Pages

Friday, January 27, 2012

MAKAN MALAM 26 JAN 2012

Semalam 26 Januari 2012 memang sejak siang hari lagi dah plan nak makan malam kat luar. Memula rancang nak gi makan kat Tomyam Udang area Jelutong tapi at last tukar plan gi makan kat Gerai Tom Yam yang bernama Su Ail Kenari yang terletak di Jalan Larut bersebelahan dengan Restaurant KFC dan berhadapan dengan Hotel Royal (sebelum ini hotel ini lebih dikenali sebagai Hotel Sheraton)


Kami tiba sekitar jam 8:45 dan terus membuat pesanan. Waktu tu kelihatan tidak lah begitu ramai pengunjung mungkin disebabkan pertengahan bulan. Selalunya waktu2 hujung bulan terutamanya pada bulan puasa memang sentiasa penuh sehingga terpaksa membuat tempahan...kalau tidak alamat terpaksa berbuka hanya dengan minuman terlebih dahulu.


Setelah dipersetujui makanan yang kami pesan ialah ikan siakap masak sweet & sour, tomyam campur, kangkung goreng belacan, daging merah, udang goreng tepung & telur dadar. Minuman kegemaran yang kami minta ialah air bandung, neslo panas, teh-o limau dan teh ais.


Persediaan makanan tidak mengambil masa yang lama seolah olah macam dah tahu kita orang semua memang dah lapar so sebaik saja makanan dihidangkan, selepas baca doa makan terus kami menjamah tanpa bersuara. Dalam sekelip mata jer semua dah selesai dan kami sempat lagi membuat pesanan tambahan untuk udang celup tepung yang memang superb, sedap dan rangup. Kali ini kami order kategori yang lebih besar iaitu large plate (13 ekor udang) sedangkan yang awalnya kategori sederhana 9 ekor udang manakala yang kecil 5 ekor udang.


Setelah semuanya selesai kami pun beredar dengan keadaan perut yang penuh berisi dan ada juga rasa ralat sebab jumlah harga makanan (tidak termasuk air RM6/-) sebanyak rm82/- Kami terpaksa akur harga makanan agak mahal dari biasa disebabkan stock bahan2 mentah terutamanya ikan sukar diperolehi pada hari cuti sempena perayaan Tahun Baru Cina.



2 comments:

  1. salam kak kiah, lama tak nampak? dulu masa kerja office kat abu siti lane rajin lunch kat sini

    ReplyDelete
  2. salam mala. kkiah lama mnghilang gi bertapa hehehe..klau abu siti lane mmg dkt sgt lah dgn tmpt mkn ni. Mala asai mana ek?

    ReplyDelete