Pages

Monday, May 14, 2012

DADIH COKLAT


Assalammualaikum, salam sejahtera & selamat pagi hari Selasa.


Huhh...lama bebenor tidak mengemas, mop & sapu sawang kat sini, sana sini habuk pun dah tebal. Lately ni macam tak der semangat nak berblog tu yang tak singgah kat sini. .Semoga rakan2 semua tidak mengikut jejak langkah CK yer yang sikap "M" tahap maksima. Banyak juga n3 yang CK kumpul tak masuk sesi menayang kat sini dan lepas ni siap lah dok letak post yang tertunggak hehehe...!!!


Petang semalam projek buat dadih tuk stock pembasuh mulut lah konon2nya tapi tu lah sehingga ke saat menaip ni makin kurang sudah bilangan bekas yang tinggal lagi. Anak2 CK pun makin kerap buka peti sejuk sebab tu lah kejap jer dah hampir habis. Nanti ingat nak kena buat lagi sebab percubaan pertama berhasil. Selalunya dadih ni beli saja kat pasar malam sebab CK tidak berapa gemar berbanding dengan agar2 dan puding tapi dah buat sendiri rasa sedap lah pulak!


Terdetik nak buat sendiri ni disebabkan sabtu baru2 ni hadirkan diri ke rumah jiran yang telah mengadakan kenduri doa selamat adiknya yang akan pergi umrah cuti sekolah 2 minggu hujung bulan ini. Sebagai pencuci mulut dia orang hidangkan kuih muih  termasuklah dadih perisa coklat dan strawberry. Hari tu memang panas giler so pa lagi rasa macam tak cukup lah pulak jamah dadih yang dihidangkan. Tu lah alkisahnya disebalik kerajinan CK buat dadih petang semalam dan kebetulan stock susu kotak & agar2 serbuk dah ada maka semangat nak buat berlipat gandalah. Petang semalam sewaktu berbuka puasa CK belasah 2 bekas & selepas solat lagi 3 bekas hahahaha ambik ko CK makan puas2...


Nak buatnya takder lah susah sangat sebab dolu2 CK dah pernah tinjau resepinya kat mana entah dah lupa dan untuk kali ini CK tibai buat versi sendiri janji jadi so lepas ni nak buat perasa strawberri dan berkemungkinan perisa buah2an pulak, insyaAllah!



DADIH COKLAT
resepi : chekiahcollections.blogspot.com


Bahan2nya:-
 1 peket (10gm) agar2 serbuk
2 cawan air
1/2 cawan gula
1/2 cawan susu pekat manis (kalau tak nak manis tak perlu letak cukup sekadar letak 1/2 cawan gula saja)
1 kotak besar (1 liter) susu coklat Dutch Lady


Cara Membuatnya:-
Masakkan agar2 serbuk dan air sehingga mendidh.
Masukkan gula dan kacau hingga larut
Setelah semuanya larut tapis dan masukkan semula kedalam periuk
Campurkan susu kotak dan susu pekat manis..kacau sebati
Masukkan adunan kedalam bekas atau acuan dan biarkan sekejap
Simpan dalam peti sejuk sehingga keras sebelum dihidangkan

** Selain perisa coklat boleh juga digunakan perisa strawberri
** Seandainya ingin perisa yang lain guna susu Dutch Lady perisa asli
& campurkan dengan buah2an yang dicincang halus, perisa & pewarna yang disukai. 



serbuk agar2 (x kisah lah jenama apa2 pun)

campuran air & agar2 dimasak sehingga mendidih

1/2 cawan gula (sukatan yg sesuai utk yg tak nak manis)

susu kotak perisa coklat Dutch Lady yang digunakan

campuran susu kotak. agar2 & gula...kacau dengan api yang sederhana

letak dalam acuan atau bekas kecil cam gini, senang nk makan xperlu nak potong2

bekas kecil yg brtutup mcm ni jimat ruang dlm esbok, leh stack on top of each other

dah keras...jom jemput makan..bismillahhirrohmanirrohim..!!!

9 comments:

  1. salam CK pun buat dadih juga yeee baru npk rmh TUn ada dadih td..sdp ni nak pulak time musim panas skrg...lepas secawan2 habis....

    ReplyDelete
  2. salam Sheila Shafeareen. msm pns ni asyik dok projek resepi mudah yg leh nyamankan tekak hehe...

    ReplyDelete
  3. kalau tak guna agar agar serbuk jadi tak

    ReplyDelete
  4. Resepi lontong kuah lodeh ada tak

    ReplyDelete
  5. Resepi lontong kuah lodeh ada tak

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum
    Ada tak resepi lontong kuah lodeh

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum
    Ada tak resepi lontong kuah lodeh

    ReplyDelete