Pages

Sunday, May 22, 2011

GEDUK UBI KELEDEK


ssalammualaikum..selamat petang minggu (Ahad) 22 May 2011.

CheKiah baru saja selesai segala kerja rumah baru lah sempat nak mengadap screen pulak.
Dua hari lepas chekiah ada mengatakan hujung minggu iaitu hari ini nak mencuba 2 resepi yang chekiah berkenan untuk di cuba minggu ini so Alhamdulillah dah selesai dan salah satu dari kuih yang chekiah cuba dah pun habis..anak-anak dan encik somi pun suka dan kuih yang satu lagi masih berbaki sedikit lagi.

Resepi pertama iaitu Geduk Ubi Keledek chekiah ambik dari majalah Rasa 2009. Bila di teliti resepinya agak mudah dan tak perlu banyak bahan dan kebetulan bahan2 yang di perlukan ada dalam simpanan maka akhirnya terlaksana juga nak membuatnya.


Bila di fikirkan rasanya resepi ni bukan berasal dari utara dan tak pasti plak kalau kat daerah utara kuih macam ni di panggil apa. Arwah emak chekiah pernah buat ala-ala camni tapi semuanya di campur sekali di goreng dan di panggil cucuq ubi tapi yang chekiah cuba petang ni bancuhan tepung di salut kat luar dan yang pasti bila kopak isinya berderai sebab takder tepung kat dalamnya..apa2pun memang sedap dan lembut dan yang paling best rasa lemak, manis dan sedikit masin.

Kuih ini nampaknya di minati oleh seisi rumah jadi chekiah masukkan dalam senarai juadah berbuka puasa nanti hehehe tahun ni kalau di beri kesempatan sihat dan tak der aral melintang chekiah nak masak masakan baru tak kira lah dari lauk pauk dan kuih muih untuk juadah berbuka semata mata untuk memahirkan diri mencuba sesuatu yang baru. Untuk yang sudi mencuba jom tengok resepinya.

Geduk Ubi Keledek

Bahan2nya:-
1 kg ubi keledek
250 gm kelapa parut putih (lebih sedap kelapa muda parut)
gula sucukup rasa
garam secukup rasa
100 gm tepung gandum
150 ml air atau secukupnya
minyak untuk menggoreng

Cara Membuatnya:-
1. Rebus ubi keledek hingga lembut kemudian lenyek halus
2. Gaul dengan kelapa parut, gula dan garam secukup rasa..bentukkan bulat-bulat
3. Bancuh tepung gandum dengan air dan kepekatannya macam nak buat goreng pisang
4. Panaskan minyak dalam kuali
5. Celupkan bebola keledek tadi kedalam tepung dan masukkan kedalam minyak panas
6. Goreng hingga kuning keemasan barulah di angkat
7. Sedia dihidangkan.

Selamat Mencuba

ubi keledek yang telah siap di lenyek


bancuhan tepung dan air untuk menyalut bebola keledek sebelum di goreng


bebola keledek


dah siap untuk di makan

geduk ubi keledek

No comments:

Post a Comment