Assalammualaikum dan selamat malam
Sebelum beradu nak masukkan N3 yang satu ni sebab nak kurangkan edisi N3 tertunggak hehehe...!!!
Siang hari tadi sibuk mengemas & menyiang ikan2 & membersih ayam dan daging untuk stock minggu hadapan jadi CK anak beranak makan maggi goreng sebagai alas perut sementara menanti dinner. Sejak petang semalam tekak asyik tingin nak makan kerabu taugeh dengan kerang sehingga malam tadi nak tido pun dok terbayang bayang hahaha...!!!
Tengahari tadi dah jalan edisi mengemas dan menyiang dan menyimpan barang2 dapur untuk minggu depan so jadi penat lah sudah maka tak jadi lah nak buat kerabu yang diidamkan. Selepas solat asar entah camner macam ada kekuatan luar biasa hinggap pada diri maka terus projek buat juga kerabu taugeh. Semasa menjalankan projek terkejut tergempak leh plak CK senyum sendiri, dalam hati berkata "aduhhh, macam orang mengandung lah plak teringin tak hengat dunia, muehehe...!!!
Alhamdulillah sebelum manghrib siap sudah semangkuk besar kerabu taugeh + ulam raja dan kerang. Ulam raja CK campur sekali lebihan dari berulam dengan sambal belacan kelmarin. Kali ni buat tak ikut resepi sesiapa, buat macam selalu yang arwah emak CK (allahyarham Halijah Bt Man) buat. Selalu pun bkn tak nak buat tapi entah bila mula nak masak ikut resepi arwah emak mesti airmata mengalir sedih tu yg jarang2 ikut sebijik macam arwah emak CK buat. Masa dinner berebut rebut anak lelaki dan encik somi makan maklum ler rasanya memang lain dari selalu yang CK buat. Apa2pun selesai sudah semangkuk besar kerabu taugeh+ulam raja+kerang.
KERABU ULAM RAJA CAMPUR TAUGEH SERTA KERANG
resepi : Ibunda Halijah Bt Man
BAHAN2NYA [A]:-
1 cawan taugeh dibuang ekornya..dicelur sekejap
1 ikat daun ulam raja..dihiris
1 cawan isi kerang
1 kuntum bunga kantan..dihiris halus
1 inci halia..hiris halus memanjang
1 inci lengkuas..hiris halus memanjang
1 biji bawang besar ..potong dadu nipis
1 batang serai hiris nipis2
1 cawan kerisik
garam dan gula secukup rasa
BAHAN YANG DIKISAR HALUS [B] :-
2 biji cili merah
6-8 biji cili padi
sedikit belacan bakar
2 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1 sudu besar udang kering@ikan bilis (rendam dahulu sekejap)..CK xltk sbb xder stock
4-5 sudu air asam jawa@air limau nipis@limau kasturi
CARA MEMBUATNYA:-
Gaul semua bahan A hinga semuanya bercampur
Masukkan bahan B, kacau sebati dan sesuaikan rasanya
Sedia dihidangkan
bahan asas kerabu, taugeh, ulam raja & isi kerang
bahan2 yang perlu dihiris nipis memanjang, bwg besar, halia, serai, lengkuas, serai & bunga kantan.
kerisek, garam dan gula termasuk dlm bahan2 sampingan :)
bahan2 ni semua hendaklah dikisar atau ditumbuk lumat
campur semuanya & adun biar serata dan sekata,,,jgn lupa sesuaikan rasanya yer!
dah siap untuk di hidangkan...meratah pun enak juga tau!
salam dari oman ck ... kalau penang mak mmg tau dah nak kena buat kerabu taugeh kerang utk anak dia hehehe
ReplyDeletesalam juga tuk mala. mmg ghamai yg ske layan kerabu kerang ni :)
ReplyDelete