Pages

Wednesday, April 6, 2011

BEGEDIL DAGING


Assalammualaikum selamat pagi dan salam sejahtera di pagi hari khamis 7/4/2011.
Semoga semua rakan2 sihat diberi Allah kesihatan yang memuaskan agar dapat melaksanakan tugasan harian dengan penuh ceria dan bersemangat.

Pagi ni untuk kedua kalinya chekiah menyediakan begedil daging dan kali ini dengan kuantiti yang lebih dari itu hari. 1st time menorai memang buat setengah sukatan sahaja sebab cuak(ragu-ragu) juga mana tahu tidak menepati selera ahli keluarga. Pagi ni chekiah buat 1 1/2 sukatan...biar makan sampai termonyeh (jelak@muak) kata orang utagha..


Sebelum percubaan pertama memang dah 2 3 kali buat tapi menggunakan kaedah ubi kentang yang di rebus dan di lecek tapi sekarang dah mencuba versi kentang di goreng dan di tumbuk@smash. Kelainan yang ketara ialah ianya lebih wangi dan lebih sedap. Resepi di bawah ni chekiah garap@olah semula dari beberapa resepi yang chekiah terjah di blog rakan2 yang lain semata mata untuk mendapatkan citarasa chekiah sendiri.

400gm daging lembu kisar (CK guna brand RamLy)
7-8 biji kentang (saiz sederhana)
1/2 cwn tepung kentang
1 kiub pati ayam maggi@knorr
1 sudu teh serbuk lada putih atau hitam
2 biji telur + sdkt garam (di kocok)
10 biji bawang merah di hiris dan di buat bawang goreng
3 tangkai daun bawang + 2 tangkai daun sup (di mayang halus)
1 biji cili merah (di mayang halus)
minyak untuk menggoreng secukupnya

Cara Membuatnya :-
Daging dicincang halus dan di goreng dengan sedikit minyak sehingga airnya kering..kacau selalu agar daging tidak bergentel
Bila air daging dah kering campurkan kiub ayam + serbuk lada..kacau sebati dan ketepikan
Potong kentang nipis2 dan goreng hingga lembut (jgn sampai garing)
Angkat dan toskan..bila dah agak sejuk keringkan sisa minyak yg lekat kat kentang dengan tissue dapur
Tumbuk kentang hingga lumat (kalau ada cara lain boleh ler anda gunakan)
Dalam bekas masukkan daging, kentang, tepung kentang, bawang goreng, daun bawang & daun sup serta cili merah
Gaul rata semua dan sesuaikan rasa mengikut citarasa tekak anda
Kepalkan sedikit adunan menjadi bulat dan kemudian leperkan mengikut saiz kesukaan masing2
Panaskan minyak dalam kuali
Celup begedil dalam telur dan goreng lah dalam keadaan api yang sederhana besarnya
Bila dah nampak kulit luar begedil sedikit kekuningan boleh lah di angkat
Siap untuk di hidangkan bersama sebarang sos atau pencicah kegemaran puan2

*Selamat Mencuba*

No comments:

Post a Comment