Ikut

Tuesday, June 5, 2012

BIHUN SUP TULANG



Salam Hari Rabu


Petang semalam dalam keadaan cuaca hujan renyai2 CK sediakan bihun sup tulang. Kebetulan bahan2 semuanya ada dalam peti sejuk maka senang lah CK menyediakannya. Memang best makan masakan bersup waktu cuaca sejuk sekurangnya dapat memanaskan badan.


Resepi biasa2 yang CK selalu sediakan untuk keluarga.



BIHUN SUP TULANG
resepi : CheKiah


BAHAN2NYA:-
200gm tulang daging + 300gm isi daging..cuci bersih dan rebus sehingga daging empuk..ketepikan
200-300gm bihun..dicelur
dua pokok sawi..dicelur
sedikit minyak untuk menumis
1 bunjut sup ADABI
1 sudu kecil serbuk lada putih
sedikit hirisan daun bawang dan daun sup
bawang goreng secukupnya


BAHAN KISAR:-
1 biji bawang besar
2 ulang bawang putih
2 keping hirisan halia



CARA MEMASAKNYA:-
Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar sehingga wangi..guna api sederhana besar. Masukkan air rebusan daging (terpulang nak kuah banyak mana) + isi daging serta bunjut sup. Kuatkan api dan masak sehingga mendidih..masukkan serbuk lada, garam dan serbuk perasa atau kiub pati ayam. Akhirnya masukkan hirisan daun bawang dan daun sup
**sekiranya ingin makan sup begitu sahaja boleh lah ditaburkan bawang goreng


Untuk Hidangan Bihun Sup:-
Masukkan bihun dan sawi yang telah dicelur kedalam mangkuk
Tuangkan sup daging bersama isi dan tulang
Taburkan bawang goreng


Boleh dimakan bersama cili padi kicap yang dicampur dengan perahan air limau nipis