Pages

Thursday, May 19, 2011

ROTI CANAI

roti canai yang baru dimasak

Assalammualaikm, selamat petang hari khamis 19 May 2011.

Georgetown baru saja panas setelah sejak subuh tadi (kalau tak silap ler sbb pagi tadi tido blum hujan lagi) hujan turun dengan lebatnya dan beransur tengahari dah bertukar menjadi renyai-renyai.

2 hari lepas terfikir nak buat roti canai tapi keinginan nak makan karipap lebih kuat maka buatlah karipap mendahului roti canai dan Alhamdulillah petang ni baru dapat makan roti canai buatan sendiri pulak asyik memanjang jer "mamakkkk...!!! roti kosong dua(1 tak kenyang 2 cukup kenyang hehehe) kuah taruh atas kasi banjir" hehehehe...petang ni sendiri jadi "mamak" sendiri juga "order" tapi tak nak lah kuah taruh atas biarlah kuah taruh asing nampak sopan sikit hehehe...

Resepi roti canai ni memang terdapat beberapa versi koleksi chekiah tapi chekiah cuba try test resepi yang dah lama chekiah simpan tak juga buat2 dan chekiah dapat resepinya dari buku Masakan Popular Malaysia.

Seawal jam 7 chekiah dah menguli adunan tepungnya dan petang ni jam 2 baru lah dapat melaksanakan resepi yang satu ni. Kebetulan hari ini chekiah masak gulai(kari) ikan bawal yang akan chekiah gandingkan dengan roti canai. Resepinya tak lah susah sangat dan cara-cara nak membuatnya pasti kita dah boleh agak camana dek selalu dok peghati mamak roti canai membuatnya.


Roti Canai
[versi chekiah]
sumber resepi : Buku Resepi Masakan Popular Malaysia

Bahan2nya:-
600 gm tepung gandum
1 sudu teh garam
1 sudu teh gula
2 biji telur...di pukul
125 ml susu segar@cair
125 ml air
225 gm minyak sapi@magerine

Cara Membuatnya:-
1. Satukan tepung, garam dan gula..gaul rata
2. Campurkan telur, susu dan diikuti dengan air sedikit demi sedikit dan uli hingga menjadi doh.
3. Uli doh selama 10-15 minit hingga lembut dan licin..jika masih keras basahkan tangan dengan sedikit air kemudian uli lagi.
4. Bahagikan doh kepada 7-8 biji bebola. Lumur dengan minyak sapi@margerine.
5. Letakkan dalam mangkuk dan tutup dengan tuala lembab.
6. Perap selama 5 jam atau semalaman (untuk mendapat roti canai yang lembut)
7. Ambil sebiji bebola, leperkan dan tarik sekeliling senipis yang boleh..lipat kedua dua tepinya ke dalam kemudian gulungkan menjadi bulatan.
8. Leperkan semula hingga selebar 20 sentimeter
9. Panaskan kuali leper kemudian sapu minyak dan goreng
10.Terbalikkan dan masak lagi sehingga garing dan keperangan.

2 comments:

  1. kalau buat sendiri mistilah best berbanding yg dibeli kat kedai kan.
    Cuma akak tak pandai menebar..

    ReplyDelete
  2. mmg btul. kbelakangan ni CK dh jrng mkn roti canai sbb trlalu brminyak. skali tu CK order krg minyak tetiba nmpak dia lap2 roti tu ngan tuala yg dh brtkr kaler & kumal geli nk mkn so bljr wt sndiri. jenis ni xyah tebar cuma canai & tarik hingga nps jer lipat kedua dua tepinya ke dalam (bentuk panjang) kemudian gulungkan menjadi bulatan cm bentuk sanggul

    ReplyDelete