 masa
* sekiranya anda tidak mahir mengelim pada tepi karipap anda boleh menggunakan acuan plastik tapi dari semasa kesemasa mahirkanlah diri membuatnya tanpa menggunakan acuan pasti akan merasa kepuasannya.
* setelah meletakkan inti sebaiknya anda menyapu air dengan menggunakan jari di tepi bahagian tepi yang akan di katup untuk mengelakkan terbuka
* Bahan2 yang chekiah gunakan untuk 1kg tepung, sekiranya anda ingin membuat 1/2 dari adunan anda sesuaikanlah sukatan bahan2nya.


acuan plastik karipap untuk mencepatkan proses pembuatannya

No comments:

Post a Comment