Assalammualaikum dan selamat petang semua.
Alhamdulillah berkesempatan kita bersua di laman blog chekiah lagi. Petang ni chekiah berkesempatan menyediakan sejenis lagi masakan iaitu mee+bihun goreng basah-basah gitu. Selalu kaedah yang di gunakan ialah goreng kering, rebus atau berkuah tapi petang ni goreng basah-basah pulak..selalu asyik kata nak buat nak buat tapi tak buat2 juga hehehe.. di bawah ni chekiah sertakan resepi versi chekiah untuk kekawan yang sudi mencuba.
MeeHoon Goreng Basah
Bahan-bahannya:-
400 gm mee kuning..di basuh sekejap toskan
200 gm bihun..direndam hingga lembut & di toskan
2 ekor sotong..di basuh dan di potong bulat2
1 keping dada ayam..ambik isinya sahaja
6 ekor udang basah sederhana besarnya
3 pokok sawi.. di basuh dan di potong
segenggam tauge..di buang ekornya
1 biji tomato..di belah 4
2 sudu besar minyak masak
3 ulas bawang merah..di hiris nipis
2 ulas bawang putih..di cincang halus
2 sudu besar pes cili kering
1 sudu besar sos tiram
4 sudu besar sos tomato
1 sudu besar kicap pekat
2 cawan air panas
garam, gula & serbuk perasa secukup rasa
Cili Jeruk :-
cuka
gula & garam
cili hijau@ cili padi
~ potong cili hijau@cili padi menyerong dan rendamkan kedalam cuka bersama gula dan garam ~
Cara Memasaknya:-
Panaskan minyak dan tumis hirisan bawang merah dan cincangan bawang putih hingga sedikit garing
Masukkan sotong, isi ayam, udang dan pes cili kering..masak lagi sehingga empuk
Campurkan sos tiram, sos tomato, kicap pekat, air dan garam, gula serta serbuk perasa secukupnya..kacau rata
Masukkan sawi, taugeh, tomato, mee dan bihun dan kaup balikkan sehingga semuanya sebati
Sekiranya agak kering boleh lah di tambah sedikit air agar meehon dalam keadaan yang basah
Dah masak hidangkan dengan di hiasi taburan bawang goreng, daun bawang, daun sup & hirisan cili merah dan hijau
Enak di makan sewaktu suam dan lebih enak lagi kalau di gandingkan dengan cili hijau@cili padi jeruk
*Selamat Mencuba*
bestnya...lapar2
ReplyDeletejemput ke blog akak juga ye :)
masa sediakan meehun ni pn mmg dlm keadaan lapar. insyaAllah apa url blog kasihredha ek?
ReplyDeletechekiah dah makin kerap jengah blog kasihredha & yg pasti ai dah follow u hehehe
ReplyDelete