Assalammualaikum
N3 sebelum masuk tidur ialah salah satu lauk lunch tengahari tadi iaitu ikan sumbat serunding kelapa. Tak tahu lah kenapa sejak kebelakangan ni asyik mengidam nak makan makanan atau kuih muih yang ada kelapa, tak kiralah kat dalam ker salut kat luar ker janji kelapa hehehe...
Sebelum ni buat ikan sumbat guna ikan cencaru dan sumbat dengan sambal belacan biasa jer tapi kali ini guna ikan lain pulak. CK guna ikan kembung yang besar saiznya sebab pada pandangan CK mesti sedap ikan yang banyak isi digandingkan dengan serunding kelapa. Nampaknya 1st try tak mengecewakan...memang sedap lebih2 lagi makan waktu tengahari sedang perut sakan berkeroncong. Sebenarnya encik somi lebih suka ikan cencaru disumbatkan sambal kelapa dari sambal belacan tapi entah tak pernah buat pun asyik ikut selera anak2 saja. Hari ini encik somi plak yang sengih sampai telinga sebab terhidang sudah ikan sumbat kelapa favourate dia.
IKAN KEMBUNG SUMBAT SERUNDING KELAPA
resepi : Che Kiah
BAHAN2NYA:-
4 ekor ikan kembung bersaiz besar..bersihkan dan belah dibelakangnya
1 sudu besar garam halus
1 sudu besar serbuk kunyit
~ perapkan garam halus & serbuk kunyit pada ikan ~
minyak secukupnya untuk menggoreng ikan
SERUNDING KELAPA
BAHAN2NYA:-
500gm kelapa parut putih
2 sudu besar air asam jawa
garam dan gula secukupnya
sedikit minyak
1-2 helai daun kunyit (dihiris halus)
BAHAN KISAR:-
2 labu bawang besar (belah 4)
2 ulas bawang putih
5 batang cili padi
2 batang serai (racik halus)
1 inci halia
1 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup @ 1 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk ketumbar
4 sudu besar udang kering@ikan bilis (rendam & basuh terlebih dahulu)
CARA MEMASAKNYA:-
Panaskan minyak. Masukkan bahan kisar dan masak sehingga naik bau. Masukkan air asam jawa, gula dan garam...kacau sehingga agak kering. Masukkan kelapa parut dan hirisan daun kunyit dan kacau sebati dan masak sehingga kering..sejukkan
Ambil seekor ikan dan masukkan serunding dibelahan belakangnya..buat sehingga habis. Goreng ikan dalam minyak panas sehingga masak. Sedia dihidangkan
*Ikan yang paling sesuai untuk resepi ini ialah ikan cencaru..lebih sedap dan lemak rasanya.
Ikan yang banyak isi memang sesuai untuk di "operate" belakangnya..hehehe..!!!
serunding kelapa yang tidak brapa pedas sbb anak2 tak tahan makan pedas mcm emaknya :)
proses masukkan serunding kelapa kedalam belahan belakang ikan..selagi muat masukkan ok!
ambek ko sampai sendat dan ketat ai masukkan isinya...sampai termonyeh hehehe...!!!!
gorenglah sehingga garing baru lah enak untuk dimakan
dah ready untuk dibelasah...yang penting ghedak2 mesti kasi angkut sama hehe..!!!
No comments:
Post a Comment