Biskut raya baru2 ni. Resepi ambil dari blog Puan Azlita Aziz dan resepi asalnya dari blog Citarasawan. 1st time buat biskut yang berasaskan biskut oreo dan hasilnya tidak lah menarik seperti yang disediakan oleh puan Ita. Izinkan CK C&P resepi yang sedap ni yer Ita dan terima kasih banyak2
OREO BLACK BEAUTY
resepi : Citarasawan
sumber : Azlita Aziz@http://fromintankitchen.blogspot.com
Bahan A
280 gm mentega
200 gm gula castor
Bahan B
250 gm tepung gandum
50 gm serbuk koko
30 gm tepung jagung
20 gm biskut oreo - dikisar halus
1/2 sudu teh baking powder
Hiasan
Putih telur - ita tak letak
Biskut oreo - dikisar
Coklat masakan putih cairkan
Croquant - ita tak letak
Pukul bahan A hingga kembang
Semua bahan B satukan, kemudian ayak dan masukkan dalam bahan A dan gaul sebati hingga menjadi doh yang lembut.
Masukkan adunan dalam piping bag dengan nozel bentuk bulat dan memanjang.
Tekan atas tray hingga habis.
Sapukan atasnya dengan putih telur dan taburkan serbuk oreo di atasnya.
Bakar pada suhu 150C selama 25-30 minit
Keluarkan biskut setelah masak. Tunggu biskut sejuk.
Paip kan dengan coklat putih.
Cara ita
Doh yang telah siap ita gentel bulat2 bentukkan seperti guli angaran berat 6 - 8 gm.
Kemudian ita golek2kan atas oreo hancur tu.
Susun dalam paper cup dan bakar.
Selepas tu boleh lah melorek atasnya.
Biskut ni masa kita masak dia naik cantik tau membulat. tapi bila dah kita keluarkan dari oven dia akan turun.. jadi jangan panik! dan ingat tak jadi pulak..
adunan yang telah di gentel bulat2 sedia untuk di bakar
biskut oreo yang dikisar halus untuk di salut pada biskut
keadaan biskut setelah siap di bakar
yang dah complete siap
ada juga buat patern mcm ni tp perlukan banyak masa tak sanggupppp..
tengok tu dalam jaga2 ada gak yg melelehhh hehehe
cantiknya CK
ReplyDeletemacam bentuk kelopak mawar :)
alolololo cantikknyerrr sekut puan..mesti sedap nih nti nk cube laa..
ReplyDeleteboleh ler kasih 1st time torai :)
ReplyDeletesegan ai tau puan jue u alololo kan ai. mmg sdp rasa semekut oreo. klau u try test msti lagi mantop :)
ReplyDelete