Petang tadi CK masak penambahan lauk untuk makan malam ni. Rezeki malam ni ialah 4 ketul ikan tongkol lebihan CK masak gulai 2 hari lepas (belum post lagi hehe). Kalau hari tu masak gulai untuk malam ni CK masak goreng kicap cili padi, kebetulan baru jer beli cili padi selambak apa lagi leh ler bermewah mewah untuk resepi malam ni. Masakan kering2 macam ni memang disukai seisi rumah yer lah selalu kuah melaut sesekali layan masakan cap2 camni memang sedap tambaham berkumpul makan ramai2.
Ikan Tongkol Goreng Kicap Cili Padi
Bahan A :-
4 ketul ikan tongkol
1 asam keping
1 inci lengkuas
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil gula melaka
Bahan B :-
1 labu bawang besar..dihiris
2 ulas bawang putih- hiris
4-5 biji cili padi- dipotong pendek2
Bahan Sos C :-
1 sudu makan kicap pekat
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan sos tomato
1 sudu kecil serbuk lada hitam@putih
garam secukup rasa
Cara Memasaknya:-
Masukkan bahan A kedalam periuk, letak sedikit air tapi tak perlu tenggelam ikan. Tutup periuk.. biarkan di atas api 4-5 minit. Ikan yang dikukus semalaman lagi sedap bila digoreng.
Goreng ikan tongkol yang direbus sehingga garing. Ketepikan
Tumiskan bahan B sehingga naik bau.
Masukkan bahan C. Kacau sebati dalam 1-2 minit.Kalau nak berkuah masukkan sedikit air rebusan ikan tadi
Lepas tu bolehlah dimasukkan ikan. Kacau biar serata.
Sedap dimakan ketika masih panas-panas
sedapnyer ikan tongkoi ni...selalunya fiza grg jer ikan ni...nampak sedap jer...ni kalau makan dgn nasik panas2...mau brtambah ni...he he he
ReplyDeleteHello dari spain Vigo adalah lawatan pertama saya ke blog anda .. resipi anda yang baik dan menarik, dengan warna yang cantik manis ... saya ikut anda ... kira-kira untuk menguji bahan-bahan untuk pelukan Marimi ..
ReplyDeletefiza, btul tu mmg cdp ikan tongkol di msk cam ni. kak pun dulu goweng jer tp sesekali nak gak rasa camner klau di olah jadi resepi yg lain...perghh klau kena ngan nasi paneh d buatnya tergeget cili padi tu mau berasap tinger hehe
ReplyDeletetkasih garlutti krn sudi follow:)
ReplyDelete