Assalammualaikum dan selamat petang Rabu 11 May 2011
Apa kabar semua? sm0ga sihat hendaknya. Dah 2 hari chekiah tak jengah kat blog ni rindu rasanya..chekiah away pada petang hari ahad itu hari hingga kemarin@semalam (isnin)..chekiah ke Kuala Lumpur (Gombak) antar anak dara sulung chekiah yang mengambil sessi pembelajaran semester pendek (short semester) selama lebih kurang 2 bulan. Keadaan cuaca di Kuala Lumpur waktu tu alahai panas terik hingga membuat chekiah rasa letih dan lesu sebab tu bila selamat pulang ke Penang terpaksa dapatkan rehat yang cukup untuk mengembalikan kesegaran badan..maklum ler engine dan lama hehehe..
Dalam perjalanan pulang dari Sungkai (singgah rumah adik sekejap) pagi kemarin terdengar berita di radio yang mengatakan harga gula akan naik sebanyak 20 sen. Termenung sejenak lah sebab sebagai suri rumah tangga semestinya berita ni macam tak best yer lah kan untuk membuat kueh mueh, kek dan minuman masih perlu di gunakan gula jadi dengan berita duka ni mulai sekarang kita semua kena kurangkan penggunaan gula lebih-lebih lagi yang mengidap penyakit kronik dan kepada yang belum di hidapi sebarang penyakit pun kena mula berjaga- jaga dari sekarang..boleh macam tu??? Apa2pun untuk mendapat kesihatan yang baik demi menjana kehidupan yang lebih bermakna kita harus setkan minda kita supaya mengurangkan pengambilan benda-benda makanan yang boleh menyebabkan penyakit2 yang tidak di ingini.
petikan dr utusan online :-
Harga gula naik 20 sen sekilogram hari ini
"PUTRAJAYA 9 Mei - Kerajaan hari ini mengumumkan kenaikan harga gula sebanyak 20 sen kepada RM2.30 sekilogram selaras dengan langkah merasionalisasi harga runcit gula yang akan berkuat kuasa esok.
Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Mohd. Zin Mohd. Dom berkata, kenaikan harga dari RM2.10 kepada RM2.30 itu diputuskan pada Mesyuarat Majlis Ekonomi hari ini."
No comments:
Post a Comment