Pages

Thursday, September 15, 2011

CHEESE DELIGHT


Sambey2 CK uploadkan N3 masakan harian CK nyelit2 juga tayang semekut hari raya tempohari. Nak bersiaran (pinjam ayat blogger puan kasih..:) berterusan tak mampu CK, banyak urusan rumahtangga yang perlu dibereskan selain dari mengadap screen jerrrr...bukan per tak nak ler sampai encik somi berdehem kan kan kan???

Biskut cheese delight ni memang superb sedap. Sebelum ni penggunaan cheese tak ler sangat digemari anak2 kecuali yang lelaki tapi dia pun jarang makan kat rumah. Hari raya tahun ni beranikan diri buat semekut yang lama dah CK dok ngurat kat blog best pren CK sapa lagi kalau bukan Puan Juraida atau gelaran manja dia Jue (manja kerrr..??? hahahaha..!!!). Kat blog dia macam2 semekut ada tapi yang paling hebat Puan Jue ni sentuhan pembikinan kek dia memang vassss meletupppp boommm kebabomm lerrr, tak caya gi intai kat http://juicycafe.blogspot.com pasti tak rasa nak cepat quit punya.


Masa proses nak membuatnya rasa susah hati juga takut anak2 tak suka makan tapi alhamdulillah bukan setakat cepat habis anak dara sulung awal-awal lagi dah siap packing 1 balang penuh untuk dibawa balik ke asrama. InsyaAllah lain masa leh ler cuba macam2 resepi yang menggunakan cheese..tu pun kalau rajin kalau aura "M" dah melanda diri tak boleh nak kata apa2 dah..

Disini CK mohon izin Puan Jue untuk C&P resepi mabeles dia buat panduan rakan2 yang lain untuk mencuba.

adunan yang telah siap untuk di terap@tekap

terap time..jgn gelak tau sbb xder papan pencanai, fade-up nak beli dah asyik org pinjam & buat harta sendiri xreti pulangkan balik at last CK guna plastik beras hahaha...sempoilahhh...janji leh guna & xder sapa yg teringin nk pinjam kuang..kuang..kuang..!!!

comot betul anak dara ku tabur cheese atas semekut hehehe maklum ler mata dah ngantuk
sebetulnya cheese hendaklah di parut sedikit kasar bukan halus berderai begini tapi tuk kali pertama mencuba tibai & belasah saja

siap..!!! ambik ler sowang dua tiga ketul ghase hehehe...

No comments:

Post a Comment