Pages

Wednesday, June 8, 2011

CHOCOLATE HAZELNUT BUNS


Malam tadi selepas berbuka kelam kabut CK mengadun doh untuk buat bun yang satu ni hehehe. Dah lama teringin nak layan bun panas2 untuk merasa kelembutannya. Waktu berbuka tak der selera nak makan nasi jadi mula lah mereka benda2 yang boleh mengenyangkan. Dah lama resepi ni berada dalam list percubaan CK jadi kebetulan baru jer membeli stock barang2 baking maka lancar lah projeknya.

doh yg siap di adun dan perlu di biarkan sebentar

CK adun awal2 malam tadi sebab doh nyer perlu di perap selama 2 jam jadi bila tiba masa untuk membakar hari dah agak lewat malam juga tapi waktu membakarnya lebih kurang 15-20 minit tak der ler buat CK berjaga hingga ke awal pagi.



Bila dah siap di adun doh perlu di potong mengikut saiz yang di sukai. CK potong dan timbang semua sama besar iaitu 30gm dan di bulatkan lalu letakkan dalam tin pembakar, di tutup dengan tuala dan perlu di biarkan selama lebih kurang 2 jam.


Selepas di bakar beginilah rupanya. Keluar dari oven terus CK layan 3 4 biji hahaha...betapa lembutnya bun ni di temani oleh segelas teh-0 perasa peach huhhhhhh nyamannya baru terasa kenyang sikit. Kebetulan anak-anak yang sedang menonton tv pun sama2 makan 2 3 biji seorang maka tinggallah separuh lagi untuk breakfast pagi ni.


Kelembutan bun ni memang membuat kita tak puas menikmatinya tambahan rasa sedap chocolate chipsnya dan juga kelemakan hazelnut. 1st try yang tidak mengecewakan dan berbaloi meletakkan hazelnut sebab sebelum ni anak-anak CK memang tidak begitu gemar dengan segala kekacang yang di masukkan kedalam resepi roti atau bun.


Chocolate Hazelnut Buns

[hidangan untuk : 5-6 orang]

Bahan2nya:-
600 gm tepung gandum
1 sudu makan serbuk koko
2 sudu kecil garam
95 gm gula
50 gm kacang hazel cincang
60 gm mentega (pada suhu bilik)
12 gm yeast
250 ml air
60 ml susu segar@susu cair
200 gm chocolate chips
50 gm tepung untuk menguli
1 biji telur di kocok bersama 2 sudu makan air

Cara Membuatnya:-

Dalam mangkuk pengisar campurkan tepung, serbuk koko, gula, garam, mentega, yeast & air
Mula memukul dengan speed yang perlahan selama 4 minit dan sekiranya agak kering masukkan sedikit susu
Campurkan chocolate chips, hazel nuts dan baki susu
Pukul hingga doh sebati dan tidak melekat di mangkuk pengisar
Taburkan tepung di ats permukaan meja penguli atau papan pencanai
Uli doh untuk sebati dan lembutkan adunan
Bulatkan doh dan tutup dengan tuala untul 5-10 minit
Bahagiakn doh kepada 2 bahagia
Ambil 1 bahagian, gulung memanjang dan potong kepada bahagian yang sama besar
Asingkan bahagian doh dan rool setiap satu kepada bentuk bun
Gunakan jari untuk membulatkan adunan bun
Letak setiap bun kedalam tray pembakar dan jarakkan antara satu sama l ain
Tutup dengan tuala sekurangnya 2 jam atau lebih elok semalaman untuk proses pengembangan bun
Dengan pisau taja turis garisan di atas setiap bun dan sapu telur di permukaannya
Bakar pada suhu 180 celcius untuk selama 15 minit atau sehingga masak
Sedia di hidangkan.

*Selamat Mencuba*

5 comments:

  1. selamat pagi CK...
    pepagi dah disajikan roti chocolate..terliur sy dibuatnya..=)meh seketul...he..he..

    ReplyDelete
  2. slmt ptg kasih..huluq brketoi ketoi kt kasih..1st time torai wat ni alhamdulilah sdp :)

    ReplyDelete
  3. sedapnya CK..
    rasa nak singgah je rumah ck...
    borak2 sambil makan bun ni

    ReplyDelete
  4. alamakkk sudahhh trsilap rupanya. maaf yer ksh ibu CK ingatkan kasihredha yg awal2 comment tp xper dedua ada permulaan kasih jadi kira ok ler kan? huluq sowang 4 ketoi kaber mistake hehe

    ReplyDelete
  5. sedapnya nmpk bun tu...nak cba2...=) yana amik rsepi ye kak...

    ReplyDelete