Tengahari kemarin (semalam) berkesempatan sediakan 3 hidangan lauk pauk untuk makan tengahari dan baru sekarang dapat postkan kat wall blog. Dah lama tak masak gulai atau kari asyik masak masakan simple dan campak2 saja sehinggalah anak-anak bersuara "ibu..dah lama tak masak gulai yer!" jadi per lagi masak lah chekiah memenuhi selera anak-anak. Chekiah pasan anak-anak chekiah kalau gulai yang di beli mesti dia orang tak berapa suka sebab biasalah kebanyakan gerai2 berhampiran dengan rumah chekiah (di tengah2 bandaraya Georgetown) adalah kepunyaan India Muslim (mamak) dan seperti yang kita tahu gulai mamak berkuahkan air asam bukannya santan jadi keenakannya kureng sket tapi ada juga gulai mamak yang begini sedap rasanya dan tak cepat rasa muak/jemu/jelak/cemuih (tudiaaa banyak nyer nama yang berlainan maksudnya sama).
ikan bawal hitam yang sederhana besarnya
Sejak celik2 mata (wahhh ayat dolu2..) chekiah kenali ayat gulai hinggalah semakin umur meningkat baru terbiasa dengan panggilan kari.. Orang2 utara lebih biasa memanggil gulai dari kari dan rasanya panggilan kari lebih kepada ayat mamak (india muslim) tapi keduanya sama juga walaupun cara masakannya berlainan sedikit mengikut versi masing2.
Bahan tumis rempah & serbuk cili
Kebolehan memasak gulai ini chekiah perolehi dari hasil melihat arwah emah chekiah masak dulu. Waktu tu chekiah hanya di benarkan menolong menyiapkan bahan2 untuk di masak sebab arwah emak lebih suka chekiah habiskan masa dengan belajar & membuat kerja sekolah. Hasil dari pemerhatian, penilitian & pertanyaan akhirnya chekiah berjaya menambat hati isi keluarga dengan masakan gulai versi chekiah. Chekiah tetap beranggapan bahawa setiap hasil air tangan seseorang tu akan membawa rasa yang berlainan walaupun masak masakan yang sama.
Air asam jawa & santan
Bahan sampingan untuk menyedapkan gulai. Terung(xder bendi), cili hijau dan tomato
Bahan-bahannya :-
(A)
2 ekor ikan bawal hitam yang sebesar tapak tangan..siang, bersih dan toskan
(kalau besar elok di potong 2)
Bahan Tumis (B):-
5 sudu makan minyak
5 ulas bawang merah (di hiris nipis)
2 ulas bawang putih (di hiris nipis)
1 sudu teh halba campur
2 tangkai daun kari
Bahan-bahan lain (C) :-
1 peket (25gm) rempah kari ikan (sebarang jenama)
1 sudu besar serbuk cili
1 camca besar garam
~ campurkan dengan sedikit air untuk jadikan pes)
Bahan-bahan lain :-
100 gm santan
3 camca besar air asam jawa
5 biji bendi atau 1 biji terung putih (belah 4)
1 biji bawang besar (belah baji)
1 biji tomato (belah baji)
3 biji cili hijau (di belah jangan sampai putus..keluarkan bijinya)
2 tangkai daun bawang (potong anggaran 1 inci)
Cara memasaknya:-
Panaskan minyak dalam kuali@periok
Tumiskan bahan tumis hingga kekuningan dan naik bau
Perlahankan api dan masukkan bahan2 C..kacau rata selalu agar tidak hangus
Setelah terbit minyak masukkan air asam jawa dan kacau
Masukkan terung@bendi, ikan, cili hijau & 1/2 cawan air..biarkan seketika
Masukkan santan dan kacau perlahan lahan agar ikan tidak hancur
Biar mendidih dan masukkan garam secukup rasa, bawang besar, daun bawang & tomato
Siap di hidangkan..
** Selamat Mencuba **
No comments:
Post a Comment